
Manggo Shake ini memang banyak dijual sekarang dan harganya pun boleh tahan. Paling murah RM5.
Jika nak minum satu famili rasanya lebih baik buat sendiri. Lagi jimat dan boleh letak ekstra mangga untuk lebih sedap.
Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian dari Norliza Razali
Resipi Simple Mango Shake
Bahan-bahan:
Susu segar (wajib)
Mangga masak (lebihkan untuk lebih sedap dan kisar)
Mangga- potong dadu
Air
Susu pekat
Susu cair
Ais krim vanilla
Ais secukupnya
Sunquick perisa mangga
Cara buat mango shake
1.Kisar semua bahan dan sesuaikan rasa masam manis & lemak. Masukkan dalam gelas.
Hidang dengan buah mangga potong.
2. Letak aiskrim vanilla.
3. Siap untuk diminum.
Selamat mencuba.
Sumber: Norliza Razali
Bukan Ferrero Roche Tapi Ferrero Cookies, Sama Sedap & Boleh Buat Sendiri

Tengok biskut bulat bersalut coklat dengan badam macam ni memang teringat jenama coklat yang terkenal ini.
Tapi bukan ya, ini Ferrero Cookies. Lebih kurang almond london tapi lebih mewah. Tengok pun dah tahu sedap.
Kalau teringin nak buat ini, boleh ikut cara dikongsi oleh Faizah Arzmi.
Buat sendiri Ferrero Cookies
Bahan-bahan:
250 gm buttercup
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan serbuk badam
1/2 cawan susu tepung
1 cawan Nestum – dikisar menjadi serbuk
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
Tepung gandum secukupnya
Cara membuat:
1. Mula mula sekali kacang hazelnut dibakar hingga rangup.
Kacang nib dibakar terlebih dahulu
Beryl’s Milk compound dicairkan.
2.Pukul buttercup dan gula hingga kembang
3. Masukkan serbuk badam, susu tepung, Nestum kisar, tepung jagung, tepung beras.
4. Kacau dan masukkan tepung gandum lebih kurang 2 cawan. Masukkan sikit demi sedikit sehingga doh sebati cantik, mampu digetel dengan elok terletak.
5. Jika doh lembik sangat, tambah tepung sampai doh cantik boleh olah dengan baik. Jangan terlalu banyak tepung, doh mudah keras dan pecah masa nak getel jadi bulat)
6. Bentukkan bulat doh, letak kan kacang hazelnut sebiji. Bulat kan dan bakar sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Bakar sehingga doh garing sikit (untuk rangup). Sejukkan biskut.
7. Cairkan coklat Beryl’s, masukkan kacang nib dalam coklat cair. Ambil biskut celup dalam coklat yang dah bercampur dengan kacang nib.
8. Masukkan dalam paper cup, biarkan sehingga keras atau letak dalam freezer sekejap. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Faizah Arzmi
Begini Cara Betul Bersihkan Paru Supaya Tak Berbau Hanyir. Waktu Rebus Masuk Sekali Bahan Ini

Hari raya korban nanti mungkin ada yang akan menerima bahagian paru ini selain daging. Tapi sebelum dimasak, paru ini harus dibersihkan dengan cara yang betul dan teliti supaya tidak berbau hanyir.
Bagi yang belum tahu cara bersihkan paru ini boleh gunakan cara yang dikongsi Afy Al Habibi sebagai panduan.
Cara bersihkan paru supaya tak berbau hanyir
Ketelitian membersihkan bahagian paru sangatlah penting. Tak boleh buat acuh nanti bau hanyir sekiranya air darahnya tidak dibersihkan betul-betul.
- Ia perlu dicuci sampai hilang warna air darah.
2. Kemudian rendam dengan air gandum/cuka atau perahan limau nipis. Seterusnya basuh dan toskan lagi sekali.
3. Seterusnya baru masukkan dalam periuk berserta air. Guna periuk yang besar supaya senang untuk membalikkan paru.
4. Dalam periuk campur sekali;
– asam keping
– garam
– serai (jika suka, ia boleh kurangkan bau hanyir)
– halia
5. Rebus kira-kira 35 minit dalam api sederhana besar. Tak perlu tutup periuk, nanti air melimpah. Sesekali balik-balikkan paru ini.
6. Sebelum tutup api, cucuk-cucuk paru untuk melihat bahagian dalamnya. Sekiranya tidak lagi berwarna merah bermakna sudah cukup masak dan boleh tutup api.
7. Buang semua air rebusan dan toskan. Boleh juga lalukan di bawah air sekejap sebelum ditoskan. Kemudian bolehlah dihiris untuk dimasak ikut citarasa.
Semoga bermanfaat
Sumber: Afy Al Habibi
Teknik Tanam Terus Pokok Sayur Dalam Beg Tanah, Lagi Mudah & Jimat. Ini Caranya

Ramai yang suka bercucuk tanam apatah lagi kalau ada kaedah yang mudah dan jimat untuk dipraktikkan. Lagi bersemangat nak tanam sayur!
Antara cara mudah yang dikongsi oleh netizen untuk tanam sayur adalah tanam terus dalam beg tanah.
Cara tanam sayur terus dalam beg tanah RM10
Tanam sayur cara ini mudah dan jimat. Sebab tak perlu buat batas. Boleh tanam sayur sebatas tanpa perlu beli pasu atau kawasan luas.
Potong bahagian atas bentuk kotak. Lipat bahagian atas sebagai penutup. Setengah jam dah siap semua. Jimat masa dan tenaga untuk orang muda berkebun.
Tekniknya
- Cucuk bahagian bawah beg plastik cucuk untuk buat lubang, lebih kurang dalam 30 lubang. Ia supaya akar serabut dapat turun ke bawah dan tahan lebih lama jika kurang disiram.
2. Pastikan bila potong petak pembukaan atas, ada lebih dalam 2-3 inci dari tepi supaya tanah tak keluar kalau hujan.
3. Plastik akan mereput dalam 1 tahun, kemudian boleh guna balik tanah. Ada lebih banyak organic matters.
4. Dulu saya buat tebuk lubang bulat-bulat dalam 9 lubang satu beg, tapi rasa tak perlu kot, rugi kawasan. Boleh potong terus untuk bukaan atas dan tanam pokok rapat-rapat.

5. Boleh semai terus biji benih dalam beg tanah, kalau naik terlalu rapat boleh jarakkan.
Jom bercucuk tanam, ada hasilnya
Sumber : Matt Pucuk Tunas Garden