Ramai yang setiap kali mahu membeli fishcake terlintas kerisauan tentang penghasilannya. Bersih ke tidak, halal ke bahannya. Sebab kita maklum untuk mencari fishcake buatan Muslim memang tak banyak.
Jadi jika selalu ragu-ragu, rasanya elok kalau kita belajar buat fishcake sendiri. Dah tentu tiada waswas lagi.
Cara membuat dan bahannya pun mudah saja. Boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Tahrunnisah Jali. Hasilnya kenyal sama seperti fishcake yang kita beli.
Buat sendiri fishcake kenyal macam beli
Saya kongsikan resepi fishcake, ia sangat kenyal dan seperti dijual. insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita.
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam
Sedikit serbuk perasa (jika suka)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cawan air sejuk (dari air batu)
Ads
Info: Boleh juga ganti ikan dengan fish fillet tapi abaikan penggunaan air, kerana fillet dah ada kandungan air.
Cara membuat:
1. Ambil isi ikan tenggiri, kulit tak perlu. Kisar halus guna food prosessor/blender.
2. Kemudian masukkan sedikit air ais, kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih, serbuk perasa.
Ads
3. Masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi (boleh rasa masin atau tidak waktu mengisar).
4. Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Loyang pastikan muat periuk kukusan, boleh juga guna bekas yang tahan panas.
5. Masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang dialas plastik terlebih dahulu supaya senang dikeluarkan nanti. Rata dan padatkan.
Ads
6. Ambil minyak sapu dijari dan ratakan pada permukaan ikan tadi untuk melicinkannya. Kukus hingga masak. Masa dalam 15 minit atau sehingga masak.
7. Terbalikkan isi ikan yang sudah masak tadi, potong sepertimana bentuk fishcake.
8. Panaskan minyak dan goreng terendam sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
Pulut kuning hidang dengan rendang atau sambal memang mantap gabungannya. Ini antara menu sarapan yang ramai suka.
Kalau memang dah biasa buat pulut kuning, apa kata hujung minggu ni kita buat pulut kuning yang lain sikit rasanya. Masak pulut kuning cara orang Kelantan.
Selalu pulut kuning akan ada rasa lemak dan masin-masin sikit tapi kalau masak cara Kelantan akan ada tambahan rasa manis sikit, memang sedap. Kalau nak cuba, ikut perkongsian Ismi Aishah.
Masak pulut kuning cara Kelantan
Alhamdulillah…Sarapan dengan pulut kuning dan rendang pagi ni. Pulut kuning orang Kelantan ada manis, masin, lemak santan. Guna sudip kayu untuk arung pulut, sudip ayah buat sendiri itu rahsia pulut sedap kot.
Bahan-bahan
1 kg- beras pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar garam kasar
2 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
Sedikit pewarna kuning telur
Cara memasak:
1) Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.
2) Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.
3) Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/arung pulut guna sudip macam saya guna sampai rata (arung sekejap saja).
4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.
5) Boleh masuk dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing, tak nak pun tak apa.
Siap. Kalau ikut cara ini pulut akan tetap lembut walaupun dah sejuk. Untuk yang baru belajar masak pulut insya-Allah menjadi jika guna resepi ini.
Kalau selama ini kulit telur selalunya kita buang saja, lepas ni simpan sikit untuk semai biji benih untuk bercucuk tanam.
Senang dan jimat, tak perlu beli bekas semaian. Nak ubah ke pasu pun mudah. Cuma pecahkan dan tanam. Penggunaan kulit telur ini juga ada kelebihan untuk tanaman.
Jika nak cuba kaedah ini boleh ikuti langkah yang dikongsi oleh Siti Yahya yang memang mempraktikkan cara semaian begini.
Cara semai biji benih guna kulit telur
1. Mula-mula bersihkan dulu kulit telur yang nak digunakan untuk buang lendir. Boleh jemur atau ;ebih mudah, masukkan dalam microwave dan panaskan selama 2 minit.
2. Seterusnya boleh masukkan tanah campuran dalam kulit telur. Tapi pastikan tanah ini dibasahkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan.
3. Letak satu biji benih saja dalam kulit telur.
4. Tempatkan kulit telur berisi biji benih ini di ruang yang teduh, tidak terkena matahari terus. Boleh juga letak atau tumpang di mana-mana pasu berisi tanaman supaya terlindung.
5. Siram sekali sehari saja. Memandangkan kulit telur ini kecil saiznya, boleh celupkan tangan dalam bekas air kemudian titiskan dalam bekas semaian telur tadi.
6. Bila biji benih bercambah dan keluar 4 helai daun bolehlah alihkan ke pasu. Caranya, angkat dan genggam kulit telur supaya pecah sedikit dan terus tanam dalam pasu bersama kulit telur tadi.
Penggunaan kulit telur ini sebenarnya ada kelebihan, baik untuk tanaman kerana kulit telur itu sendiri ada unsur kalsium untuk suburkan tanaman.
Rasanya hampir setiap rumah menggunakan kipas siling paling asas warna putih dan kipas jenis ini emang tahan.
Tapi bila dah lama guna selalunya warna pun berubah dek habuk dan kotoran lain dan mungkin juga sebab tahan lama sampai kita pun naik bosan dengan warna kipas putih ini.
Jadi apa kata kita makeover kipas siling putih ini supaya nampak baru dan kena dengan deko rumah. Dikongsi oleh Aufa Med, caranya cuma spray atau cat kipas siling, terus nampak baru dan moden.
Ubah suai kipas lama, jadi baru
Ubah suai kipas lama, bajet tak sampai RM30.
Ini setahun yang lepas, sebab kipas nampak buruk sangat kami tampal wallpaper. Ingatkan lawa…
Kita tukar, keluarkan bilas kipas.
Sebelum spray bersihkan dulu kipas dan gosok bahagian tepi kipas yang berkarat dengan kertas pasir.
Kemudian spray. Saya beli spray paint Anchor, satu warna gold dan satu putih. Code; – 808 gold (bronze) -2 white
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...