Siakap 3 rasa ini kalau makan di restoren memang boleh tahan harganya. Sedangkan kalau masak sendiri banyak boleh jimat.
Yelah harga ikan ini ada masa boleh dapat dalam RM10-RM15 seekor. Bahan-bahan lain kebanyakan dah ada di rumah. Tinggal buat saja.
Kalau ada sambutan hari bermakna bolehlah buat hidangan ini di rumah, tak perlulah makan kat luar. Cara masak siakap 3 rasa ini pun sebenarnya taklah susah. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Afy AL Habibi , confirm semua makan sampai licin. Hias cantik-cantik baru nampak special macam makan kat restoren.
Step by step masak ikan siakap 3 rasa
Perapkan ikan 1/2 jam dengan bahan yang telah ditumbuk
-2 hiris halia
-3 ulas bawang putih
-1/2 sudu kecil garam
Saya suka belah ikan ala ‘fillet’. Isi ikan akan lebih rangup dan sedap.
2. Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu besar tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan isinya lebih rangup.
3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak.
Ads
4. Sementara itu, sediakan bahan yang perlu dipotong:
– 1/2 biji bawang merah- dadu
– 1/2 biji bawang Holland- dadu
– 2 ulas bawang putih – dadu
– 2 helai daun limau purut
– 2 hiris halia- hiris memanjang
– 3 tangkai cili padi merah
– 1 tangkai cili besar hijau
– 1 batang serai- hiris serong
– 1 hiris nanas- hiris dadu
5. Panaskan minyak, gunakan minyak gorengan ikan tadi, masukkan semua bahan yang dipotong kecuali cili dan nenas.
6. Kemudian masukkan pula 1 senduk bahan kisar
– 1/2 biji bawang merah
– 1/4 biji bawang Holland
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 sudu kecil ketumbar& jintan putih
– 2 hiris nipis serai
– 1/4 hiris nipis halia
Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
Ads
7. Masukkan pula 1 1/2 senduk cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.
8. Tambahkan 1 senduk cili sos Life, masukkan juga 1 sudu besar sos tiram dan 3/4 gelas air asam jawa (secubit asam jawa + 3/4 gelas air). Kacau sekata dengan api sederhana perlahan.
Ads
9. Perasakan dengan;
– 1 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 1/2 sudu besar perencah Hilal
10. Akhir sekali masukkan potongan nenas sebelum ditutup api. Masukkan juga sedikit cili potong tadi.
11. Siap! Sedia untuk dicurahkan kuah ini atas badan ikan.
Walaupun menu kampung tapi hidangan lempeng ini tetap ramai peminatnya. Cicah dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin memang ngam.
Cara nak buat pun mudah sangat. Tapi kan, ada juga yang buat lempeng tak menjadi. Kalau macam tu guna cara yang dikongsi oleh Fuad Ismail Iskandar ini. Elok gebu kejadian lempeng nanti.
Cara buat lempeng kampung gebu
Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air (lebih kurang)
2 biji telur
3 sudu minyak masak
Sedikit garam
Serbuk perasa (jika suka)
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan ini hingga sebati
2. Kemudian tuang sedikit atas kuali non stick. Saiz boleh buat ikut cita rasa.
3. Bila bahagian bawah dah masak, terbalikkan.
4. Dah sejuk boleh gulung dan makan dengan sambal.
Duduk rumah teres, tanah tak luas tapi teringin nak tanam pokok buah-buahan. Tiada masalah sebenarnya, boleh saja nak tanam pokok buah dalam pasu.
Selain mangga, pokok jambu juga antara yang sesuai ditanam dalam pasu. Apa yang penting pemilihan pokok, pasu dan juga penjagaannya.
Tip berikut dikongsi oleh Wan Madu yang banyak menanam pokok jambu air madu dalam pasu di sekitar kediamannya.
Menurutnya walaupun ditanam dalam pasu tapi hasil buah memang elok, pejal dan manis. Lagi best pokok berbuah 4 kali setahun. Ini tip yang dikongsi;
1. Cari anak pokok buah jambu di nurseri, pilih pokok tut. Ia lebih mudah dari tanam dari biji benih. Beli sekali tanah untuk diisi dalam pasu.
2. Pilih saiz pasu yang besar, saiz 14 inci. Boleh letak di atas simen atau atas tanah untuk akar menjalar.
3. Lakukan siraman dan pembajaan. Letak baja biji dua minggu sekali (boleh beli di nurseri). Selain itu buang tunas air yang keluar pada batang pokok.
4. Pokok yang ditanam dalam pasu dan dibaja secara teratur biasanya akan berbuah dalam masa setahun. Berbanding pokok jambu ditanam di atas tanah, mungkin ambil masa 2 tahun untuk berbuah.
5. Selain pokok jambu boleh juga tanam pokok mangga, pokok tin dalam pasu. Pokok buah yang ditanam dalam pasu juga memudahkan pembajaan dan juga kawalan serangga.
Pokok dalam pasu dah mati, cadang nak tanam pokok baru tapi jangan pula terus cabut dan masukkan anak pokok.
Tanah lama dalam pasu kena suburkan semula barulah pokok baru yang ditanam turut subur. Perkara ini dikongsi oleh Pyan Sempoi yang memang selalu berkongsi tip bercucuk tanam di dalam akaun Facebook miliknya selain memberikan panduan untuk menyuburkan semula tanah.
Tak boleh guna kecuali tambah bahan lain
Ramai yang bertanya boleh ke guna balik tanah-tanah lama bekas tanam? Jawapannya “TAK BOLEH” kalau hanya guna balik 100% tanah yang sama. Kena tambah bahan-bahan lain baru boleh digunakan semula.
Cara recycle tanah lama
Cara saya recycle semua tanah-tanah lama bekas tanam pokok tin & sawi sebelum ini, saya campur stok media yang ada antaranya sekam lapuk, sekam mentah, sekam bakar, cocoapeat, tanah hitam sawit, tanah kompos & kapur dolomit.
Selepas semuanya digaul sebati, masukkan dalam pasu, bakul sayur & polibeg besar. Kemudian siram dengan larutan baja organik cair (mol sisa-sasa dapur).
Tanah ini akan saya biarkan dulu sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tanam pokok yg baru atau biarkan sampai tumbuh rumput-rumput kecil.
Lagi lama peram lagi bagus. Tentera-tentera kecil (microorganisme baik) akan buat kerja dulu untuk mempersiapkan & menyuburkan media tanam ini.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...