Sewaktu memasak kebanyakan kita sudah terbiasa menggunakan serbuk perasa. Kebiasaannya kita beli saja walau pun tahu ia mengandungi monosodium glutamate atau MSG yang bukanlah begitu sihat terutama untuk anak-anak yang sedang membesar.
Tapi tahu tak, sebenarnya serbuk perasa untuk menyedapkan masakan ini boleh saja kita buat sendiri. Ya betul! Cara-caranya dikongsi oleh AJ Idris.
Kalau dah buat sendiri dah tentu bebas MSG dan lebih sihat untuk santapan famili kita.
Serbuk perasa homemade atau salt seasoning
Bahan-bahan:
Garam halus
Serbuk bawang putih
Serbuk bawang merah
Serbuk ketumbar
Serbuk lada hitam
Serbuk kumin (jintan putih)
Ads
Ini antara bahan yang boleh kita beli di pasar raya. Sesetengah kedai runcit pun ada.
Ads
Cara membuat:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dalam satu bekas kedap udara.
Ads
2. Sesuai digunakan untuk menambah rasa dalam masakan seperti sup, perapan ayam/ daging dan pelbagai jenis masakan lagi.
Bunga kantan antara yang selalu kita guna dalam masakan. Harga pun boleh tahan mahalnya. Jadi kalau kerap menggunakannya elok juga tanam sendiri di sekitar rumah.
Bagi yang nak cuba tanam pokok kantan ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Ibrisam Wossali. Cara yang dipraktikkan ini katanya bukan saja membolehkan pokok kantan yang ditanam hidup subur tapi juga tak pernah putus berbunga.
Pokok kantan saya ni memang rajin berbunga. Tak pernah putus berbunga. Seawal umurnya hampir setahun lepas tanam dah belajar berbunga.
Saya dapat tunjuk ajar dan petua menanam pokok kantan ni dari seorang rakan berkebun.
Alhamdulillah saya ikut caranya seperti yang diajar. Setelah hampir setahun pokok kantan saya berbunga buat pertama kalinya.
Sampai sekarang dah hampir 3 tahun pokok kantan saya tak pernah putus berbunga. Itulah rahsianya saya selalu tabur serbuk kulit telur dan beri baja NPK biru.
Sehari sebelum raya biasanya, kaum ibu dah sibuk menyediakan rendang. Selalunya dimasak dalam jumlah yang banyak.
Tapi ada juga kejadian malam masak rendang, esok tengah harinya rendang dah basi. Memang geram kan.
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Sambal ikan bilis ada banyak versi, kalau nak tahan lama boleh buat sambal goreng garing macam ini. Sebulan pun tahan, tapi selalunya tak sampai seminggu dah licin.
Sambal goreng garing ini juga sesuai untuk buat bekal kalau pergi bercuti atau untuk anak balik asrama. Sambal ini dibuat tak menggunakan bawang merah, hanya bawang putih bersama dua lagi bahan. Mudah kan. Cara membuatnya dikongsi oleh Mazlinda Zakaria.
1. Kisar cili kering dalam 30 tangkai bersama bawang putih 7 ulas. Bawang putih lebih pun boleh lagi sedap dan wangi.
2. Panaskan minyak kemudian goreng ikan bilis garing-garing. Guna ikan bilis halus lagi sedap. Dah garing angkat dan tos.
3. Kemudian tumis bahan kisar guna minyak goreng ikan bilis tadi. Masukkan gula pasir 1 sudu kemudian biar cili garing guna api sederhana. Boleh masuk garam ketika ini dan kacau.
4. Bila cili dah garing sebelum tutup api besarkan api dan kacau sambal sampai dapat hasil garing yang kita nak. Part ini penting untuk hasil garing.
5. Kemudian tutup api dan tapis sekejap sampai sambal sejuk. Dah sejuk gaulkan ikan bilis dalam sambal. Kemudian tapis lagi sampai habis minyaknya. Sambal bilis ini memang kering dan tak berminyak sangat kerana dah ditos.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...