Tak dinafikan, air kotak ialah sesuatu yang selalu diminum ketika dalam perjalanan. Bagi ibu bapa, air kotak lebih mudah diberikan kepada anak kerana tidak mudah tumpah kala diminum.
Ads
Baru-baru ini seorang ayah yang dikenali sebagai Tan sangat terkejut dengan pepejal hitam yang ditemui dalam sebuah kotak minuman. Kejadian di Pahang ini bermula apabila Tan membawa anaknya makan tengah hari dan memberikan air kotak kepada anaknya.
Ads
Benda lembut keluar dari straw
Anaknya mengadu ada merasa benda lembut keluar dari straw apabila dia menyedut minuman itu. Tan terus membuka kotak air minuman itu apabila sampai di rumah.
Ads
Selepas melihat ada pepejal hitam menjijikkan di dalam kotak air minuman itu, Tan risau akan kesihatan anaknya. Dia bimbang jika pepejal itu beracun dan boleh menjejaskan kesihatan anaknya yang telah meminum air dari kotak itu.
Hati-hati
VK susah nak teka apa jenama air kotak yang diminum ini. Apa yang boleh VK katakan ialah kita kena lebih berhati-hati apabila nak bagi anak minum air kotak. Kita selalu fikir dengan melihat tarikh luput sudah memadai. Namun segalanya boleh berlaku. Yalah, benda dalam kotak tak boleh nak nampak. Apa pun, mungkin lebih baik bancuh sendiri air untuk anak minum.
Viral video kanak-kanak didera oleh pengasuh di sebuah taska di Melaka. Mana-mana individu pun yang menonton video itu akan berasa kasihan pada kanak-kanak dan marah pada si pengasuh. Dipercayai kedua-dua pengasuh itu sudah ditahan oleh pihak berkuasa.
Semalam, Nur Hasriha Mohamad , ibu kepada kanak-kanak perempuan yang didudukkan di atas seorang kanak-kanak lelaki telah meluahkan perasaannya di Facebook.
Dia kecewa dengan kejadian itu dan menyesal kerana tidak mengendahkan kata-kata anaknya yang memberitahu bahawa dia dipukul oleh cikgu. Malah kanak-kanak itu pun selalu tidak mahu pergi ke sekolah.
Assalamualaikum….berkenaan dengan kes dera anak sy tu…trus trang sy kte kn….sy lngsung x blh trima ape yg die dh buat pd anak sy..sy x sngka org yg sy percye blh jge anak sy sbnrnye brhati binatang(maaf bahasa kasar).. kami bkn dri keluarga yg senang..yuran bulanan yg mhal iaitu sebnyak rm380 mengharapkn penjagaan yg setimpal dengan harga…bkn dengan cre mcm ni..
terus terang sy ckp,sepanjang hntar anak ke situ,ckgu2 semua nmpk baik sngt dpn sy…smpai anak x nk skolah sy pkir + je…rupanye ini lh sebab nye ank sy x nk ke sekolah…n die ade juga cerita teacher pukul dina..tp cerita tu sebelum2 kjadian…sy x prcye ckp anak…dia siap tnjuk kn teacher pukul mcm mne…sy suami istri mash brfikiran +..biar kn je ape yg dina ckp.. stiap kli bkak fb penuh crita psl dina n video tu sntiasa mnghantui fikiran sy..hti msih belum blh trima ape yg trjdi skrng ni…
Hari ni 14.8.2018 genap ank ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun…perancangan awl nk smbut befday die kt skolah ngn kwn2..bila dh jd mcm ni…mmg x buatlah…ni thun prtama die skolah n thun prtama die dh merasai bnde mcm ni…td sblum die tdo..sy ade ckp dgn dia…dina nk skolah baru x???seronok die ble dgr ummi die nk crikn skolah bru..mngkin die rse syurga ble dh x skolah situ…tp sy harap sngt2,skolah bru nnt tlong lh jge anak sy btl2…jgn lh bnde ni berulang lg..kasihan lh bdk2 yg x berdosa dianiaya sebegini rupa…
Ape2 pun sy berterima kasih kepada tuan yg merakam dan pengurus sekolah kerana bertindak cpt..puan dh melakukn yg trbaik utk anak2 yg teraniaya ni…terima kasih sngt2…
Akhir skali sy nk wish pd anak sy Dina Hanania Binti shahrulzaman SELAMAT HARI JADI yg ke 3 thun…semoga kamu jd anak yg solehah,berbakti pd ibu bapa,cemerlang dlm hidup dn semoga kamu dibawah lindungan tuhan ye nak…
Kepada siperlaku…sy x kn maafkn awak smpai ble2…n sy harap nsib anak sy dn yg lain2 akn terbela nnt..x lupa juga terima kasih sarjan dri ipk kerana bersungguh sungguh utk membela nsib anak2 kami…
Kejadian pesawat Lion Air JT610 terhempas yang mengorban semua 181 penumpang dan anak kapalnya sememangnya hangat diperkatakan di Indonesia. VK sendiri tak lepas dari mengikuti perkembangannya.
Satu persatu cerita tentang insiden sebelum kejadian dikongsi. Antara yang menarik perhatian adalah pengalaman pengacara TransTV Conchita Caroline yang dikatakan menaiki pesawat yang sama pada malam 28 Oktober sehari sebelum kejadian. Dia menaiki pesawat tersebut untuk ke Bandara Soekarno, Jakarta dari Denpasar.
Dalam perkongsiannya di IG story @ conchizzlin rupa-rupanya pesawat berkenaan memang berdepan masalah malah penumpang termasuk Conchita sendiri dapat merasainya.
Ujar pengacara ini dia dapat merasai lantai pesawat panas malah penghawa dingin juga tidak berfungsi selain dengan baik bunyi enjin yang tidak seperti selalu.
Pesawat tersebut menurut Conchita ditunda penerbangannya kerana masalah teknikal.
Baru-baru ini tular video orang wanita yang bermain buaian kemudian tiang buaian itu jatuh lalu menghempap wanita tersebut di bahagian kepala. Ada dua video. Pertama, wanita bermain buaian di sebelah kiri. Buaian tinggi membuatkan kakinya tidak sampai untuk menghayun buaian. Video kedua, wanita itu beralih ke buaian sebelah kanan dan dia mula menghayun. Namun tiang buaian itu tiba-tiba jatuh lalu menghempapnya.
Wanita itu ialah pengguna facebook yang bernama Dermalina Othman. Dia berusia 38 tahun dan bekerja sepenuh masa sebagai seorang guru. Menurut Dermalina, ketika itu dia bermain buaian di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu.
VK menghubunginya untuk mengetahui kesan ditimpa tiang buaian itu.
Menurut Dermalina, kepalanya masih lagi benjol dan sakit. Imbasan X-Ray sudah dibuat pada hari kejadian. Hasil imbasan tu menunjukkan tiada keretakan. Doktor menyarankan jika sakit masih berterusan, mungkin akan buat lagi imbasan atau MRI supaya lebih detail.
“Saya dapatkan rawatan di bahagian kecemasan hospital. Doktor beri cuti sakit selama sehari dan ubat penahan sakit. Memang ada rasa sakit pada sebelah muka dan telinga saya berdengung. Mata belah kiri yang kena tiang tu pun juga sakit tapi tak tau nak cakap sakit macam mana. Rawatan susulan tak ada. Cuma kalau sakit tak hilang, mungkin saya akan buat MRI.”
Berikutan kejadian dihempap buaian ini, Dermalina yang juga seorang guru Matematik menyarankan supaya orang ramai periksa dulu buaian sebelum bermain. Yalah, mungkin nampak kukuh tapi sebenarnya tidak.
“Inilah kesilapan saya. Saya tak check dulu buaian tu kukuh atau tak. Ingin saya beritahu pada semua, buaian yang tumbang tu bukan buaian yang sama dalam video pertama. Ketika kejadian saya cuba dulu buaian dalam video 1. Tapi kaki tak sampai. Jadi saya beralih ke buaian lain. Satu kali hayun terus tumbang.”
Ekoran kisah dihempap buaian yang viral di laman facebook, Dermalina kini bagaikan artis di sekolahnya.
“Kehidupan saya masih sama. Masih menjalani rutin macam biasa. Cuma sekarang ni anak-anak murid masih bercerita pasal cikgu viral dan asyik nak bersalam. Dah rasa macam artis pulak. Rakan sekerja pula masih tak habis gelak lagi pasal kejadian tersebut.”
Mengimbas kejadian yang menimpa Dermalina, ketika itu dia sekadar suka-suka merakam video sedang asyik bermain buaian tidak menyangka kejadian malang itu akan menimpa dirinya. Masa tu dia sendirian dan letak kamera pada tripod untuk rakam video sedang bermain buaian. Dia terdengar bunyi dan pandang ke atas sebelum tiang itu terbalik lalu menimpa kepala.
VK mula-mula gelak tengok video ni. Tapi bila difikirkan semula, ini soal keselamatan pengunjung pantai tu. Takkan tak ada pemantauan daripada pihak berwajib, kan? Patut kenalah periksa. Jangan sampai jadi macam ni baru nak periksa. Kalau kena kat budak-budak macam mana? Apa pun, semoga Cikgu Dermalina sihat-sihat sahaja untuk meneruskan kerjayanya sebagai guru yang berbakti pada anak bangsa. Cikgu dah viral sekarang, mesti anak murid tambah sayang.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...