Ramai yang suka makan keju, sampai ada yang cuba buat sendiri. Malah ada yang beri cara buat keju ini dengan guna kembali susu yang telah basi.

Jangan ya. Bahaya, sebab susu basi ini ada toksin yang takkan hilang walaupun pada suhu panas.

Kalau teringin sangat nak makan keju tapi bekalan habis boleh buat sendiri ikut cara ini ya:

Bahan-bahan:

Susu segar
Sedikit cuka putih/cuka epal atau jus lemon
Garam (jika suka)
Kain kasa/kain baju T/kain yang jarang

IKLAN

Cara membuat keju:

1. Panaskan susu hingga mendidih.

2. Bila mendidih, kecilkan api kemudian tambah cuka ke dalam susu. Boleh tambah sikit-sikit sampai susu terpisah jadi pepejal.

3. Kacau sehingga susu jadi pepejal (curds) dan cecair kuning kehijauan.

Buat Keju Sendiri, Mudah Cuma Guna 3 Bahan Tapi Jangan Guna Susu Basi. Bahaya!

4. Tapis susu yang sudah pejal dengan kain kasa atau penapis.

5. Masukkan sedikit garam sebagai perisa ke dalam pepejal keju, jika suka.

6. Balut keju dalam kain kasa dan keringkan.

Buat Keju Sendiri, Mudah Cuma Guna 3 Bahan Tapi Jangan Guna Susu Basi. Bahaya!

IKLAN

7. Biarkan selama satu atau dua jam sebelum disimpan dalam peti. Boleh makan bersala roti, biskut atau dimasukkan dalam masakan penambah rasa lemak. SIAP!

Kenapa tak boleh guna susu basi?

Keju ni termasuklah dalam kategori hasilan tenusu yang difermentasi seperti yogurt dan susu masam. Rasa masam pada produk hasilan tenusu ni datang dari asid laktik yang dihasilkan oleh bakteria asid laktik seperti Lactobacillus lactis.

Asid laktik yang terhasil daripada aktiviti bakteria ke atas protein juga menyebabkan terhasilnya ketulan-ketulan pepejal yang kita panggil curd atau dadih. Biasanya pengusaha menggunakan starter culture yang khusus untuk menghasilkan hasilan tenusu yang terfermentasi.

IKLAN

Perlu diketahui SUSU BASI yang berketul ketul itu BUKAN DADIH. Kalau nak tahu, bukan bakteria asid laktik saja yang boleh menghasilkan kesan macam tu pada susu.

Selain itu:  Buat Sendiri Sos Bolognese Tanpa Guna Sos Segera. Jimat, Sekali Buat Dapat Sekuali

Susu terpasteur yang rosak adalah disebabkan oleh bakteria perosak (spoilage) seperti Pseudomonas dan Bacillus cereus. Bacillus cereus ni bukan sahaja boleh merosakkan susu tetapi boleh menghasilkan TOXIN berbahaya yang TAHAN SUHU PANAS.

Jadi kalaupun susu basi tu dipanaskan sehingga suhu mendidih, toksin tersebut TIDAK AKAN MUSNAH. Jadi janganlah membahayakan kesihatan diri dan ahli keluarga guna semula susu basi untuk buat keju.

Sumber: Food Safety Malaysia & cara buat keju

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI