Foto anak kecil ini mencium batu nisan kubur ayahnya tular di Twitter beberapa hari lalu. Lebih menyentuh hati bila mengetahui kisah sebenar anak bernama Adlina ini.
Dimuat naik oleh ibu saudaranya Anne Mokhtar rupanya si kecil yang berusia tiga tahun ini tidak sempat merasai kasih sayang seorang bapa.
“Anda yang masih ada ibu bapa tolonglah hargai. saya tak dapat mengawal air mata ini dari menitis bila melihat gambar anak saudara saya mencium batu nesan di kubur ayahnya.
Dia kecil-kecil lagi dah tak dapat kasih sayang seorang ayah. Kalau aku di tempat dia, sumpah susah nak terima.”
Ads
Demikian titipnya dalam posting di Twitter baru-baru ini yang kemudian tanpa disangka tular dan menerima lebih 17k Retweets.
Namun begitu kata Anne lagi anak saudaranya seorang yang kuat dan bijak. Walau tidak diungkap tapi dia tahu Adlina amat merindui ayahnya kerana mereka berdua cukup rapat dan Adlina merupakan satu-satu anak yang ada.
Ads
“Dia nak cium ayah dia, dah tak dapat. Batu tu jer dia dapat cium. Aku harap sampai ke akhir hayat Adlina sentiasa ingatkan ayah dia dan selalu menziarah. Amin,” tulisnya.
Tambah Anne lagi, abangnya meninggalnya dunia akibat kemalangan ketika menuju ke bengkel miliknya untuk menyambung kerja pada waktu malam. Dia meninggal di tempat kejadian.
Ads
Status dimuat naik Anne ini juga juga mendapat banyak komen yang bersimpati atas kehilangan ayah Adlina selain mendoakan kebaikan anak ini. Malah ramai juga yang mengambil kesempatan berkongsi pengalaman mereka sendiri yang kehilangan ayah pada usia kecil.
Pesona pelik dan persembahan The Sacred Riana yang menyeramkan dalam peringkat akhir Asia’s Got Talent musim kedua kelmarin telah berjaya menambat hati juri sekaligus membolehkan ahli magis ini dinobat sebagai juara program itu.
The Sacred Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani peserta dari Indonesia ini telah mengalahkan lapan finalis lain untuk memenangi AS$100,000 (RM408,300).
Menggunakan watak seram dari Jepun, persembahan Riana sebenarnya menarik perhatian penonton dan juri sejak dari awal lagi.
Tidak banyak berbicara dan selalu mengenakan juri Anggun sebagai subjek, ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya gadis misteri ini. VK sendiri pun nak tahu jadi ini fakta tentang yang VK selidik tentang Riana dari laporan media negara jiran.
Idolanya adalah David Copperfield, dan Riana belajar tentang silap mata daripada ayahnya sendiri yang juga seorang ahli magis.
Asia’s Got Talent bukanlah program pertama yang disertai oleh Riana di televisyen. Riana pernah menyertai pertandingan Hizteria, menjuarai Stand Up Magician, dan menjadi naik juara The Next Mentalist.
Karakter The Sacred Riana itu memang sengaja dicipta untuk gadis itu dan dia berjaya menarik perhatian orang ramai.
Deddy Corbuzier dan Siska, produser program The Next Mentalist yang disertai sebelum itu juga punya peranan peranan besar dalam penampilan The Sacred Riana yang menyerupai Sadako, watak makhluk halus di Jepun.
Di sebalik aksinya yang membuat ramai takjub dan menyeramkan itu Riana memiliki team sendiri. Kesan visual yang luar biasa dibantu oleh pengurusnya sendiri Bow.
Walau pun tampil misteri di atas pentas tapi ternyata Riana ini cantik orangnya bila di luar. Tapi tak banyak gambar Riana dengan wajah asli dikongsi.
Dunia bola sepak sentiasa penuh dengan kisah kejutan. Namun untuk Piala Dunia 2026, antara cerita paling luar biasa datang daripada sebuah negara kecil di Caribbean bernama Curaçao.
Ramai mungkin baru pertama kali mendengar nama negara ini selepas mereka mencipta sejarah dengan layak ke Piala Dunia buat kali pertama. Lebih menarik, Curaçao kini diiktiraf sebagai negara paling kecil pernah layak ke pentas terbesar bola sepak dunia.
Di sebalik kejayaan sensasi ini, sebenarnya ada banyak fakta menarik tentang Curaçao yang ramai peminat bola sepak belum tahu.
Dengan populasi sekitar 150,000 hingga 160,000 penduduk sahaja, Curaçao memecahkan rekod Iceland sebagai negara paling kecil dari segi populasi yang pernah layak ke Piala Dunia.
Untuk gambaran mudah, jumlah penduduk mereka lebih kecil daripada kebanyakan bandar sederhana di Malaysia.
Curaçao merupakan sebuah pulau kecil di Laut Caribbean dan terletak berhampiran pantai Venezuela.
Walaupun kecil, negara ini cukup terkenal sebagai destinasi pelancongan mewah dengan pantai air biru jernih dan seni bina kolonial Belanda yang unik.
Curaçao bukan negara merdeka sepenuhnya seperti Brazil atau Argentina.
Ia merupakan negara autonomi dalam Kingdom of the Netherlands bersama Aruba dan Sint Maarten. Sebab itu ramai pemain mereka lahir atau membesar di Belanda.
Antara kekuatan utama Curaçao ialah kehadiran pemain diaspora yang beraksi di liga Eropah.
Nama seperti Leandro Bacuna, Juninho Bacuna, Tahith Chong dan Kenji Gorré pernah bermain di liga Belanda dan England.
Malah Tahith Chong sebelum ini pernah dianggap prospek besar Manchester United.
Apa yang menjadikan kejayaan mereka lebih luar biasa, Curaçao layak ke Piala Dunia 2026 tanpa tewas dalam kempen kelayakan CONCACAF.
Mereka menamatkan kempen dengan keputusan seri menentang Jamaica untuk mengesahkan tiket bersejarah ke Piala Dunia.
Skuad kebangsaan Curaçao dikenali dengan gelaran “Blue Wave”.
Nama ini cukup sinonim dengan warna rasmi pasukan mereka yang menggunakan tona biru terang, sama seperti laut Caribbean yang mengelilingi negara tersebut.
Kejayaan Curaçao turut dibantu oleh sentuhan jurulatih berprofil tinggi.
Mereka pernah dibimbing oleh Dick Advocaat, bekas pengendali Belanda yang memiliki pengalaman luas bersama pasukan besar seperti Netherlands, Korea Selatan, PSV Eindhoven dan Rangers.
Selepas beliau berundur, tugas diteruskan oleh Fred Rutten.
Walaupun lebih terkenal dengan sektor pelancongan, bola sepak kini menjadi simbol kebanggaan nasional Curaçao.
Kejayaan layak ke Piala Dunia dianggap sebagai pencapaian terbesar dalam sejarah sukan negara itu.
Piala Dunia 2026 menjadi edisi pertama menggunakan format 48 pasukan.
Format baharu ini membuka lebih banyak peluang kepada negara kecil seperti Curaçao untuk mencipta sejarah di pentas dunia.
Namun hakikatnya, mereka tetap perlu melalui kempen kelayakan yang sukar untuk mendapatkan tiket tersebut.
Ramai pemerhati melihat Curaçao sebagai antara pasukan underdog paling menarik untuk diperhatikan di Piala Dunia 2026.
Walaupun tidak memiliki sejarah besar seperti Brazil atau Argentina, semangat, disiplin dan gabungan pemain Eropah memberi mereka potensi mencipta kejutan.
Dan dalam bola sepak, kisah seperti inilah yang sering menjadikan Piala Dunia begitu istimewa.
Meski sudah setahun berlalu majlis resepsi Fattah Amin dan Fazura, kali ini bersama dengan peminatnya seramai 5,000 orang tetap diingati dek keindahan majlis mereka.
Bukan itu saja melalui majlis itulah juga akhirnya peminat dapat mengenali ahli keluarga pelakon Fattah Amin. Bersama tiga adik perempuan dan ibu yang tampil bertudung labuh, ramai yang seakan tidak percaya bahawa inilah ahli keluarga Fattah Amin.
Namun itulah hakikatnya, Fattah mempunyai tiga adik perempuan, Farhana, Raihan dan Intan serta seorang lagi adik beradik lelaki, Farhan.
Sebelum ini ada juga Fattah berkongsi gambar mereka sekeluarga di instagram.
Bersama ibunya Azizah Abdul Ghani mereka ini sebenarnya selalu saja menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pelakon terkenal ini cuma mungkin ramai yang tidak mengenali.
Melihat penampilan adik beradik terutama adik perempuan Fattah yang manis bertudung litup, ramai juga yang mendoakan agar satu hari Fazura akan mengikut jejak adik-adik iparnya. Kita doakan ya.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.