Antara makanan segera kegemaran anak-anak adalah nugget terutama nuget ayam tempura. Boleh kata stok makanan ini sentiasa ada dalam freezer. Cuma sekarang harganya pun dah makin mahal. Hampir RM16 untuk satu pek.
Supaya lebih jimat eloklah kita belajar buat sendiri. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Siti Zunnurain. Kaedahnya yang dikongsi tak memerlukan adunan dikukus, sebaliknya boleh terus digoreng. Nuget ini tidak dicampur dengan tepung, memang isi ayam penuh lagi sedap. Boleh disejuk beku, jadi boleh buat banyak dan simpan dalam freezer.
Ramai peminat meatball Ikea tapi nak pergi makan kat sini selalunya kena beratur panjang. Ini yang buat fikir panjang nak pergi.
Tapi kalau teringin, boleh saja buat sendiri meatball ala Ikea ini di rumah. Resipi pun memang dikongsi oleh Ikea sendiri.
Untuk lebih mudah boleh ikut perkongsian Zan Zafirah Zainal yang sudah pun mencubanya.
Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun.
Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.
Bahan untuk meatball:
750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam
Cara membuat:
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.
2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).
Bahan untuk sos:
40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream
Cara membuat:
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.
3. Masukkan air sambil kacau perlahan untuk elakkan berketul.
4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim.
5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.
Tuang atas meatball dan letak sedikit jem. Dah siap!
Bagi yang duduk rumah ada laman, memang tak lari dari masalah rumput. Sakit mata tengok, baru saja potong dah tumbuh balik.
Takkan asyik nak upah orang potong. Kalau rumah teres yang ada sikit saja tanah lagilah tak berbaloi nak panggil orang potong rumput. Nak sembur racun kimia takut pula maklumlah kat rumah anak anak.
Jadi alternatifnya kita buat racun rumput sendiri. Menariknya cuma pakai 2 bahan saja yang ada saja kat dapur. Boleh ikut perkongsian daripada Muhamad Najib ini.
Bahan yang digunakan
Cecair pencuci pinggan mangkuk (Sunlight dengan kuasa lemon)
Cuka masakan
Alat penyembur
Caranya
Campurkan sebotol cuka masakan dengan 4 – 5 sudu makan cecair pencuci pinggan. Kuantiti ikut keluasan kawasan yang penuh rumput. Kalau kawasan kecil, boleh di kurangkan kuantiti bahan-bahan.
Kacau sebati cuka masakan tu dan cecair pencuci pinggan kemudian isikan dalam alat penyembur. Tak perlu campur air ya!
Semburkan kepada rumput-rumput liar yang ingin dihapuskan.
Hasilnya
SebelumSelepas seminggu
INFO
Cuka masakan mengandungi asid asetik dan ia sangatlah tidak serasi kepada kebanyakan jenis tumbuhan.
Sabun pencuci pinggan ini pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka di sembur melekit elok pada tumbuhan tersebut.
Selepas seminggu semua rumput akan mati dan mudah untuk dicabut kerana dah kering.
TIP
Elak meracun musim hujan kerana mungkin tak berkesan kerana dibasahi air hujan. Sebaiknya buat ketika hari panas baru cepat mati.
Banyak kediaman tak kira jenis teres atau bertingkat berdepan dengan masalah ini. Kadang-kadang retak atau rekahan bukan kecil tapi besar.
Boleh tutup menggunakan joint compound tapi ia hanya menutupi kesan retak dari luar tapi bukan lubang.
Jika rumah kita sendiri ada masalah retak ini, ada satu cara yang boleh kita usahakan atau DIY untuk menyelesaikan masalah ini.
Dikongsi oleh comen.os melalui akaun TikTok salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk membaiki masalah ini baiki adalah dengan menggunakan produk yang khas untuk menutup rekahan iaitu Sellys No More Big Gaps. Menariknya cara untuk menggunakannya juga cukup mudah.
Ambil produk dan goncang selama 10-20 saat supaya sebati.
2. Kemudian pasang nozzle panjang yang disediakan pada muncung.
3. Selepas pasang nozzle, terbalikkan dan masukkan nozzle pada lubang rekahan.
4. Picit hingga foam berwarna putih memenuhi ruang atau lubang rekahan.
5. Selepas foam tadi masuk, ia akan mengembang dan akan ada lebihan terkeluar dari dinding. Ketika ini ruang dalam akan ditutup dengan foam tadi yang juga melekat.
6. Biarkan saja sehingga foam tadi kering.
7. Selepas itu boleh potong lebihan yang terkeluar dari dinding dan bolehlah kita cat semula.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...