Suka tengok kuih apam yang mekar merekah begini. Nak dapatkan hasil apam yang begini salah satu bahan yang biasa digunakan adalah air soda. Tapi peniaga apam merekah Puan Eha pula berkongsi teknik berbeza untuk dapatkan apam sebegini. Cuma ikut resipi yang dikongsi.
Cara buat apam mekar tanpa air soda
Bahan-bahan
250gm/2 cawan tepung gandum
200gm/1 cawan gula
¾ cawan full cream susu penuh krim – anggaran. Boleh ganti dengan susu cair/santan cair/air
2 biji telur gred A
1 sudu teh ovalette
1/2 sudu teh serbuk vanila / esen vanila
Pewarna merah secukupnya
Bijan hitam secukupnya
Ads
Cara membuat
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna & bijan. Pukul dengan high speed selama 10 minit hingga kembang dan gebu. Adunan akan bertukar jadi warna putih.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Adunan putih lebih banyak daripada adunan merah.
3. Campur bijan ke dalam adunan putih. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Letak cawan kertas ke dalam acuan apam saiz sederhana. Picit adunan putih hingga hampir penuh.
Ads
5. Kemudian picit pula adunan merah hingga betul-betul memenuhi cawan kertas. Dalam masa yang sama isi air dalam pengukus dan panaskan hingga betul-betul mendidih.
7. Kukus apam selama 10 minit dengan api paling besar.
8. Bila apam sudah masak dan mekar, angkat dan sedia untuk dihidangkan. Satu adunan akan menghasilkan 23 biji apam bergantung pada saiz cawan kertas.
Ads
Tip apam mekar
Pukul adunan hingga betul-betul kembang dan gebu.
Isi air dalam pengukus sedikit sahaja. Dalam 1 ½ ruas jari.
Pastikan air betul-betul panas dan mendidih.
Jarakkan acuan Jangan terlalu dekat antara satu sama lain.
Kukus dengan api paling besar. Jangan buka penutup pengukus sebelum cukup masanya.
Acuan juga memainkan peranan. Acuan jangan terlalu sempit, permukaan mesti luas supaya apam dapat kembang dengan mudah.
Tanah antara faktor utama yang menyumbang pada kesuburan tanaman kita. Ada yang dah siram cukup, baja tapi sayur atau pokok ditanam tak juga subur.
Jadi geram pula bila usaha bercucuk tanam tak nampak kan hasil sedangkan rakan-rakan lain melakukan hobi sama subur elok sayuran mereka.
Jika tanah jadi punca tanaman kita tak menjadi boleh cuba tip yang dikongsi oleh Aimah Raiyan tentang cara beliau menyuburkan kembali tanah sebelum menanam pokok atau sayuran baru. Kalau lihat perkongsian tanamannya memang geram. Elok subur belaka.
Cara suburkan tanah sebelum tanam semula pokok
Sebelum ini ada yang kata tanah saya ini memang sedia subur, sebab itu pokok selalu menjadi. Sebenarnya tak juga. Ada juga tanaman yang mati sebelum berhasil.
Tapi ini cara yang saya lakukan untuk suburkan semula tanah sebelum tanam pokok.
Ambil tanah kompos kemudian campur dengan tanah bakar + tinja haiwan proses (bukan yang fresh ya) nanti pokok mati. Campuran tanah yang digunakan semuanya agak-agak saja ya.
Ini tanah kompos yang siap sedia boleh guna. Kompos dari sisa kebun yang kami longgok tepi kebun. Kalau ada sisa sayur dapur pun kumpul di situ.
Biar atau simpan dulu tanah yang dicampur untuk sebulan dua. Kemudian campur cocopeat sikit (sabut kelapa yang halus)+ kapur pertanian (bukan kapur masak). Boleh beli di kedai pertanian atau nusery.
Kalau ada kulit telur yang dah ditumbuk halus pun boleh campur sekali. Selepas gaul rata, biarkan dalam seminggu dua.
Kalau nampak ada rumput dah mula tumbuh bermakna dah boleh guna. Dah alih tanah, lepas seminggu boleh baja macam biasa.
Sebelah atas itu batas sebelum guna tanah yang dirawat. Nampak beza kan.
Tanah pun macam manusia, perlu diberi makan. Kena sabar juga ya.
Ini antara tanaman yang ditanam oleh Aimah Raiyan.
Selain berkhasiat hidangan berasas tauhu telur ini memang enak, lagi pula kalau masak sos tiram atau sup.
Tapi masalahnya setiap kali nak beli tauhu telur ini ramai yang ragu-ragu sebab tak pasti tentang status dan kebersihan sewaktu pembuatannya.
Buat yang ada perasaan begini, apa kata cuba buat sendiri tauhu telur ini. Sebabnya nak membuatnya pun mudah saja. Panduannya dikongsi oleh Zaimah Zakaria.
Tauhu telur homemade, guna 3 bahan saja
Bahan-bahan
5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim
Cara membuat:
1. Pecahkan telur, masukkan garam, tuang air soya.
2. Kacau sebati.
3. Tapis supaya tiada bubble.
4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat kemas.
5. Panaskan air tapi jangan sampai mendidih. Masukkan tauhu telur tadi. Gunakan api perlahan saja. Masak sehingga 30 minit.
Cermin pandang belakang yang pada setiap kereta berfungsi untuk memudahkan pemandu melihat bahagian belakang kereta tanpa menoleh.Tapi perasan tak ada satu klip di bahagian...