Kuih qasidah ini antara kuih tradisi yang jarang kita jumpa orang menjualnya. Kalau ada pun pada bulan puasa. Salah satu sebabnya mungkin tak ramai yang mahir membuat kuih ini.
Walhal rasa kuih qasidah ini cukup sedap, dengan lemakmanis tambah pula dengan taburan bawang goreng di atasnya. Elok juga kalau kita belajar membuat kuih tradisi ini. Caranya boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Cahaya Indah ini. Sukatan yang digunakan hanya satu cawan tepung jadi memang sesuai untuk yang baru mencuba.
Resipi kuih qasidah yang mudah
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 cawan setengah air
1 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur
2 biji bawang merah
Cara membuat
1. Campur semua bahan kecuali bawang dalam bekas dan kacau sampai sebati.
Ads
2. Kemudian masuk adunan dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan. Kacau sampai 15 minit. Jika suka warna kuning bubuh sedikit pewarna kuning ketika ini.
3. Dalam pada itu sapu loyang dengan sedikit minyak masak.
Ads
4. Selepas mengacau 15 minit, adunan masak dan jadi berkilat. Bolehlah dituang pada loyang tadi.
Ads
5. Potong bawang nipis nipis dan gaul dengan secubit garam (jangan lebih supaya tak masin). Kemudian goreng bawang dgan sedikit minyak sampai garing kekuningan. Tutup api.
6. Tabur bawang goreng tadi di atas kuih qasidah bersama sedikit minyak goreng bawang tadi. Siap! Biarkan sejuk kemudian barulah dipotong.
Bagi yang selalu memasak, cuba tengok papan pemotong terutama yang plastik. Selalunya akan ada kesan kotoran kuning dan hitam kerana kerap digunakan untuk persiapan memasak.
Kotoran pada papan pemotong jenis plastik ini biasanya susah dihilangkan walaupun telah dicuci berkali-kali dengan sabun. Takkan nak guna peluntur pulak kan.
Jadi berikut adalah cara untuk membersihkan kotoran hitam pada papan pemotong yang kotor. Hanya guna tiga bahan yang ada di dapur, terus jadi bersih! Selamat pun selamat.
Bahan-bahan:
Limau nipis
Baking soda
Cuka
Langkah-langkah:
1. Ambil buah lemon kemudian belah dua.
2. Seterusnya tabur baking soda pada permukaan papan pemotong.
3. Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
4. Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
5. Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh juga guna berus besi untuk menyental untuk lebih berkesan.
6. Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan macam baru.
Selain buat cekodok pisang, pengat pisang untuk makan petang boleh juga ubah citarasa buat lengat pisang. Ia antara kuih tradisi yang jarang kita jumpa sekarang.
Sedap manis berlemak dan cara membuat lengat pisang ini juga mudah hanya menggunakan empat bahan saja. Bagi yang nak cuba boleh gunakan perkongsian resipi daripada Wani Sulinan.
Katanya kuih lengat pisang ini sangat mudah membuatnya, lebih mudah dari buat cekodok pisang. Bahagian putih rasanya seperti tepung pelita dan hanya empat langkah untuk menyediakannya.
Cara buat lengat pisang
Bahan-bahan
1 sisir pisang berangan – resipi asal pisang lemak manis, boleh ikut citarasa
1 kotak kecil santan segera
3 sudu penuh tepung beras
Gula, garam secukupnya
Cara membuat
1) Hiris pisang nipis setiap satu kemudian susun dalam loyang cantik-cantik.
2) Tabur gula atas pisang, buat beberapa lapisan hingga pisang habis.
3) Tuang sekotak santan dalam bekas berasingan kemudian guna kotak yang sama tambah sekotak air. Masukkan tiga sudu tepung beras dan letak garam. Kacau sebati.
4) Tuang semua santan tadi ke dalam loyang pisang. Kukus selama 20 minit. Siap! Makan sejuk-sejuk lagi sedap.
Memandangkan anak tak sekolah, semua ada di rumah dan ramai juga yang kena kerja dari rumah maknanya makanan kena sentiasa ada stok.
Selain lauk, kuih pun penting untuk kudapan mereka. Salah satu yang mudah dan boleh kita buat banyak untuk jadikan stok frozen adalah samosa kentang.
Modal pun tak banyak cuma guna kentang dan lobak. Cara membuatnya dikongsi oleh Sabariah Nor Mohd Yusof.
Samosa inti kentang, buat mudah & bahan pun tak banyak
Bahan untuk inti:
5 biji kentang – potong dadu
1 batang lobak merah – ambil suku & potong dadu
1 biji bawang besar – potong dadu
Sedikit daun bawang
1 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
Serbuk perasa
Sedikit lada hitam – ditumbuk lumat
Kulit popia
Info: Bahan ini untuk 20-25 biji samosa
Cara membuat:
Rebus seketika kentang dan lobak merah supaya empuk. Kemudian tos.
2. Tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai layu.
3. Masuk ubi kentang dan lobak merah bersama semua bahan-bahan lain, gaul rata & perasakan.
4. Siap inti samosa.
Cara lipat samosa
Sediakan bahan utamanya iaitu kulit popia dan inti yang siap dimasak. Sebelum itu bancuh 2 sudu besar tepung gandum bersama air untuk lekatkan samosa supaya tak terburai.
Ambil kulit popia potong dua. Letak tepung tadi di hujung untuk sambung supaya panjang.
Boleh mula melipat. Lipat jadi segitiga ikut langkah 1 &2, kemudian masukkan inti. Lipat jadi segitiga lagi.
Letak bancuhan tepung tadi di hujung supaya melekat, letak juga di ruang-ruang kosong (langkah 6 & 7). Siap!
Nak goreng terus pun boleh, nak frozen pun boleh untuk makan lain waktu.
Cara lipat samosa tanpa potong
Boleh juga lipat cara ini, lebih mudah. Tak perlu potong kulit popia. Cara ini dikongsi oleh Cik Puan Rose
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...