Masalah lalat yang berterbangan waktu makan memang merimaskan, apatah lagi kalau banyak. Takkan nak sembur dengan penghalau lalat pula waktu sedang makan.
Kalau tak tahan dengan kehadiran lalat yang banyak mungkin boleh cuba petua ini. Jangan bimbang langsung tak gunakan bahan kimia.
1. Limau purut dan bunga cengkih
Pada kita bau kedua bahan ini mungkin sedap tapi tidak pada lalat. Sebab itu ada petua menggunakan kedua bahan ini untuk menghalau lalat.
Caranya potong dua limau purut atau lemon kemudian cucuk cengkih pada isi limau. Letakkan di atas meja atau di tempat yang banyak lalat. Katanya boleh halau nyamuk juga.
2. Serai wangi
Ambil segenggam serai wangi dan bersihkan. Kisar kering kemudian campur bahan ini dalam secawan air. Perap semalaman. Keesokkan hari, tapis hampas dan masukkan dalam botol semburan. Sembur pada bahagian meja, table top, tingkap dan pintu supaya lalat tidak mendekati.
3. Kulit kayu manis
Tumbuk kulit kayu manis kemudian taburkan serbuk ini di atas meja makan atau di tempat lalat berkemurumun
4. Daun kari
Ambil daun kari kemudian rendam dalam air bersih. Bau daun kari akan membuatkan lalat menjauhi. Boleh juga meletakkan terus beberapa tangkai daun kari atas meja untuk mengelak kehadiran lalat.
5. Timun
Ramai tak tahu timun juga adalah sejenis sayuran yang tidak disukai lalat. Jadi letakkan hirisan timun pada tong sampah, singki, table top atai meja makan.
6. Lilin
Nyalakan lilin ketika menghidang lauk pauk di atas meja, insya-Allah lalat tidak akan datang kerana haba. Untuk kesan lebih baik gunakan lilin aroma terapi aroma herba.
7. Gantung air dalam plastik
Ini cara yang selalu digunakan oleh pengusaha kedai makan. Boleh juga guna di rumah. Gantung saja pada tingkap atau pintu. Cara ini dikatakan mempengaruhi deria penglihatan lalat Ada juga yang tambah syiling untuk memberi kesan silau kepada lalat.
Biasa kita dengar petua kalau nak bersihkan periuk atau kuali hitam kita akan gunakan asam keping, cuka, baking soda atau sabun mandi.
Tapi tak pernah dengar pulak sos tomato boleh juga kita gunakan untuk bersihkan kuali dan periuk.
Tapi petua ini dibuktikan oleh seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Tiara Clp apabila ‘experiment’ pertamanya menggunakan sos tomato untuk membersihkan kuali berjaya sehingga membuatkan kuali tersebut tampak baru dan berkilat.
Kuali hitam super degil pun boleh berkilat
Hari ni saya nak kongsikan first experiment saya bersihkan bahagian bawah kuali yang sangat sangat super degil tu use tomato sauce.
Langkah 1
Ambil sos tomato, ikut suka jenis apa.
Langkah 2
First apply tomato sauce kat bahagian bawah kuali (kuali must be kering condition).
Langkah 3
Kemudian, biarkan kuali ini semalaman sebelum digosok dengan sponge pada keesokan harinya.
Saya gunakan bahagian yang hijau pada sponge tu..jangan terkena air dulu masa kita gosok.
Gosok sampai semua bersih barulah lap dengan tisu or kain kemudian cuci macam biasa.
Hasilnya
Menurut Dailymail yang juga pernah melakukan ujikaji sos tomato ini menerangkan bahawa asid asetik yang terdapat di dalam cuka pada sos tomato akan menyerang bahagian copper oxide, iaitu bahagian kehitaman periuk dan kuali.
Tindakbalas inilah yang akan memberi hasil mengagumkan dalam membantu mengilatkan periuk dan kuali.
Antara persiapan persekolahan yang ibu bapa akan buat bila buka sesi persekolahan baru adalah membeli beg sekolah.
Biasanya ibu bapa lebih perhatikan harga beg berbanding keselesaan anak. Harga mungkin murah tapi kalau anak tak selesa dan buat anak sakit memang tak berbaloi.
Jadi sebaiknya ibu bapa ambil kira keselesaan anak waktu pemilihan beg ini. Lebih-lebih lagi salah pilih beg sekolah juga boleh menyebabkan anak mengalami masalah kesihatan termasuklah skoliosis yakni tulang belakang bengkok. Takut kan!
Oleh itu untuk pastikan beg sekolah yang dibeli tak mudaratkan anak, boleh ikut perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Cara betul pilih & galas beg sekolah
Sekarang tengah musim ibu bapa beli peralatan sekolah, dan salah satu kelengkapan penting adalah beg sekolah. Ibu bapa perlu beli beg sekolah yang betul untuk elakkan kemudaratan pada anak-anak.
Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang, serta masalah-masalah tulang belakang yang lain, seperti skoliosis dan kyphosis.
Cara pilih beg yang betul
Jenis:— mempunyai dua tali penyandang, dan penyandang mempunyai pelapik span. Penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.
Dalaman:— mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat, agar buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada ruang yang dekat kepada tubuh pemakai.
Saiz:— bahagian atas beg mesti berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Jika bahagian bawah mencecah punggung, bermakna beg terlalu besar.
Cara galas beg yang betul
1. Berat beg dan isinya tidak melebihi 15% berat badan pemakainya. Jika berat pemakai 20kg, maka berat beg mestilah tidak lebih 3kg. Jika ada muatan lebih, bawa di tangan dan dilekapkan ke dada.
2. Tali penyandang dipendekkan sehingga beg rapat ke tubuh da tidak londeh. Ia memastikan beban dapat ditampung dengan baik, serta mengelakkan beg berhayun semasa berjalan/berlari.
3. Tidak menjinjing atau menggalas hanya sebelah tali penyandang beg, untuk mengelakkan bebanan tertumpu hanya pada sebelah bahagian tubuh. Bebanan tak simetri boleh menyebabkan skoliosis.
Semoga penerangan ini memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...