Bilik air yang dah cuci bersih kenalah letak haruman. Barulah lengkap, bersih dan wangi. Biasanya kita beli pewangi bilik air untuk menghindarkan aroma-aroma yang tak sedap dari ruang ini. Tapi untuk penjimatan kita boleh saja buat sendiri.
Sebab cara membuat pewangi bilik air ni mudah dan ringkas sangat, guna bahan yang memang dah ada di rumah saja. Sebab tu jimat. Caranya dikongsi oleh Azzira Razak.
Buat sendiri pewangi bilik air
Nak bilik air wangi sepanjang masa, jom DIY pewangi bilik air sendiri.
Bahan-bahan
Span
Cecair pelembut pakaian
Gelas kosong
Ads
Cara membuat
1. Gunting span bentuk dadu.
2. Masukkan dalam gelas.
Ads
3. Tuang pelembut pakaian.
4. Letak dalam bilik air.
Ads
Span akan menyerap pewangi dan buat ia tahan lama. Bila dah kurang baunya boleh refill.
Baunya memang wangi sesuai untuk letak dalam bilik kecil aiar bilik air. Kalau ruang besar mungkin kurang bau wanginya.
Kebanyakan kita bercucuk tanam di rumah sekadar untuk makan sendiri dan memudahkan keperluan masak.
Tapi walaupun tak banyak tetap ada cabarannya. Dahlah pokok sayur sikit kena pulak serangan perosak. Habis daun sayur dan pokok dimakan belalang, serangga, siput atau ulat.
Memang geram dan kecewa dibuatnya. Tambah lagi musim hujan lagi banyak yang datang. Jadi macam mana nak elak dari ulat dan seranggan perosak ini makan daun pokok sayur kita. Ha…Boleh guna semburan racun organik seperti yang dikongsi oleh Ungku Hazwani.
Ada beberapa kawan yang tanya Miss Wanie, macam mana nak halau belalang/ulat dari makan daun/pokok kita? Ada cara organik tak?
Lagi-lagi musim hujan ni, ramailah ‘kengkawan serangga’ datang singgah kan
Saya share spray racun organik yang saya gunakan untuk semua pokok-pokok yang ada untuk dijual pada customer.
Antara bahan yang digunakan untuk buat racun organik ini adalah cili padi merah atau serbuk cili bersama bawang putih
Bahan yang diperlukan:
-1L-1.2L Air
-1 sudu besar serbuk cili/cili padi merah
-¼ sudu besar sabun cecair pencuci pinggan
-¼ sudu besar minyak masak
-4 biji bawang putih (tumbuk halus)
Penyediaan dan cara penggunaan
1. Campur ke semua bahan & tapis.
2. Masukkan dalam botol spray.
3. Boleh spray pada daun pokok sayur atau pokok lain seminggu sekali.
Kalau nampak daun tu sedap sangat kena makan dengan belalang/serangga, spray seminggu 2 kali.
Lagi satu, air rendaman bawang & kulit bawang pun boleh digunakan untuk spray daun yang dimakan ulat. Jangan dibuang. Serangga tak memang tak suka. Mudah kan?
Sehari sebelum raya biasanya, kaum ibu dah sibuk menyediakan rendang. Selalunya dimasak dalam jumlah yang banyak.
Tapi ada juga kejadian malam masak rendang, esok tengah harinya rendang dah basi. Memang geram kan.
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Serbuk air minuman seperti Milo, Horlick, Nescafe, kopi memang sentiasa kita beli. Tapi yang menjadi masalah adalah waktu menyimpannya selepas dibuka dari kemasan.
Selepas dimasukkan dalam balang, jika lama tak digunakan ia akan mengeras. Kadang kala serbuk masih banyak tapi dah keras. Jadi satu masalah pula untuk keluarkannya bila jadi macam begini kerana perlu dihancurkan dulu.
Untuk elak perkara ini berlaku terutama untuk yang beli tapi jarang membancuhnya, boleh praktikkan tip mudah ini.
Cuma beli penyerap oksigen untuk makanan atau oxygen absober ini di kedai bakeri atau pun secara online.
Sewaktu tuang serbuk minuman dalam balang sama ada Milo, Nescafe atau apa juga serbuk termasuklah kopi, teh dan sebagainya letak sekali satu paket penyerap oksigen ini.
Cara ini serbuk minuman yang disimpan takkan keras kerana udara/oksigen yang jadi punca ia berlaku diserap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...