Biskut cream crackers ini kalau cicah dengan air teh o, kopi o memang sedap. Boleh layan berkeping-keping. Biskut ini juga sebenarnya boleh kita buat sendiri.
Kelebihan bila buat sendiri biskut cream crackers ini kita boleh ikut citarasa. Nak makin atau kurang, ataupun buat makin berlemak rasanya pun boleh. Teksturnya tetap rangup dan sedap. Kalau nak cuba boleh guna resipi perkongsian AJ Idris ini.
Buat sendiri biskut cream crackers
Ads
Bahan – bahan:
1 cawan tepung gandum,
1 sudu besar tepung jagung,
2 sudu besar mentega (jangan guna minyak),
2 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayuran,
1 sudu kecil gula
Secubit garam,
1/4 cawan susu penuh krim (boleh guna air kosong, tapi hasilnya kurang berlemak)
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan, uli sampai jadi doh. Susu mungkin tak perlu guna semua, agak-agak dah elok jadi doh sudah ya.
Ads
2. Canaikan sampai nipis, bahagikan seberapa banyak yang boleh. Adunan ini boleh dapat 18 keping. Cucuk dengan garfu macam dalam gambar.
3. Bakar pada suhu 150° darjah lebih kurang 10-15 minit. Kalau nak rasa tambah berlemak, sapukan butter cair. Ikut resepi ini saja pn dah sedap.
Ads
4. Selepas masak, biarkan sejuk sejuk. Boleh cicah dengan teh, kopi, coklat panas. Makan begitu saja pun dah sedap.
Daun pudina selain guna dalam masakan, letak dalam teh pun sedap. Jadinya memang berbaloi tanam sepasu dua di rumah. Bila nak guna petik saja.
Cara nak tanam pudina ini juga mudah. Cuma keratan dan pucuk kemudian cucuk pada tanah. Langkahnya dikongsi oleh Pyan Sempoi.
Cara semai pokok pudina guna keratan & pucuk
Pilih ranting yang sihat & berdaun lebar.
2. Buang daun bahagian bawah, sisakan pucuk 2 helai.Potong separuh daun tu.
Tujuannya untuk mengurangkan pengewapan. Tapi kalau tak nak potong pun boleh cuma pastikan daun tak banyak.
3. Cucuk ke media yang telah dilembapkan. Minimum 1 ruas(mata tunas) ditanam, 2-3 lebih baik. Media yang saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam sawit.
4. Letak di tempat teduh nak sungkup atau tutup boleh. Tak sungkup pun ok asalkan tak kena panas/hujan sebelum tumbuh tunas baru.
5. Siram sikit-sikit jika media dah kering.
6. Selepas seminggu jika masih fresh, insya-Allah akan berjaya & hidup subur. Ini hasil setelah 18 hari semai. Daun yang dipotong separuh masih ada lagi.
Selalu kita beli saja di kedai runcit, tapi sebenarnya kalau suka bercucuk tanam kentang pun kita boleh tanam sendiri.
Kalau ada tanah lapang boleh buat batas tapi kalau tiada boleh juga tanam dalam polibeg, tiada masalah. Cara penanamannya pun mudah, untuk benih beli saja kentang di kedai tu ya.
Dikongsi oleh Mahadzir Hashim ini cara penanaman kentang jika ingin cuba tanam di rumah.
Cara mudah tanam kentang di laman rumah
Keperluan untuk menanam kentang :
Ubi kentang
Tanah sebagai media penanaman batas atau polibeg
Baja NPK
Sungkupan (bahan tambahan jika ada ie. cocopeat)
Langkah penanaman
Langkah-langkah menanam kentang dan penjelasannya seperti di bawah.
1. Cambahkan ubi
Kumpulkan ubi kentang yang sudah mempunyai beberapa tunas pada setiap biji. Susun ubi kentang secara menegak di dalam bekas atau kotak. Letakkan di dalam bilik yang gelap selama 2 minggu. Pada peringkat ini, ubi kentang tidak perlu disiram. Selepas 2 minggu, pucuk akan mula keluar dari tunas pada ubi kentang.
2. Sediakan batas
Ukuran batas yang terbaik ialah dengan kedalaman 6 – 8 inci dan jarak antara batas 2-3 kaki. Bagi penanaman dalam polibeg paling sesuai ialah 24 x 24 inci.
3. Tanam ubi
Bagi penanaman di atas batas, aturkan ubi kentang dengan jarak 1 – 2 kaki antara setiap ubi.
Bagi penanaman di dalam polibeg pula, isi tanah di dalam polibeg sebanyak separuh daripada ketinggian polibeg tersebut. Tanam satu ubi atau satu potongan tunas sahaja di dalam setiap polybag. Kemudian, kambus ubi dengan ketinggian tanah kira-kira 4 inci.
4. Siraman dan pembajaan
Penyiraman dan pengairan amat penting bagi tanaman kentang. Pastikan tanaman kentang mendapat kadar air secukupnya dengan tanah sentiasa lembap tetapi tidak menakung air.
Kedua-dua jenis pembajaan organik dan kimia sesuai diberikan kepada tanaman kentang. Baja organik boleh dicampurkan dalam tanah sebelum penanaman dilakukan. Kadar pembajaan kimia pula ialah NPK Biru dengan kadar 0.5 kg per 100 kaki persegi.
Pembajaan perlu dimulakan 2 minggu selepas menanam dan diulangi setiap 4 minggu kemudiannya. Hentikan pembajaan 2 minggu sebelum menuai.
5. Tambah tanah
Bagi tanaman kentang, penambahan tanah adalah perlu. Berlainan dengan tanaman makanan lain lebih-lebih lagi bagi pokok kentang yang ditanam di dalam polibeg.
Tanah perlu ditambah 3 – 4 inci lebih tinggi dari permukaan tanah sedia ada. Tujuannya ialah untuk membanyakkan penghasilan kentang oleh pokok kentang.
6. Tuai
Pokok kentang mengambil masa 70 – 120 hari untuk matang dan menghasilkan ubi. Tuaian boleh dilakukan apabila daun pada pangkal tanaman mula menguning.
Spageti aglio olio antara menu yang selalu kita pesan bila makan di kafe western. Harganya berbelas ringgit sepinggan malah boleh cecah lebih RM20 juga ikut kafe.
Walhal hidangan ini antara yang mudah untuk kita buat sendiri. Lagi jimat sebenarnya. Nak cara yang paling simple dan sedap pun ada. Boleh ikut resipi dikongsi oleh Nur Masri ini.
Cara buat Spageti aglio olio simple tapi sedap
Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
1 mangkuk udang
5 ulas bawang putih
1 sb chili flakes
1 sb lada hitam
2 sb serbuk oregano
Sedikit daun pasley (hiris halus)
1 kiub ayam
3 keping cheese ( jika suka)
Tomato
Cara membuat:
1) Rebuskan spageti bersama 1 sudu minyak masak dan sedikit garam. Rebus selama 7-8 minit dan toskan. Simpan sedikit air rebusan untuk digunakan kemudian.
2) Panaskan olive oil atau minyak masak dan tumis bawang putih yang telah dicincang. Bila dah naik bau masukkan cili flakes dan daun pasley.
3) Kemudian, masukkan udang. Masak selama 1 minit. Masukkan sedikit air rebusan spageti tadi.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...