Siapa saja tak suka makan kek coklat kan. Tapi kita biasa beli saja setiap kali nak makan.
Rasa macam remeh saja nak membuatnya. Dua minggu duduk rumah tempoh PKPB ini apa kata kita cuba buat sendiri untuk makan satu famili.
Kita ikut resipi yang senang, kek coklat kukus. Takde periuk pengukus pun tak mengapa sebab empunya resipi ini pun kukus guna kuali saja. Gitu…
Tapi hasilnya lembut dan sedap, tengok gambar pun dah tau! Ok jom cuba buat resipi perkongsian Noriza Awang Hamat ini.
Kek coklat kukus, ringkas, lembut dan sedap
Resipi asal, 1 cawan untuk 1 adunan, tapi saya gandakan jadikan 2 cawan nak jadikan kek yang lebih besar. Penuh loyang 8×8.
Ads
Bahan-bahan
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat Bahan di atas diputar dalam blender saja untuk sebati
8 biji telur gred B – blender dan ketepikan.
Bahan diayak
2 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
Cara membuat:
1. Dalam mangkuk, masukkan bahan yg diputar dengan blender tadi berselang seli dengan tepung yg telah diayak.
Ads
2. Atau nak lagi senang blender semua sampai sebati, sapu Planta pada loyang kemudian curahkan adunan yang diputar guna blender.
3. Panaskan air kukusan terlebih dahulu kemudian kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
4. Cara buat topping coklat satukan coklat masakan dan sedikit Planta, masak secara double boil hingga cair. Curah atas kek yang sudah masak. Boleh tabur kekacang jika suka.
Ads
Tengok pun dah tau sedap, meriah coklat
TIP
Boleh kukus guna kuali biasa tapi alas guna tungku besi. Tunggu air menggelegak barulah letak loyang dan tutup dengan penutup periuk.
Saya tak alas penutup sebab air tak masuk dalam loyang.
Ada keluarga yang suka dengan lauk kari atau gulai ikan. Dalam seminggu mungkin dua atau tiga kali dihidangkan lauk ini di atas meja.
Sebagai cadangan bagi memudahkan kerja memasak hidangan ini, boleh buat sendiri pes gulai yang dikongsi oleh Zaini Tali ini. Bila nak masak cuma masukkan pes, tuang santan dan masuk asam jawa. Kemudian masak seperti biasa. Tak perlu kisar dan tumbuk apa-apa bahan dah. Senangkan.
Cara buat pes gulai ikan homemade
Bahan-bahan
6 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih 6 ulas
2 inci halia
2 inci kunyit atau serbuk kunyit
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
4 sudu besar cili kering kisar
Cara membuat
1. Kisar halus semua bahan di atas sedikit air (boleh juga kisar tanpa air atau menggunakan sedikit minyak).
2. Tambah sudu besar cili kering supaya lebih pedas. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak dan garing. Gunakan api kecil.
4. Bila pecah minyak, tutup api dan siaplah pes gulai ikan homemade.
5. Untuk masak gulai, cuma masukkan pes ini bersama santan dan air asam jawa. Kemudian masak macam biasa. Jika mahu tumis pes terlebih dahulu pun boleh. Caranya panaskan sedikit minyak, letak pes dan tumis dengan halba dan daun kari kemudian tuang santan dan masak seperti biasa.
INFO: Pes ini boleh digunakan untuk 2-3 masak. Jika mahu kuantiti pes yang banyak cuma gandakan bahan-bahan. Lebihan pes boleh simpan dalam peti sejuk.
Selain sardin, sandwic telur juga jadi kegemaran ramai untuk hidangan pagi. Ringkas tapi kenyang.
Nak buat pun senang tapi kalau nak lagi sedap, cuba letak bawang karamel seperti perkongsian penjual sandwic Suraya Yaacob.
Ujarnya inilah rahsia jualannya ‘digilai’ pelanggan dan dibeli saban hari tanpa jemu. Kata Suraya lagi bawang karamel ini menjadikan sandwic telur tambah sedap dan wangi. Beliau turut berkongsi resipinya. Kalau ada yang nak buat sebagai jualan pun boleh juga.
Cara buat sandwic telur yang sedap, tak jemu makan hari-hari
Bahan-bahan:
1 buku roti panjang & 1 buku roti pendek
7 biji telur rebus – dihancurkan
4 sudu besar mayonis
Daun bawang – dihiris
Bahan untuk bawang karamel:
1 biji bawang
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Cara membuat:
Gaul semua bahan bawang karamel dan masak atas dapur sampai layu.
Angkat dan sejukkan.
2.Gaul rata telur yang dihancurkan bersama mayonis, daun bawang dan juga bawang karamel tadi.
3. Ambil roti dan sapu dengan adunan telur yang sudah digaul rata dengan bawang karamel. Siap
Boleh juga kalau nak tambah, sayur seperti salad dan tomato.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...