Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Home Kekeluargaan Bayi Kena Jaundis Selama 2 Bulan, Ibu Ini Cerita Penat Ulang Alik...

Bayi Kena Jaundis Selama 2 Bulan, Ibu Ini Cerita Penat Ulang Alik Klinik Sampai Jahitan Bersalin Terbuka Semula

 

 

Bayi yang baru dilahirkan memang mudah terkena penyakit jaundis atau demam kuning. Tanda-tanda bayi yang terkena demam ini kulitnya akan kelihatan kekuningan begitu juga dengan mata putihnya.

Menguruskan bayi yang demam kuning juga bukan perkara mudah apatah lagi bila si ibu dalam pantang seperti pengalaman  Shida Idris.

Membahasakan dirinya sebagai Kak Vidah, bayinya mengalami demam kuning selama hampir dua bulan. Disebabkan kerap berulang-alik ke hospital dan klinik untuk rawatan susulan penyakit ini, jahitan bersalin terbuka dan dia perlu melalui sekali lagi proses jahitan di bahagian itu. Ngeri kan!

Bersalin tanpa suami

IKLAN

Mommy, jom share pengalaman beranak anak pertama?

Kak Vidah start dulu eh time beranakkan Hadif

1) Bersalin tanpa suami
2) Baby kena tahan sebab jaundice tinggi
3) Kena warded NICU dan wad kanak-kanak
4) Tidur dalam surau sebab jauh nak ulang alik so no pantang, no jalan kepit sebab tak tau
5) Akibatnya jahitan terbukak semua ? so jahit dua kali
6) Hadif prolong jaundice almost 2 months sampaikan pernah 2 kali cocok darah. cocok sekali untuk cek jaundice, cocok sekali lagi untuk vaksin
7) Sembelit

Pengalaman pertama sebab anak jaundice teruk sangat memberi pengalaman cukup berharga pada Kak Vidah. Ulang alik ke NICU nak susukan Hadif tapi dia haramm bukak mata, tidur je.

Badan dan mata Hadif semua kuning, dan dia agak gelap time baby. Balik dari ward, ulang alik pulak ke kk selang sehari, penat ya ampunn.

Akibatnya no pantang dan Kak Vidah kena jahit balik jahitan sebab sekali misi datang check, dia bagitau jahitan terbukak semua ??.

Korang punya pengalaman macam mana?
#kuningitupening1

Tidur surau sebab jauh nak ulang-alik

Ketika bersalin, Shida berada di Kelantan mana kala suaminya pula masih di Kuala Lumpur. Disebabkan itulah dia terpaksa tanpa suami di sisi.

Selain itu:  Ibu Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-40, Wanie Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta Idaman

Lebih mencabar lagi ketika anaknya ditahan untuk rawatan demam kuning di wad NICU, Shida yang sudah discaj membuat keputusan untuk tidur di surau saja kerana jauh  hendak ulang-alik dari rumah.  Allahu… pengorbanan seorang ibu.

Semua petua sembuhkan jaundice sudah dicuba

 

IKLAN

Kisah kuning 2

Kelmarin, Kak Vidah share pasal kuning kan. Betapa teruk kuning Hadif sampaikan kena tahan ward dan lebih sebulan baru hilang. Lebih sebulan ye, jangan main-main sampaikan penuh buku rekod Hadif sebab ulang alik kk selang sehari.

Masa tu apa petua Kak Vidah tak try, dari jemur, titis air anggur hitam, mandi dengan segala daun, susu kambing (Kak Vidah minum), breastfeed setiap 2 jam, semua tak jalan. Tetaplah kekuningan anakku.

Sampaikan setiap kali upload gambar, Kak Vidah cerahkan kaw-kaw gambar Hadif sebab tak nak nampak kuning dan gelap ??.

Tapi korang tau tak kenapa Hadif kuning teruk dulu berbanding Naufal?

p/s: gambar hari ke 20. tu edit bagi cerah tu ?
#kuningitupening

Memang banyak petua meredakan demam kuning yang selalu diberikan oleh orang sekeliling. Dalam keadaan risau akibat demam kuning anak tidak reda-reda, memang Shida ikut segala petua yang diberikan. Namun satu pun tidak berhasil.

 

Asam dan makanan segera punca baby kuning dua bulan

KENAPA HADIF KUNING TERUK?

Haritu Kak Vidah share pasal pengalaman Kak Vidah time beranakkan Hadif kan. Siapa yang tak baca lagi, boleh baca di bawah. Harini Kak Vidah nak share kenapa Hadif kuning teruk sangat.

Masa pregnantkan Hadif, Kak Vidah langsung tak jaga pemakanan time pregnant. Mulut Kak Vidah selalu pahit dan Kak Vidah nak hilangkan rasa pahit dan mual, Kak Vidah akan stanby asam. So, boleh dikatakan memang setiap masa mulut Kak Vidah ada asam sebab tak nak bagi muntah.

Selain itu, Kak Vidah kerap makan fast food sebab memang sekangkang kera je dari opis. Masa tu Kak Vidah kerja KL dan kerja customer service dan masa rehat memang limit. Nak mudah, beli fast food saja ?

Akibatnya, masa dilahirkan Hadif terus dapat kuning dan tak boleh keluar ward dan almost 2 bulan baru okay. So, mommy yang first time preggy mungkin tak tau, jagalah pemakanan time pregnant. Boleh je nak makan fast or junk food tapi berpadalah.

Amalkan pemakananan dan supplement yang betul. Sebab kuning ni sangat meletihkan. Tengok gambar buku rekod Hadif betapa banyak app.

#kisahkuning3
#kuningitupening

Kesan makan asam terlalu banyak ketika mengandung telah beri kesan buruk kepada kesihatan anak. Jadi, ibu-ibu silalah kurangkan makan asam ya. Bahan untuk menjadikan sesuatu buah itu sebagai asam boleh beri kesan buruk. Begitu juga dengan makanan segera. Kurangkanlah demi kesihatan anak.

IKLAN
Selain itu:  Dr Sheikh Muzaphar Turunkan 5 'Ilmu' Macam Mana Anak Kembarnya Boleh Tidur Lena Sampai Pagi. Parent Lain Boleh Ikut!

Pengajaran buat diri sendiri

Selepas berdepan dengan masalah demam kuning yang berpanjangan, Shida mengambil iktibar apabila dia melahirkan anak kedua iaitu Wan Aaqil Naufal pada 27 Ogos 2016. Tidak lagi makan asam dan makanan segera sebaliknya dia mengambil suplemen yang boleh membantu mengekalkan kesihatan ibu hamil dan berpantang.

 

Sumber: https://www.facebook.com/nurmurshidah

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI