Hidangan spageti terutama spageti bolognese memang selalu kita sajikan. Tak kira masa boleh makan dari pagi sampai ke malam. Jadi memang berbaloi sangat kalau standby sos bolognese frozen ini.
Senang bila nak makan ambil dan defrost saja. Nak lagi mudah boleh ikut cara yang dipraktikkan oleh Erni Abu Samah.
Jika ikut cara yang dikongsi oleh beliau, sos ini boleh buat untuk 5 kali makan dan tahan hingga 6 bulan. Malah menurut beliau rasanya lagi sedap dari sos segera.
Buat sendiri sos spageti frozen, tahan 6 bulan boleh 5 kali makan
Sementara ada mood kita buatlah sos speghetti frozen, standby untuk Ramadan. Biasanya bila dah hujung puasa, tak lalu dah nak makan nasi.
Masukkan dalam paket kecil dan simpan dalam freezer, sos oni boleh tahan 6 bulan. Saya buat 6 kilo dapat 5 kali makan. Rasanya lagi sedap berganda dari sos dalam botol.
Ads
Bahan-bahan
7 kg tomato merah -buang kulit, biji dan kisar
5 biji bawang besar -didadu
15 ulas bawang putih – dipecahkan dan didadu
3 – 4 sudu besar garam
2 sudu besar – gula
Origano, parsley, basil (serbuk kering) – 2 sudu besar setiap satu
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) ( letak 1/2 jam terakhir)
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak jagung, tumis bawang besar, bawang putih. Jangan garing, cukup layu saja.
Ads
2. Masukkan tomato yg dikisar halus.
3. Masukkan 2 tin tomato puri bersama garam, gula, lada hitam dan semua daun herba.
4. Reneh atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pun boleh.
5. Setengah jam terakhir masukkan cendawan yang dihiris.
Ads
6. Dah bila kuah dah sejuk masukkan dalam paket kecil sebelum simpan dalam freezer. Kuah spageti bolognese ini boleh tahan sehingga 6 bulan.
Cara penggunaan sos
Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas dan perisakan ikut citarasa. Boleh juga tambah beefball. Boleh jadi sos lasagna atau piza.
Tip buang kulit tomato
Kelar kulit tomato kemudian celur dalam air menggelegak hingga nampak kulitnya terkoyak. Jangan lama, nanti lembik. Nanti kulit tomato mudah dikupas macam kupas pisang.
Antara makanan segera kegemaran anak-anak adalah nugget terutama nuget ayam tempura. Boleh kata stok makanan ini sentiasa ada dalam freezer. Cuma sekarang harganya pun dah makin mahal. Hampir RM16 untuk satu pek.
Supaya lebih jimat eloklah kita belajar buat sendiri. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Siti Zunnurain. Kaedahnya yang dikongsi tak memerlukan adunan dikukus, sebaliknya boleh terus digoreng. Nuget ini tidak dicampur dengan tepung, memang isi ayam penuh lagi sedap. Boleh disejuk beku, jadi boleh buat banyak dan simpan dalam freezer.
Kalau baru nak mula bercucuk tanam di rumah dan mencari cara yang mudah boleh ikut kaedah yang dikongsi oleh Kamarul Izzudin ini.
Tak perlu beli pasu atau bekas khas, guna besen empat segi pun menjadi. Kaedah tanam terus dalam besen, boleh mulakan dengan sayur bayam.
Sayur yang ditanam dalam besen ini tak perlu alih anak pokok. Biar terus dalam besen, 6 minggu dah boleh kutip hasil.
Tanam bayam dalam besen
Aktiviti petang, tanam bayam lagi. Semalam masuk kedai RM2, beli besen 4 segi, tebuk lubang dah boleh tanam sayur. Lagi 6 minggu boleh dah berkira-kira kutip.
Cara saya;
1. Tanam bayam terus dalam besen empat segi ini.
2. Lepas buat lubang bawah besen, masukkan tanah dan buat jalur/longkang.
3. Tabur biji benih, untuk elak anak benih tumbuh padat boleh gaul dengan pasir dulu. Saya tabur terus sambil gerakkan jari.
4. Siram dan tutup besen dengan kertas kotak. Tujuan tutup untuk kurangkan kadar kehilangan air dari tapak semai, siram juga kotak bagi lembap, biji cepat sikit nak bercambah.
5. Bila anak pokok dah naik tinggi satu jari, tambah sikit tanah lagi kiri kanan.
6. Jalur/ longkang yang ada nanti di situlah kita tabur baja.
Hasilnya…Selain bayar boleh juga tanam kangkung atau sawi ikut cara ini.
Bangun awal pagi buka pintu ingat nak ambil angin segar, sekali bau najis dan air kencing kucing yang masam dan hancing yang kena hidu.
Lagi buat stres, kita tak pelihara kucing tapi kena bersihkan pulak bahan buangan kucing jiran. Nak kompelin nanti masam muka pula dengan jiran.
Kalau dah tak larat nak bersih dan habis petua guna untuk elakkan kucing membuang najis di kawasan rumah, boleh cuba pula petua yang dikongsi Zuriaty Musa melalui akaun TikTok miliknya.
Cara elak kucing buat najis dan kencing depan rumah kita
Caranya sembur dengan air bawang dan serai. Boleh buat sendiri dan sembur saja di tempat yang selalu jadi sasaran kucing membuang.
Cara membuat
Ambil dua labu bawang putih bersama 3-4 batang serai.
2. Potong dan kemudian kisar hingga hancur.
3. Bila sudah hancur campur dengan air dan tapis.
4. Ambil air yang ditapis masukkan dalam botol penyembur.
5. Sembur di tempat yang kucing selalu kencing dan membuang najis.
Kalau musim hujan kena buat 2 minggu sekali, jika musim panas kemarau sebulan sekali. Baunya bawang putih dan serai ini akan buat kucing menjauhi kawasan yang disembur.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...