Nak makan donut tapi orang dalam rumah dua orang saja. Tak berbaloi buat banyak sampai sekilo tepung.
Kalau macam tu boleh buat donut guna sukatan secawan tepung ini. Sesuai untuk makan seorang dua saja. Sebab hasilnya dapat dalam 8 biji saja tapi yang pasti donut tetap gebu dan lembut.
Resipi donut secawan tepung
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum (cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
Ads
Cara membuat:
1. Campur semua bahan, gaul dan uli sekejap.
2. Kemudian masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Jika doh melekit, tambah 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
3. Selepas satu jam, bahagikan doh kepada 8 atau 10 bahagian kecil.
4. Buat bentuk bulat dan lubangkan di tengah.
Ads
5. Perap lagi selama 30 minit, kemudian bolehlah digoreng.
6. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
Ads
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik saja donatnya. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar dah habis.
Kita mungkin hati-hati bawa kereta tapi orang lain mungkin sebaliknya. Akibatnya boleh jadi kereta kita dilanggar daripada belakang.
Bagi yang pertama kali mengalami selalunya akan panik tak tahu apa yang perlu dibuat walaupun ia sekadar kemalangan kecil, bonet belakang kemek.
Kita doa agar perkara sebegini dijauhkan tapi kalau terkena, sebagai info untuk kita boleh ikut panduan ringkas daripada peguam Salkukhairi Abd Sukor ini.
1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas.
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda. Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.
11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rdparti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.
Mudah bukan?? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.
Orang perempuan memang prihatin bab kecantikan terutama kulit wajah. Sebab itu kalau ada tip atau petua cantik mereka memang rajin mencuba.
Apatah lagi kalau petua itu tak memakan belanja yang besar serta mudah. Seperti yang dikongsi oleh Norafiza Mahmud
Mempunyai kulit yang mulus, katanya masker tomato adalah rahsia kulit wajahnya halus seolah-olah dia melakukan treatment di spa yang berharga RM500.
Paling best kata Norafiza, amalan masker tomato ini juga buat jerawat dan minyak ‘segan’ untuk timbul di wajahnya.
Kalau tengok dari cara membuatnya memang senang, hari ni juga boleh cuba. Jom ikut langkah-langkah yang dikongsi Norafiza.
Amalkan hydrating mask ni untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah. Amalkan selalu, in shaa Allah kulit seperti rawatan spa bernilai rm500.
HYDRATING MASK SCRUB
1 sudu madu 1 biji tomato 2 sudu beras ( blend halus) 1 sudu yogurt asli
Rahsia dan cara-cara aku kongsikan di setiap gambar.
Takda rahsia langsung kenapa jerawat dan minyak segan nak timbul. Sebiji jerawat pun malu nak tumbuh time period.
Semua amalan ini perlu melalui prosess detox body dahulu dan BRIGHTENING MASK yang Cik Oya kongsikan sebelum ini. Baru kesan dapat dicapai secara maksimum!
Ha amacam senangkan petua dia, berbaloi betul kalau dapat kulit cantik kan! Jangan baca saja, cubalah.
Antara ulam yang digemari ramai walau pun sedikit pahit adalah pucuk jambu gajus atau pucuk jambu golok. Makan dengan sambal belacan memang sedap.
Kalau nak mudah makan lebih baik cuba tanam sendiri pokok jambu gajus ini. Ramai saja yang tanam pokok ini di rumah dan tumbuh subur.
1. Cara penanaman pokok ini boleh dilakukan melalui semaian biji benih. Caranya dapatkan biji gajus kemudian jemur dua hingga tiga hari sebelum ditanam di dalam petak semaian yang mengandungi pasir sungai.
2.Setelah dua hingga tiga helai daun mulai tumbuh, anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg. Anak pokok ini perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali dalam sehari di awal pagi dan lewat petang bagi mengalakkan pertumbuhan yang cepat dan aktif.
3. Untuk memberikan kelembapan pada tanah dan mengurangkan suhu pokok, digalakkan meletakkan sabut kelapa di sekeliling anak pokok sebagai bahan sungkupan. Selain menggunakan pelepah kelapa sebagai naungan membantu mengurangkan pokok terencat.
4. Pada peringkat awal pertumbuhan pokok, baja tumbesaran seperti NPK Hijau 15:15:15 diberikan dua atau tiga setahun bagi menggalakkan pertumbuhan pokok gajus.
5. Bagi pembajaan pokok gajus biasanya menggunakan sistem poket atau peparit di sekeliling pokok. Pastikan dikambus dengan tanah selepas ditabur dengan baja di bawah kanopi pokok.
6. Pokok ini tidak perlu menunggu lama untuk pucuknya, ia boleh tuai selepas 8 bulan hingga 12 bulan sahaja.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...