Kuih tradisi yang turut dikenali dengan nama kuih kasturi ini memang jadi kesukaan ramai. Cuma tak banyak kedai yang menjualnya. Bila terasa nak makan takde pulak orang jual.
Supaya keinginan sentiasa dipenuhi rasanya kita dah boleh belajar buat sendiri kuih ini. Lagi satu, jika buat sendiri dengan 1/2 kg kacang hijau boleh dapat 50-60 biji. Boleh simpan untuk frozen sekali.
Jika nak cuba, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Iin Ismail yang turut menjual kuih ini.
Buat sendiri kuih kacang hijau/ kuih kasturi
Bahan untuk kacang hijau
1/2 kg kacang hijau
Daun pandan
2 cawan gula atau ikut manis
Garam sedikit
1/2 biji kelapa parut
2 sudu makan tepung gandum
Ads
Cara membuat:
Rebus kacang hijau rebus bersama daun pandan sampai empuk bersama daun pandan.
Bila dah kering air tambah dulu garam, kelapa parut dan tepung gandum.
Tepung gandum tak guna banyak sebab nanti rasa kacang hijau akan ‘lari’, keras dan kurang sedap.
Gaul rata dan biarkan sejuk.
Bila dah sejuk boleh uli, simpan dalam peti sejuk. Esok boleh bentukkan dan buat bancuhan tepung. Nak goreng terus pun boleh.
Ads
Bahan bancuhan tepung
3 cawan tepung beras
Sedikit garam
Sedikit air kapur sikit
Sedikit kunyit
Air
Cara membuat:
Ads
Bancuh semua bahan dalam mangkuk hingga sebati.
Kemudian celup kacang hijau ke dalam bancuhan dan goreng hingga kekuningan.
Guna tepung beras saja ya untuk dapatkan kulit yang ranggup dan tak liat bila sejuk.
Untuk frozen
Untuk buat kuih kasturi frozen, goreng kuih sekejap saja, agak-agak sehingga tepung salutan bertukar warna dan kita dapat bentuk kuih yang tetap, dan tidak fragile. Sejukkan dan boleh simpan dalam freezer.
Kita mungkin hati-hati bawa kereta tapi orang lain mungkin sebaliknya. Akibatnya boleh jadi kereta kita dilanggar daripada belakang.
Bagi yang pertama kali mengalami selalunya akan panik tak tahu apa yang perlu dibuat walaupun ia sekadar kemalangan kecil, bonet belakang kemek.
Kita doa agar perkara sebegini dijauhkan tapi kalau terkena, sebagai info untuk kita boleh ikut panduan ringkas daripada peguam Salkukhairi Abd Sukor ini.
1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas.
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda. Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.
11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rdparti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.
Mudah bukan?? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.
Melihat orang kurang upaya yang buta berjalan di laluan sesak, melintas jalan dan sebagainya ramai yang bersimpati dan ingin membantu memudahkan perjalanan mereka.
Namun seringkali terjadi cara yang kita lakukan untuk memimpin OKU buta ini berjalan adalah salah.
Perkara ini dikongsi oleh dua OKU yang juga TikToker, Loh Boon Keat dan Ambar Aishah.
Jangan tarik tongkat
Jelas mereka ramai yang menarik tongkat mereka dengan harapan OKU buta mengikut saja dari belakang yang mana cara ini tidak betul.
Mereka berdua turut menjelaskan panduan untuk membantu OKU buta berjalan.
‘Cara yang betul kalau nak bantu minta OKU buta letak tangan pada bahu dan biarkan yang membantu jalan di depan.
‘Ini untuk memudahkan mereka meneruskan perjalanan dan bersedia dengan halangan yang ada di hadapan.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...