Jenis kurma antara yang selalu dipertimbangkan ketika membeli buah yang laris di bulan Ramadan ini.
Terdapat pelbagai jenis kurma yang ada di pasaran, namun berikut adalah yang popular di Malaysia. Ada yang mahal dan ada juga yang biasa namun tetap enak.
Jenis kurma popular di Malaysia
1. Kurma Ajwa
Kurma dari Madinah ini juga sering disebut Kurma Nabi.Kurma ini biasanya bersaiz kecil dan berwarna hitam. Rasanya pula manis dengan tekstur isi yang lembut. Terdapat juga kurma Ajwa yang berbentuk oblong dengan puncak yang bulat dan tekstur yang agak kasar.
2. Kurma Medjool (Majdoul)
Kurma Medjool tumbuh di iklim yang panas kering seperti di Timur Tengah dan Afrika. Isi buahnya gemuk, lembab, dan manis. Kurma Medjool adalah antara jenis kurma yang paling mahal kerana ia sukar untuk ditanam, bersaiz besar dan mempunyai rasa yang manis seakan rasa karamel. Disebabkan itu, ia juga terkenal dengan gelaran ‘Kurma Berlian’.
Buah ini juga sentiasa kelihatan segar walaupun kering. Kulitnya berwarna kuning gelap hingga merah kecoklatan dengan tekstur yang berserabut.
3. Kurma Deglet Noor
Deglet Noor dalam bahasa Arab bermaksud ‘Ratu Kurma’. Kurma jenis ini berasal dari Algeria dan turut ditanam di negara lain seperti Iran, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Tunisia.
Kurma ini mempunyai beberapa ciri khas seperti warna lut dan rasa lembut seperti madu. Di Malaysia, biasanya kurma ini dijual dalam bentuk bertangkai dan merupakan antara jenis yang cukup popular di pasaran.
Ads
4. Kurma Safawi
Kurma Safawi terkenal di Madinah dan Mekah Berwarna coklat gelap, rasanya lazat manis mirip dengan rasa kurma Ajwa, isi buahnya lembab dan bertekstur lembut.
Kebiasaannya, pohon kurma Safawi adalah produktif, itulah yang membuat kurma Safawi lebih banyak tersedia dan mudah didapat dibanding kurma lain. Berwarna coklat gelap, rasanya lazat manis mirip dengan rasa kurma Ajwa. Isi buahnya lembab dan bertekstur lembut.
5. Kurma Mabroom
Kurma ini lebih mempunyai tekstur yang agak sama dengan kurma Ajwa yang lembut. Berbentuk panjang dan kurus, kurma ini kebanyakannya ditanam di Semenanjung Barat Arab Saudi.
Ia mempunyai kulit yang hampir lut dan berwarna coklat. Isinya pula mempunyai kedutan lembut, mempunyai rasa yang unik, berserabut, tidak begitu manis dan agak kenyal.
Ads
6. Kurma Sayer
Kurma ini mempunyai kulit kering yang tipis dengan bentuk yang panjang serta bujur. Ia dikenali dengan pelbagai nama lain seperti kurma Stamaran, Saamaran, Stamara atau Samberun.
7. Kurma Mazafati
Kurma Mazafati dianggap sebagai antara kurma yang paling lazat di dunia dengan isi yang tebal serta warna hitam yang menarik berbanding jenis buah kurma lain yang ada di pasaran.
Di Malaysia, kurma ini juga dijenali sebagai Kurma Madu, Kurma Kimia atau Kurma Bam. Isinya lembut dan mempunyai rasa yang manis serta agak lembap kerana kandungan air yang tinggi.
Ads
Ketahui jenama kurma dari Israel, elak terbeli
Mungkin ramai tidak tahu bahawa Israel adalah pengeluar kurma Medjoul terbesar di dunia. 50 peratus kurma Israel dieksport ke Eropah, yang dijual di pasar raya utama serta kedai tempatan di seluruh benua.
Menurut Friends of Al-Aqsa (FOA), United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Sepanyol dan Itali antara yang mengimport buah kering dalam kuantiti besar, lebih 3,000 tan bernilai USD 8.9 Juta
King Solomon
Jordan River
Bomaja
Delilah
Rapunzel
Tamara Barhi Dates
Royal Tresure
EKSTRA : 4 tip pilih kurma berkualiti
Warna -nampak berkilat dan warnanya sekata, contoh hitam pekat untuk Ajwa atau coklat keemasan untuk Majdool.
Kulit – permukaan kurma kering di lyar dan tidak menyebabkan tangan melekit bila pegang. Ini tanda kurma tidak disalut dengan gula. Kurma yang baik kulitnya licin dan tidak menggelupas.
Aroma – Elakkan ambil kurma yang seakan bau masam, ia tanda tidak segar dan tidak disimpan dengan baik.
Perhatikan tarik tuaian – beli stok kurma keluaran terkini. Tanya Tarikh Tuaian/ Batch kurma pada Seller. Setiap seller perlu ada maklumat tersebut.
Kadang-kadang kita hairan kenapa ada rumah yang sentiasa bersih dan kemas, walhal tuannya setiap hari sibuk dengan urusan harian juga.
Sebenarnya untuk dapat rumah sebegini rahsianya adalah setiap hari kena lakukan a rutin pembersihan dan mengemas ruang tertentu. Janganlah bersih dan kemas rumah pada waktu hujung minggu saja.
Setiap hari dari Isnin hingga Ahad kena ada jadual bersih rumah yang perlu diikuti supaya kediaman akan kekal dalam keadaan bersih dan kemas.
Jadual adalah berikut boleh kita ikuti untuk dapat kediaman yang sentiasa tip top, sedap mata memandang. Boleh saja ubah ikut kesesuaian kita, janji setiap hari ada rutin ini.
ISNIN
Lap debu meja tv, meja solek, meja tulis, rak buku, rak pakaian
SELASA
Vacum alas kaki dan karpet, celah tingkap, bawah perabot.
RABU
Mop ruang tamu, ruang keluarga, dapur, bilik tidur.
KHAMIS
Bersih bilik air, lap singki, tangki flush, cuci mangkuk tandas, sental dinding, berus lantai.
SABTU
Tukar dan basuh kain lap tangan, kain lap dapur dan alas kaki.
AHAD
Cuci peti ais, buang makanan rosak, refill Milo, teh, kopi, gula dan bekas makanan yang perlu.
Foto: Hani MynisSETIAP HARI!
Kemas tempat tidur
Sidai tuala
Sapu sepintas lalu
Basuh meja atau kemas pakaian
Lap meja selepas makan
Lap dapur selepas masak
Bersihkan sinki sebelum tidur
Ikat dan buang sampah
SEBULAN SEKALI
Buan sawang, bersih perkakas elektrik, bersih laman rumah, buang surat khabar, majalah, botol lama.
Dah berjaya tanam pokok terung di rumah. Pokok memang subur, daun pun lebat tapi masalahnya buah tak banyak. Siram dan baja cukup, namun hasil terung kurang sangat.
Kalau pokok ada masalah sebegini, cara yang disarankan oleh Azuan Abdullah ini boleh dilakukan.
Menurut beliau pokok terung yang lebat dan tapi buah kurang perlu dibuang daunnya. Kenapa? Ini penjelasan beliau.
Kenapa perlu buang daun pokok terung
Biasa dengar tak orang cakap pokok terung kalau daunnya banyak sangat, buah memang kurang. Kenapa ya?
Ini sebabnya. Daun adalah kilang kepada pokok. Maksudnya, daun lah yang akan proses makanan kepada pokok. Istilah pertaniannya kita panggil fotosintesis.
Namun, tak semua daun bertindak sebagai kilang. Contohnya;
1. Daun kering 2. Daun kuning (faktor usia) 3. Daun yang tak terdedah pada cahaya.
Ketiga-tiga jenis daun di atas adalah daun yang tidak berfungsi. Dengan kata mudah ia tidak berfungsi sebagai kilang kepada pokok.
Daun subur tapi tak buat ‘makanan’
Dalam kes pokok terung, daun yang tidak berfungsi paling banyak adalah daun yang tidak terdedah kepada cahaya (jika tidak pruning).
Daun ini subur dan hijau molek, tapi tak buat makanan. Namun ia masih ambil makanan. Rugi saja bela daun ni. Makan saja, kerja tak buat.
Sebab tu, dalam pengurusan ladang terung yang baik, semua daun yang tidak berfungsi akan “diprunning” (dipotong). Lepas ia dibawa keluar daripada kawasan tanaman untuk dikambus atau dibakar.
Proses ini amat penting pagi memastikan pokok kita,
1. Kurang risiko serangan perosak dan penyakit.
2. Sistem pengudaraan yang baik kepada pokok.
3. Menjimatkan pengambilan nutrien.
4. Agihan nutrien dalam pokok lebih seragam.
5. Meningkatkan pengeluaran buah.
Banyak daun tak berfungsi punca buah kurang
Jika pokok terung yang kita tanam subur sangat dan buahnya kurang. Ia biasa disebabkan oleh banyaknya daun yang tidak berfungsi di pokok.
Prunning daun usah sayang. Masa prunning berpada-pada juga, jangan sampai botak pula pokok.
Bila dah botak, tumbesaran pokok akan terganggu. Jadi kes tak cukup makanan pula sebab kilang dah kurang. Nak pulih balik, kena ambil masa.
Ayam goreng ini memang jadi kegemaran ramai terutama yang spicy. Pedas tapi sedap. Selalunya kita termasuk anak-anak makan begitu saja.
Kalau dah sekeluarga suka, elok rasa jika kita belajar buat sendiri demi penjimatan. Kan sekarang kita kena berjimat cermat.
Boleh cuba resipi yang dikongsi Noraslina Harun ini, ramai yang dah cuba dan kata rasanya sebijik macam ayam goreng McD.
Resipi Ayam Goreng Ala McD
Bahan-bahan :
Ayam Tepung jenama Bestari Tepung Gandum Tepung Beras Serbuk Cili (jika perlu) Minyak Masak Reseipi ni tak memerlukan garam sebab tepung Bestari tu dah masin
Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung Bestari bersama air sahaja. Bancuh sampai jadi sederhana pekat (ikut pada kuantiti ayam)
2. Masukkan ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Saya perap 5 jam.
3. Sediakan tepung untuk salutan pulak.
4. Campurkan tepung Bestari yang belum dibancuh dengan airbersama tepung gandum & tepung beras (saya tiada sukatan tetap. Agak-agak je. Anggaran 1 senduk tepung Bestari, 1 senduk tepung gandum 1 1/2 senduk tepung beras) macam dalam gambar. Kalau nak pedas campur serbuk cili.
5. Kemudian ambil ayam yg dah perap tadi masuk dalam campuran tepung kering & salutkan serata. Buat seketul-seketul sebab kalau buat banyak, jadi tak cantik & tak bersalut. So kena sabar masa ‘bedak kan’ ayam.
6. Masukkan ayam dah salut tadi dalam minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyak sekata & ayam terendam (tak perlu balik-balikkan banyak kali. Biarkan dia masak dengan tenang).
Waktu menggoreng dalam periuk atau kuali boleh la masuk kan 3-4 ketul. Jangan banyak sangat, ikut saiz periuk atau kuali.
7. Goreng hingga agak kekuningan. Angkat dan boleh terus makan.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...