Buat Kerepek Pisang 3 Bahan. Hasilnya Cukup Rasa Lemak, Masin & Rangup. Nak Aroma Sedap Tambah Bawang Putih

Share

Jajan tradisional ini memang ‘berhantu’ kalau makan. Tak boleh berhenti selagi tak habis yang ada dalam balang.

Itu sebabnya kita kena belajar buat sendiri kerepek pisang ini. Lagi satu lebih jimat, buat satu sikat pisang harga RM5 saja pun dah dapat 2 balang. Kalau beli harga 2 balang ini pun dekat RM30.

Nak buat sendiri kerepek pisang ini memang mudah. Kalau ikut perkongsian Khaula Anis, guna 3 bahan ini saja akan dapat kerepek pisang yang cukup rasa lemak, masin dan rangup. Tak perlu guna air garam dah. Kalau nak aroma sedap, tambah saja bawang putih waktu menggoreng.

Kerepek pisang 3 bahan, cukup rasa lemak, masin & rangup

Kerepek pisang mudah 3 bahan. Cukup rasa lemak masin rangup. Warna pun cantik tak perlu guna air garam dan serbuk kunyit.

Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih masa menggoreng, ini rahsia dari peniaga kerepek.

Bahan-bahan
1 sikat pisang berangan
1 cawan/200gram marjerin
1/2 kg minyak masak
3 hiris bawang putih

Cara membuat:

1. Kupas kulit pisang.

2. Panaskan minyak dan masukkan marjerin. Biarkan cair dan sebati.

3. Sagat pisang dan terus goreng. Goreng hingga betul betul garing barulah diangkat (sampai minyak tak berbuih) dan tos. Boleh masukkan hirisan bawang putih waktu menggoreng jika ingin aroma yang sedap.

Sesikat pisang ini boleh dapat 2 balang kerepek pisang sederhana besar.

Selamat mencuba.

Sumber: Khaula Anis

IKLAN