Masak asam pedas ada banyak cara, berlainan ikut negeri. Bagusnya bila ada banyak versi kita boleh menikmati asam pedas dengan rasa berbeza.
Jika dah pernah cuba buat asam pedas Melaka dan pantai timur apa kata cuba pula masak asam pedas cara orang Johor. Caranya dikongsi oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad.
Cara buat asam pedas Johor
Bahan-bahan
2 biji bawang merah besar(kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 1/2 inci halia (kisar)
1 inci kunyit hidup (kisar)
1 senduk penuh cili kering kisar
Sedikit belacan ( jika suka boleh letak)
Ikan – jenis terpulang ikut cita rasa
1 sudu kecil kada hitam (kisar)
1/2 cawan air asam jawa pekat
Daun kesum
1-2 kuntum bunga kantan
1 cawan air biasa
Garam secukupnya
Ads
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau.
2. Seterusnya masukkan cili kering kisar dan tumis sampai pecah minyak.
Ads
3. Bila bahan tumis tadi pecah minyak masukkan air asam jawa, tunggu sampai mendidih. Masukkan bunga kantan/daun kesum. Masak sampai naik bau.
4. Akhir sekali masukan potongan ikan, dan garam secukup rasa.
Ads
5. Boleh juga tambah bendi dan tomato jika suka. Sekiranya kuah agak pekat tambah sedikit air.
INFO
Asam pedas Johor tak sama macam asam pedas Melaka. Asam pedas Johor tak gunakan bahan rempah dan bahannya sangat mudah.
Kalau nak sedap, halia kena letak lebih, minyak pun lebih sikit untuk menumis (lebihan minyak ini boleh dibuang).
Tumis kena betul betul sampai pecah minyak. Kena cukup rasa pedas dan masam. Sewaktu sedang menumis cili boleh masukkan terus bunga kantan dan daun kesum untuk dapatkan rasa asam pedas yang sebenar dengna haruman daun dan bunga tersebut. Ada yang suka letak akhir, tapi saya suka letak awal memasak.
Nota: Lain orang lain cara masakan dan bahan-bahan pun mungkin ada yang tak sama.
Sebelum ini VK ada share cara tanam tauge dalam botol, kali ini kita buat kaedah yang lagi senang. Tanam tauge dalam balang.
Balang kuih macam ni ada banyak kat rumah kan. Caranya boleh ikut step-by step dikongsi oleh Nora Valo.
Tanam tauge dalam balang
Cara saya buat taugeh. Step by step boleh baca pada setiap gambar.
1. Rendam kacang 24 jam. Tak payah banyak, segenggam pun dah cukup.
2. Lepas 24 jam, kacang dah mula bercambah.
3. Buang air rendaman, masukkan kacang ke dalam balang plastik. Nak letak tisu boleh, tak letak pun tiada masalah. Tutup balang, simpan balang di tempat gelap / balut dengan plastik hitam.
4. Siram 2 kali sehari. Caranya letak air dalam balang kemudian goncang-goncang sikit, dan buang air siraman tadi.
5. Hasilnya lepas 3-4 hari. Gemuk-gemuk macam beli di kedai.
Kalau nak simpan lama, penuhkan air, letak dalam peti ais.
Selain sambal, air asam ini juga antara yang boleh kita buat stok simpan dalam peti ais. Senang kalau nak makan ikan, daging atau ayam bakar. Ceduk saja.
Air asam ini juga ada macam-macam versi tapi kalau nak yang sedap dan boleh buat kita ketagih nak makan hari-hari boleh guna resipi dari Afy AL Habibi ini.
Air asam ketagih, cicah dengan ikan, ayam daging semua ngam
Kenapa saya letak namanya ketagih? Sebab boleh buat kita rasa nak makan hari-hari. Rasanya memang sedap gila. Sebenarnya versi ini saya buat untuk diet. Nak cicah dengan ikan bakar ke, daging atau ayam bakar semua ngam. Ikuti resepi di bawah okay.
Bahan-bahan:
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar Holland
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
Bahan tambahan:
1 biji lemon – ambil jusnya, asingkan biji ambil sekali sari buah.
3 tangkai cili padi hijau
3 tangkai cili padi merah
Cara membuat:
Masukkan semua bahan yang siap dibakar dan bahan tambahan dalam pengisar.
2. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa (segenggam besar asam jawa dan 1 1/2 gelas air) atau ikut kepekatan yang diingini.
3. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
4. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan
Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, pastikan makan terus. Tak boleh biar lama sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
Bila masuk tengah hari atau petang, mulalah terasa bahang bila duduk dalam rumah. Bagi yang ada aircond boleh lah pasang, tapi itu pun takkan memanjang nak guna. Bil letrik boleh mencanak naik.
Jadi mahu tak mahu kena gunalah kipas. Dalam keadaan rumah yang bahang sebenarnya ada teknik guna kipas stand yang boleh kita praktikkan untuk menyejukkan suhu dalam rumah.
Cermin pandang belakang yang pada setiap kereta berfungsi untuk memudahkan pemandu melihat bahagian belakang kereta tanpa menoleh.Tapi perasan tak ada satu klip di bahagian...