Bernikah sekitar November tahun lepas, pasangan pelakon popular, Fazura dan Fattah Amin masih belum dikurniakan cahaya mata. Ya lah kan pasangan suami isteri mana tak teringinkan anak.
Justeru, salah satu ikhtiarnya adalah doa. Melalui satu status di instagram ternyata itu juga doa dari Fazura untuk dikirim kepada adik angkatnya yang berangkat ke tanah suci.
Menurut Fazura, adik angkatnya Wani itu selalu meminta titipan doa daripadanya untuk dibacakan setiap kali dia melalui Masjidil Haram. Entah mengapa kali ini, inilah doanya. Malah Fazura juga memohon netizen untuk mengaminkan doa ini.
Ads
“Mohon doakan semoga dikurniakan zuriat yang sempurna, dikurniakan rezeki buat saya dan suami supaya dapat membantu keluarga dan orang memerlukan. Dilindungi dan dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia,.”
Demikian titipan doa yang ditulis yang diakhiri dengan nama Faz. Gambar nota ini dimuat naik oleh Fazura semalam dalam instagram miliknya.
Sayu apabila titipan doa dibacakan di depan Kaabah
Subhanallah. Cukup beruntung saya dipertemukan dengan adik angkat saya yang diperkenalkan oleh mama sebagai anak angkat nya sewaktu saya berada di Madinah baru-baru ini. Wani merupakan adik saya yang sangat rajin berdoa lantas sering meminta titipan doa dari saya hampir setiap kali dia melangkah ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Tatkala Wani mengirimkan titipan doa saya yang ditulis kali ini hati saya terlebih sayu. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan saya bermohon jika sudi anda semua mengaminkan juga doa-doa saya ini sempena solat Maghrib dan Isyak ini. Salam syukur, kasih dan sayang. ? // ??
Semoga Fazura dan Fattah dikurniakan rezeki anak secepatnya dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Dengar cerita Fattah sambut belajar pulak, itu pun rezeki juga kan!
Apabila melahirkan bayi, pasti ada orang terdekat yang melawat. Hal ini menjadi kelaziman dalam masyarakat kita kerana mereka ingin meraikan kehadiran orang baru dalam keluarga. Berkongsi kegembiraan. Namun antara hal yang sukar untuk kita terima ialah apabila mereka yang datang melawat mempunyai penyakit yang kita sendiri tidak tahu lantas mendukung atau mencium bayi kita. Berikutan itu, bayi yang antibodinya masih lemah, berjangkit pula dengan penyakit tersebut.
Seorang ibu yang menggunakan nama facebook Mazne Aznan berkongsi kisah pilu apabila bayinya menghidap Impetigo dan seterusnya Scalded Skin Syndrome kerana berjangkit penyakit kulit daripada individu yang tidak diketahui namun dipercayai daripada orang yang datang melawat.
Dugaan Ummi Abi & Affan. Hampir sebulan berpantang di hospital.
Cerita ada di setiap gambar . Saya berkongsi untuk kita sama-sama alert dan sentiasa ambil berat dengan keadaan sekeliling anak-anak tersayang ?
Terima kasih Doctor Syed Jefrizal Syed Jamal dan nurses di KPJ Seremban yang sentiasa jaga Affan sebaiknya dan berusaha untuk Affan sembuh dari penyakitnya ?
**Saya halalkan untuk share post saya ni dengan niat sebagai peringatan kepada ibu ayah di luar sana. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk anak2 kalian. Amin Ya Allah ?**
20 Julai 2018. Alhamdulillah. Ummi selamat melahirkan Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan secara normal walaupun hampir 7 jam ummi bertarung dalam labour room. Macam2 komplikasi. Alhamdulillah Affan keluar ke muka bumi ni dengan tangisan yang ummi abi tunggu-tunggu.
Ummi tak dapat pegang Affan. Affan terus check in NICU. Sebab perlu bernafas dengan bantuan oksigen. On antibiotic bermakna 3 hari bermalam di Az Zahra Bangi. Bermula lah fasa ulang alik jenguk Affan & hantar susu.
Ummi ingat anak ketiga ni senang je ummi lahirkan macam Abg Uwais dulu. Tapi Allah nak duga kekuatan kita ?
24 Julai 2018. Affan boleh keluar. Alhamdulillah. Ummi la makhluk Allah yang paling gembira.
30 Julai 2018. Ummi perasan macam ada tumbuh blister kat muka Affan. Ada 3 biji macam tu & warna kuning. Ummi tak sedap hati. Rasa kuning Affan tinggi ke. Sebab cecair dalam tu pun warnanya kuning. Walaupun anak tiga dah, tapi takda pengalaman macam ni sebelum ni. Ummi blurr. So buat keputusan nak check kuning kat KKIA. Pegi KKIA, doctor check kuning, kuning Affan tinggi. Bacaan 312. Tapi cecair tu doctor cakap takde pape. Tapi still kena refer due to jaundice (kuning).
Ummi pegi KPJ Seremban. Affan warded. Malam tu doctor yang baik hati, Dr Syed Jefrizal call ummi bagitau Affan ade IMPETIGO. Ummi tak pernah dengar pun penyakit apa tu. Doctor minta ummi google & baca. Doctor minta esok jumpa doctor kat Klinik Pakar.
31 Julai 2018 Cecair tu dah kering. Doctor terangkan apa tu impetigo. Jangkitan sakit kulit dari orang yang ada sakit kulit. Doctor tanya ada ke yang datang melawat Affan. Mestilah ada kan. Doctor cakap mungkin dapat dari situ. Ummi abi pun terdiam. Selalu baca pasal bayi orang lain terkena jangkitan. Bila kena kat anak sendiri, sama2 terpaku. Doctor explain tak perlu risau. Doctor cuba rawat dengan sapu krim. Kalau berkesan, tak perlu on antibiotic. Ummi lega.
Ulang alik lagi Ummi ke hospital untuk jenguk Affan.
3 Ogos 2018. Alhamdulillah, Affan boleh keluar dah. Tapi ummi macam tak berapa happy. Sebab nampak impetigo tu still ada. Tapi doctor cakap takpe. Sapu je krim. Isnin kita jumpa lagi untuk follow up.
Senyum je dia eh?
Muka Affan yang ummi rasa impetigo tu ada menyorok kat tempat lain. Ummi rasa Affan belum sembuh sepenuhnya. Kata hati seorang ibu tu benar kan. Memang Affan belum sembuh sepenuhnya.
4 Ogos 2018 Dahi Affan keluar cecair penuh macam ni. Ummi susah hati. Kuat sangat rasa hati cakap Affan tak sembuh lagi. Dan betul lah kata hati tu. Masih ada impetigo yang menyorok dalam hidung & telinga Affan
Keadaan Affan masa ni buat Ummi berendam air mata je. Allahuakhbar.
Dah start naik kuping2 kuning area mulut Affan.
5 Ogos 2018. Ummi dah tak boleh nak tunggu sampai Isnin. Ahad tu ummi ajak abi pegi KPJ semula. Alhamdulillah rezeki Affan. Doc Syed memang on call masa tu. Doc Syed minta maaf kat ummi abi sebab terpaksa cucuk Affan dengan antibiotic dengan keadaan Affan macam ni. Ummi redha. Janji Affan sembuh.
6 Ogos 2018. Mata Affan tak boleh bukak. Masa ni penuh kuping2 tu kat mata Affan.
Keadaan Affan masa hari kedua di hospital. Kulit semua melepuh. ?
7 Ogos 2018. Alhamdulillah, mulut Affan dah bersih. Tinggal mata belum boleh bukak. Petang tu ada appointment dengan doctor pakar kulit.
8 Ogos 2018. Baju memang tak boleh pakai. Tapi Alhamdulillah, Affan makin positif. Kulit makin mengering dan menggelupas dengan sendiri. Masa ni Affan kena tambah lagi 1 jenis antibiotic lepas doc diagnos Affan Scalded Skin Syndrome ?
Alhamdulillah Affan semakin pulih. Ummi pon makin happy ?
9 Ogos 2018. Muka Affan dan bersih, mata dah boleh bukak. Masa ni tinggal kelengkang & punggung Affan yang masih luka. Alhamdulillah…
Tinggal badan je menggelupas sikit demi sikit ganti kulit baru
Affan dan boleh pakai baju. Alhamdulillah ?
12 Ogos 2018. Alhamdulillah Affan dah boleh keluar hospital. Ummi abi bersyukur sangat sebab Affan dah sembuh. Tinggal kulit tangan & badan je nak salin kulit baru.
Alhamdulillah, Allah kurniakan kesembuhan kat Uthman Al Affan Bin Ahmad Farhan. Alhamdulillah, Affan dah 45 hari. Affan kena kuat macam Ummi Abi ❤️
Kurniaan terindah dari Allah SWT. Ummi sampai sekarang fobia. Berjaga2 wahai ibu ayah sekalian. Takpelah kalau nak kedekut dengan anak yang baru lahir. Takpelah kalau tiada yang melawat. Bayi baru lahir, antibodi nya tak kuat. Senang sangat dapat jangkitan apa2 pun.
Saya sebelum ni banyak baca cerita pasal orang lain. Tapi bila kena kat diri sendiri, rasa bersalah sangat kat Affan. Allahuakhbar, terima kasih di atas kesembuhan yang Kau Berikan. Sesungguhnya hanya Kaulah Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.
Semoga hero-hero ummi abi sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT.
Sejak dari dulu lagi orang tua selalu berpesan kepada ibu lepas bersalin supaya bukan saja menjaga kesihatan tapi juga perasaan dan emosi Perubahan tubuh, rutin menjaga bayi ada masa menyebabkan seorang ibu stress hingga sampai satu tahap boleh menyebabkan kemurungan.
Perkara itu boleh dialami oleh sesiapa saja termasuk selebriti. Malah pelakon cantik Hanez Suraya juga pernah melaluinya. Hanez mendedahkan dia pernah mengalami keresahan dan kebimbangan melampau (anxiety) selepas melahirkan anak pertamanya, Putri Aleesya.
“Selepas bersalin, semuanya baik-baik sahaja. Tiba-tiba, ada satu ketika, saya rasa ‘paranoid’ untuk melakukan pelbagai aktiviti.
“Bayangkan, ketika nak makan pun saya rasa resah dan takut. Saya takut nak makan ayam, saya takut nak makan daging. Lebih teruk, sebelum makan saya sempat ‘Google’ kandungan makanan kerana rasa was-was.
“Berat badan saya juga turut turun. Saya juga lebih suka menyendiri dalam bilik dan tidak mahu keluar,” kata Hanez memetik laporan dari portal Astro Gempak.
Merungkai resah yang dialami, Hanez turut berkongsi pengalaman terbabit di ruangan Instagram Stories.
“Selepas saya berkongsi apa yang saya alami di laman Instagram, ramai yang mesej dan mengatakan saya mengalami ‘anxiety’.
“Selepas itu, saya mula membuat kajian mengenai ‘anxiety’ dan saya berhubung dengan Miasa Malaysia (Mental Illness Awareness & Support Association). Rupa-rupanya, ramai orang yang mengalami perkara yang sama.
“Alhamdulillah, segalanya semakin baik selepas saya merapatkan diri dengan Miasa. Saya mula memasuki kelas agama seperti kelas mengaji dan bergaul dengan golongan positif.
“Rasa ‘anxiety’ itu harus dilawan. Saya sendiri kena kuat dan terus melangkah ke hadapan. Saya harus bergaul dengan golongan yang lebih positif,” katanya lagi.
Dalam era globalisasi di mana segala perkara kini hanya boleh diakses dengan mudah melalui hujung jari, secara atas talian (online) sahaja. Pelbagai kandungan terutama hiburan boleh diperoleh malah ada yang sanggup melakukannya secara haram kerana mahu menjimatkan kos.
Antaranya dengan melakukan penstriman secara haram dengan penggunaan ‘TV Box’ yang boleh didapati dengan harga yang amat murah. Meskipun tidak perlu membayar harga langganan tapi tahukah anda akan risiko yang menanti.
Tindakan ini bukan saja salah di sisi undang-udang tapi juga paling bahaya mereka yang melakukan penstriman haram ini seperti membenarkan penjenayah siber masuk selangkah ke dalam kediaman dan memberikan ‘kunci’ kepada mereka untuk mengakses segala data peribadi milik keluarga anda.
Kotak TV atau (TV Box) haram mempunyai potensi tinggi sebagai jalan utama penjenayah siber, kerana mereka tidak melakukan proses pelesenan melalui saluran yang betul.
Lebih parah lagi apabila peranti-peranti ini disediakan tanpa mengikut standard keselamatan yang ketat, yang bertindak melindungi para pengguna di platform yang sah.
Di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022, penggunaan ISD dianggap sebagai kesalahan jenayah.
Ini bermakna, setiap kali anda mengakses kandungan secara haram, anda bukan sahaja terlibat dalam perbuatan yang salah, tetapi juga berisiko menghadapi tindakan undang-undang.
Terdahulu, Astro salah satu penyedia TV berbayar terkemuka di Malaysia, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran, hotel, dan beberapa individu yang didapati menggunakan kotak TV ini untuk menstrim kandungan mereka.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, memandang serius bahawa cetak rompak memberi implikasi yang amat buruk terhadap industri kandungan.
Ini sekaligus memberi impak yang cukup dahsyat kepada pelaburan dalam program berkualiti, dalam masa sama meletakkan keselamatan para pengguna dalam risiko. “Jika anda ditangkap menggunakan kotak TV haram, denda yang dikenakan boleh sangat tinggi.
“Walaupun kotak TV haram kelihatan seperti cara mudah untuk mendapatkan kandungan, namun kesan yang berpotensi – daripada serangan siber hingga masalah undang-undang – menjadikannya terlalu berisiko dan tidak berbaloi,” tegasnya.
Jadi tepuk dada tanyalah selera, berbolaikah anda melakukan penstriman secara haram ini yang akhirnya akan membawa anda ke muka pengadilan hingga terpaksa berdepan tindakan undang-undang?
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...