Selalu saja makan kuih lompang tapi tak teringat pun nak cuba buat sendiri. Walhal buat kuih ini mudah juga sebenarnya.
Guna guna cara buat kuih lompang yang dikongsi oleh Fadzian Fadzir. Ujarnya kuih lompang ini rasanya makan versi mak-mak kita buat.
Bahan-bahan
3 cawan air
2 1/2 cawan tepung beras
2 sudu tepung ubi
1 cawan gula dan 1 cawan air (masak higga mendidih)
Pewarna yang disukai
Kelapa parut & secubit garam ( untuk atas kuih)
Ads
Cara membuat:
1. Campur tepung beras, tepung ubi bersama 3 cawan air. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan air gula dan tapiskannya.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang disukai.
Ads
3. Panaskan dahulu periuk kukus dan acuan selama 5 minit. Apabila acuan dah dipanaskan kemudian masukkan adunan dan kukus sehingga masak.
4. Tanda kuih ini masak bila ada kesan lekuk( lesung pipit) di tengah kuih.
Tip kuih tak melekat pada acuan,oleskan sedikit minyak masak di acuan sebelum dikukus.
Kebanyakan kita memang boleh masak sambal. Cuma bezanya antara sedap dan tak sedap saja.
Bagi korang yang masih belum berpuas hati dengan masakan sambal yang dimasak mungkin boleh ikut petua yang dikongsi oleh Putra Bugis Temasek.
Kumpul tip dan petua buat sambal yang sedap
Menurutnya ada cara dan petua berbeza untuk masak sambal bilis, sotong, udang ataupun sambal telur. Boleh ikut tip yang dikumpul dan dikongsi Putra Bugis Temasek.
Saya nak share petua atau cara buat sambal tumis yg lebih sedap. Saya buat penyelidikan tentang sambal tumis sejak dari tahun 2013. Tip ini saya kumpul dan jika ada yang nak berkongsi silakan.
Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya. Sambal bilis juga memang tak masukkan garam sebab bilis dah masin.
Cara membuatnya goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak dah layu, angkat dan ketepikan. Kemudian tumis lada kering.
Apabila dah masak baru masuk air asam, gula, garam dan ikan bilis dengan bawang tadi. Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit.
2. Sambal sotong
Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru dimasukkan.
Satu lagi untuk sambal udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.
3. Sambal udang
Jika memasak sambal udang rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika terpaksa menggunakannya ia perlu dimasak sehingga betul-betul garing.
Gula juga perlu digunakan dengan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
Selain itu api juga harus kecil dan tumis sehingga naik minyak. Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!
Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan air asam jawa sebaiknya selepas air udang keluar.
Kalau sambal tumis udang, saya kisar sedikit udang kering dengan cili kering.
Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yg perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…
Telur kelapa ini mungkin dah lama tak dihidangkan. Malah anak-anak sekarang pun ramai yang tak pernah menikmatinya.
Kita sendiri mungkin kali terakhir merasainya ketika masih kecil dimasak oleh ibu atau nenek kita. Supaya lauk ini tak hilang ditelan zaman sesekali gantikan telur dadar dengan telur kelapa.
Cara buat telur kelapa
Bahan-bahan
5 biji telur
Kelapa parut secukupnya
Bahan ditumbuk
2 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
4 tangkai cili hijau
Cara membuat telur kelapa
1. Pecahkan telur dalam bekas dan masukkan bahan tumbuk bersama kelapa parut.
2. Gaul sebati dan masukkan garam dan bahan perasa. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dan goreng telur dan balikkan selepas keperangan. Angkat dan hidangkan.
Nak memastikan ruang dapur kemas memang mencabar terutama kalau yang jenis suka memasak. Tapi misi ini tak mustahil untuk dilakukan.
Petuanya setiap barang dapur mesti ada bekas atau rumah sendiri, barulah nampak tak berserabut. Lagi satu bekas yang dipilih pula mestilah sama untuk memastikan efek kemas.
Bagi yang sedang mencari idea, boleh dapatkan lihat cara Sheila Marzuki ini ‘reorganize’ dapur miliknya hingga jadi teratur.
Bekas-bekas yang digunakan tak perlu pilih yang mahal pun, boleh cari di MR Diy atau recyle semula bekas lama, dan letak stiker supaya memudahkan kita mencari barang.
1. Idea simpan rempah ratus & bahan memasak yang selalu digunakan
2. Tempat simpan pelbagai jenis minyak
3. Rak utk minuman, labelkan supaya tak keliru
4. Bekas untuk tepung dan bahan serbuk. Sama, dan letak stiker
5. Stok barang dalam kabinet
6. Barang elektrik ada tempat khusus
7. Sabun atau cecair pencuci pakaian letak dalam bekas