Tengok deretan balang air warna warni yang dijual di bazar Ramadan memang menyelerakan. Tapi perlu diingat air ini ada kalanya cantik pada warna saja, bila rasa ramai yang frust kerana tak kena selera atau tak padan dengan harga yang mahal.
Dari beli air sebegini apa kata buat sendiri yang lebih menyegarkan dan juga sihat. Antaranya air lai chi kang. Air ini memang selalu jadi pilihan berbuka puasa, memang nikmat bila diminum sejuk, bagusnya air ini juga menyihatkan.
Cara membuatnya dikongsi oleh Ariff Budiman Zainal Abidin. Air lai chi kang yang dibuat sendiri ini sedapnya memang lain macam sebab bahannya boleh letak banyak, ikut cita rasa kita.
1. Sediakan barli, getah anggur, kundur, kulat kering, longan kering, kismis, gula batu, gula kabung, kurma merah dan juga biji selasih serta kembang semangkuk. Bahan-bahan ini ada di jual di pasar raya (saya beli di kedai ubat Cina)
Ads
2. Sediakan mangkuk dan rendam biji selasih dan kembang semangkuk hingga kembang.
3. Masukkan bahan-bahan lain dalam periuk bersama air dan daun pandan lalu rebus sampai bahan bertukar warna dan lembut.
Ads
4. Kemudian masukkan selasih dan kembang semangkuk. Sejukkan.
Ads
5. Bila dah dekat waktu buka puasa, sediakan ais ketul masukkan dalam mangkuk dan tuang laicikang tadi. Sedia diminum.
Telur goreng separuh masak atau dipanggil telur gedik ini memang ramai peminatnya. Letak sikit kicap di atasnya memang nikmat makan. Biasanya golongan suami dan anak-anak lelaki yang suka.
Buat telur gedik ini nampak macam senang, tapi kan ramai juga yang beberapa kali mencuba tak menjadi. Tak gedik sama ada terlebih masak atau hangus keliling. Susah nak dapat telur yang putih dan cair di dalamnya.
Supaya tak gagal lagi boleh ikut step by step buat telur gedik yang dikongsi oleh Laila Mijan.
Cara buat telur ‘gedik’, confirm jadi
Ini cara saya buat telur gedik untuk anak anak dan suami.
1.Mula-mula rebus air sampai menggelegak kemudian ambil senduk kemudian rendam sekejap dalam air mendidik tadi.
2. Kemudian angkat senduk tadi dan sapu dengan minyak masak.
3. Selepas itu pecahkan telur dalam senduk yang disapu minyak tadi.
4. Letak senduk berisi telur atas permukaan air yang menggelegak (macam teknik double boiler). Tunggu telur memutih sekitarnya kemudian baru celup senduk sepenuhnya dalan air panas tadi.
5.Bila dah putih bahagian atas, bolehlah angkat telur tadi. Tos airnya dan hidang.
Ini pula alat yang saya guna untuk sapu minyak pada senduk. Boleh klik SINI untuk beli.
Biasa dalam peti sejuk di rumah mesti ada terselit di bahagian rak baki limau nipis atau limau purut yang kecut dan kering. Guna sehiris kemudian baki tak tahu nak simpan macam mana jadi kita letak begitu saja dekat rak peti sampai kecut.
Foto Facebook Ezmee Azuan
Lepas ini boleh guna cara yang dikongsi oleh Yatie Eimra untuk simpan baki limau yang tak habis digunakan. Harga limau pun mahal, rugi kalau dibiarkan kering macam tu saja.
Cara simpan limau nipis supaya tak kecut dan membazir
Limau nipis ni kalau tak habis guna, selalunya sampai jadi kering dalam fridge kan. Sekarang ni barang banyak yang dah naik harga. Apa kata simpan macam ni lak untuk elak pembaziran.
Saya memang simpan baki limau nipis dalam freezer begini sebab tahan lama & tak membazir. Caranya;
Lepas potong sikit bahagian yang nak guna, terus potong untuk kegunaan lain kali juga. Lagi mudah kalau buang biji terus.
Letak dalam bekas (sebaiknya yang bertutup) & simpan dalam freezer (bahagian sejuk beku).
Bila nak guna, cuma ambil bahagian yang nak guna & biarkan kejap pada suhu bilik. Kalau nak cepat, rendam kejap dalam air panas sebelum guna. Setel.
Baki limau nipis dalam bekas tu dah 3 minggu, saya sengaja simpan untuk tunjukkan masih elok je lagi.
Kalau makan di restoren nasi ayam Chicken Rice Shop antara yang selalu kita pesan adalah pai tee. Kulit pai yang rangup bersama sayur cicah pula dengan sos memang cukup sedap. Selalunya tak cukup satu.
Pai tee ini juga sebenarnya boleh kita buat sendiri asalkan ada loyang (boleh beli di SINI) dan ikut cara yang dikongsi oleh Zaliha Zaliha Salleh.
Buat sendiri pai tee
Pai Tee ala Chicken Rice Shop. Krup krap rangup kulitnya. Puas anak-anak makan.
Bahan untuk kulit
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Sesudu kecil air kapur
Sedikit garam
Sebiji telur
Bahan untuk inti
Sengkuang, lobak merah, timun ( potong halus dan memanjang)
Bawang putih dan bawang merah – dicincang (untuk menumis)
Isi udang/ayam -dikisar
Cara membuat pai tee
Campur semua bahan dalam bekas, kacau hingga sebati adunan.
Panaskan acuan dan goreng macam buat kuih loyang.
Langkah goreng pai tee
Cara membuat inti
Tumis bawang hingga naik bau dan masukkan isi udang/ayam.
Kemudian masukkan sayur yang dipotong tadi. Kacau sekejap dan terus tutup api.
Masukkan sayur ini ke dalam pai tee yang siap digoreng dan juga sos (sos nasi ayam).
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...