Bantal bila bersarung memang nampak elok tapi cuba buka sarung, macam ‘peta’ penuh dengan kesan kotor. Kalau dah bertahun-tahun guna lagilah, akan ada tompokan kuning kesan dari rambut yang basah, air liur dan sebagainya. Malah ada yang berbau.
Macam mana nak bersihkan bantal begini? Nah! Boleh cuba cuci bantal ini ikut cara yang dikongsi oleh Nismira melalui akaun TikTok miliknya. Menggunakan 3 bahan hasilnya bantal penuh peta memang bertukar bersih.
Cara bersihkan bantal kotor, kuning & berbau
1. Sediakan baking soda, borax, sabun pencuci dan air.
2. Masukkan bantal dalam bekas/ besen muat untuk rendam bantal.
3. Isi air dan masukkan baking soda, borax serta sabun pencuci.
4. Kocak-kocakkan supaya bahan pencuci rata.
Ads
5. Biarkan dalam bekas dan balik- balikkan. Hasilnya boleh dilihat dalam beberapa minit saja. Kotoran akan tanggal dan air pun bertukar warna.
Kata Nismira setiap 3 bahan yang digunakan itu ada fungsinya, baking soda untuk naikkan warna putih, manakala borax untuk hilangkan bau busuk sementara pencuci untuk bersihkan kotoran.
Mati itu pasti tapi bila waktunya menjadi rahsia Allah Taala. Tiada yang dapat menduga ajal maut. Disebabkan itu kita sebagai hambanya perlu bersedia.
Bukan saja dengan amal ibadah tapi juga ilmu untuk menguruskan jenazah. Ini kerana ia boleh berlaku bila-bila masa termasuk kalangan orang terdekat kita.
Jika kematian berlaku di siang hari mungkin mudah untuk kita mendapat bantuan tapi bagaimana pula jika ada ahli keluarga meninggal di tengah malam sewaktu orang lain tidur.
Oleh itu kita semua seharusnya tau apa yang harus dilakukan sebagai mana yang dikongsi oleh Ustaz Rashidi Al-Jawawi.
“Abang, macam mana nak buat ni?.. Jam dah pukul 11.30mlm… sah-sah la pak imam tido dah.. Tu mak baru meninggal tu nak buat macam mana?”…
Risau… Pening… Takut… semua ada.
“Cuba la awak mesej..kot-kot belum tido”
“Aduuh.. Tak nak laaa sy bang.. kacau orang tengah malam!”
Udahnya gaduh depan jenazah mak. Andai arwah masih hidup mesti dia sedih terdetik dalam hati dia….
“Sepatutnya anak-anak aku tahu nak buat apa tapi silap sendiri juga tak bimbing dan didikan cara nak urus jenazah aku nanti…”
1. Tutup matanya… kalau tak boleh urutkan pakai minyak keliling mata dan perlahan-lahan tutup matanya
2. Ikatkan rahang pakai tali, tangan, betis dan ibu jari kaki
3. Jenazah mesti diletak di tempat tinggi seperti katil atau pangkin. Ini memudahkan kita menguruskan jenazah dengan baik… jangan letak atas lantai
4. Buang semua pakaian yang dipakai. Kalau perlu gunting maka guntinglah.
5. Bersihkan anggota tubuh jenazah, khususnya yang mungkin terpalit najis seperti air kencing atau berak. Ini bagi mengelakkan ada bauan yang tidak menyenangkan ketika orang datang menziarah. Lap pakai wet tissue (anti bacteria)
6. Tutupi jenazah dengan kain tebal(comforter) dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya bagi mengelak aib sebelum meletakkan kain lepas di atasnya.
7. Baringkan jenazah dengan kakinya mengadap ke arah kiblat. Jika semasa kita hidup, muka kita mengadap kiblat, bila meninggal sebaliknya.
8. Telefonlah segera waris dan ahli keluarga yang terdekat untuk memaklumkan yang kita baru saja kehilangan orang yang kita kasihi.
9. Call hospital dan mereka akan hantar pegawai kesihatan untuk sahkan kematian. Waris akan diberi dokumen pengesahan kematian. Ada 3 salinan.
10.Pergi buat satu laporan polis memaklumkan berlaku kematian di rumah kita. Jika kes tidak melibatkan sebarang unsur jenazah, pihak polis yang datang akan memberikan kita permit pengkebumian. Tapi kalau ada unsur-unsur jenayah, siasatan lebih teliti dan akan membabitkan pihak hospital untuk post mortem.
11. Bila sudah ada permit pengkebumian, rujuklah kepada pihak masjid atau surau. Maklumkan kepada mereka. Ini bagi memudahkan pihak Ajk masjid membuat urusan seperti menyuruh pihak penggali kubur menggali lubang, menyediakan tempat mandi dan lain-lain lagi untuk keesokkan harinya.
12. Jika waris sudah lama sakit dan terbaring di perbaringan, ambil sedikit gaharu atau setanggi dan nyalakan. Ini bagi mengelak bau yang mungkin kurang menyenangkan. Pembakaran ini sedikit sebanyak dapat menutup bau yang ada pada jenazah.
13. Terakhir sekali, ini yang paling penting ya. Memandangkan kematian berlaku di waktu tengah malam, jangan sesekali membiarkan jenazah sendirian. Memang mereka telah meninggal dunia tetapi roh masih ada di situ lagi.
Berikan tanggungjawab kepada adik beradik untuk jaga secara bergilir-gilir. Bacakan surah Yasin atau ayat suci al-Quran di sisi arwah kerana pahala ini akan terus sampai kepada mereka. Sementara yang lain mungkin boleh tidur sekejap sementara menunggu hari siang untuk urusan mandi sebelum dikebumikan.
Cucur ikan bilis bulat-bulat ini sungguh kejadiannya. Nampak macam mudah nak buat kan, tapi sebenarnya ramai juga yang cuba tapi tak menjadi bila buat cucur bilis ini. Rasa liat, keras dan tak sedap.
Nak buat cucur bilis pun ada tekniknya. Bagi yang nak hasil sebegini boleh ikut ‘sebijik sebijik’ cara yang dikongsi oleh Mas Cotek ini. Confirm jadi. Pastikan buat banyak supaya puas makan.
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar dicincang
1 tangkah cili merah dicincang
Setengah cawan ikan bilis- ditumbuk kasar
1/2 sdt serbuk Cukup Rasa
Sedikit daun bawang/ daun sup dihiris halus
Garam secukupnya
2 cawan air panas
1. Satukan semua bahan dalam bekas kecuali air panas. Gaul rata.
2. Selepas semua bahan sebati baru masukkan sedikit demi sedikit air panas. Menggunakan senduk gaul sebati higga jadikan doh. Kemudian biarkan doh sejuk.
3. Apabila doh sejuk, sapu tapak tangan dengan sedikit minyak, ambil sedikit doh dan buat bentuk bulat. Buat hingga doh habis.
4. Panaskan minyak kemudian goreng cucir sehingga masak dan garing. Angkat dan toskan.
TIP
Supaya cucur bilis tak merekah jangan guna api yang terlalu besar dan minyak yang terlalu panas.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...