Hidangan masyarakat Cina ini memang ramai peminat kalangan orang Melayu. Tapi tak ramai pula yang menawarkan hidangan ini.
Nak makan di restoren bukan Melayu, kita pula ragu-ragu. Jadi kalau teringin sebaiknya buat sendiri. Boleh juga variasikan hidangan mee. Asyik mee goreng pun bosan juga.
Kalau nak sediakan di rumah boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Wan LuQman ini sebab caranya mudah. Lengkap dengan sup dan ayam sekali. Memang kenyang.
1. Bahan pertama kena sediakan minyak bawang putih serta bawang putih goreng (incang bawang putih, goreng api sederhana, jangan sampai hangus. Tutup api, ambil minyak saja untuk digunakan).
2. Sediakan sup dulu. Sup ringkas saja, rebus air,masukkan stok ayam, lada sulah dan letaklah bahan-bahan stimbot/ dumpling. Akhir sekali titiskan minyak bijan sikit dan minyak bawang.
Ads
3. Seterusnya, penyediaan kicap pula. Ambil minyak bawang tadi, tumis 2 sudu besar kicap cair, 1 sudu besar kicap karamel dan letak sedikit gula.
4. Kemudian letak sedikit sup yang dah dibuat tadi dan campurkan ke dalam kicap. Perfect! Ada setengah orang tak masak kicap ini, terus bancuh. Pun boleh, ikut selera masing-masing.
5. Untuk ayam, perap sekejap isi ayam, lebih elok bahagian chicken chop. Perap dengan cili kisar, gula, bawang putih, kicap cair, serbuk cili dan rempah herba apa yang ada di rumah. Perap sejam, kemudian boleh bakar atas non stik pan atau goreng.
Ads
6. Cara sediakan mee wantan, mee ini bila keluarkan dari plastik dalam keadaan bergumpal seketul. Boleh guna mee wantan jenis ni.
7. Leraikan dulu sebelum celur. Didihkan air dalam periuk, titiskan minyak kemudian baru celur. Sambil itu kacau supaya tak melekat. Celur dalam 10 saat, kemudian celup dalam air sejuk dan toskan. Baru elok tekstur mee.
Ads
8. Cara penyediaan, hidangkan mee dalam pinggan, tuang kicap, gaul. Hidangkan dengan ayam bakar bersama sup. Boleh juga hidang bersama sawi celur.
Tanam serai untuk kegunaan sendiri dan juga komersial sudah ada bezanya. Jika tanam serai untuk kegunaan memasak seeloknya mudah untuk dicabut.
Bagi tujuan ini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Ini cara saya tanam serai. Tanam dekat-dekat antara satu sama lain. Jaraknya lebih kurang 5 hingga 7 cm saja. 1 point tanam 2-3 batang serai.
Tanam begini supaya senang nak ambil bila isteri nak guna. Setiap kali nak guna kita cabut 1 point. Jadi ia tak akan ganggu tumbesaran rumpun serai yang lain.
Cukup saja 3-4 bulan, akan ada 2-3 perdu yang sempat besar dan rimbun. So, kita cabut semua sekali dan buat balik macam cara di atas.
Cara ini untuk tanam guna sendiri. Jika untuk komersial, kena guna teknik lain.
Selalunya setiap minggu kita akan buat stok cili kisar untuk memudahkan kerja memasak. Tapi kan nak buat stok ini memanglah ‘bercinta’.Ramai yang kurang rajin sebab kerjanya agak renyah.
Kena potong, buang biji rebus itu belum lagi tangan pijar. Tapi cara yang dikongsi oleh Nur Atiqah Othman ini sangat mudah. Tak payah buat semua tu. Senang kan!
Cara paling sesuai untuk yang kurang rajin
Hari ini saya nak share cara membuat cili kisar. Ini cara mak saya yang memang saya praktikkan. Sesuai untuk orang yang kurang masa campur ‘kurang rajin’.
Bila buat cili sendiri lagi sedap masakan kita. Cuma nak buat cili ini ramai yang guna macam-macam cara. Boleh share cara mudah ini supaya ramai orang tahu. Okay jom tengok cara mak saya di bawah.
1. Pilih cili kering. Ambil banyak mana yang nak guna atau disimpan jadikan stok. Ambil yang cili kerinting untuk kurang pedas. Kemudian basuh dan mesin. Tak perlu gunting. Tak perlu rebus. Masuk semua , letak air dan mesin.
2. Gambar mesin cili tak sempat tangkap. Dah mesin ambil tapis macam gambar di atas . Tapis biji dari cili. Itu tapis mak, jadi rare sikit.
3.Tadaa…Haa dah ada cili sahaja .Tak ada biji. Mudahkan. Sesuai sangat untuk orang yang tak rajin tapi bijak.
4. Lepas dari itu keringkan cili di dalam periuk. Pasang api perlahan sahaja. Tunggu sampai air kering. Nanti sejukkan kemudian simpan dalam peti ais. Bila nak guna, ambil sahaja. Jimat masa.
Sayur lokio ini bukan saja disukai oleh masyarakat Cina tapi juga Melayu. Buat masak tumis memang sedap. Cuma sayur ini jarang jumpa di pasar.
Kalau teringin dan memang jadi kesukaan elok juga belajar tanam sendiri lokio di rumah kita. Cara penanamannya dikongsi oleh Aimah Raiyan.
Cara tanam lokio
1. Cara tanam lokio. Ambil benih lokio kemudian potong akar dan daunnya. Tinggalkan dalam 2 hingga 3 inci. Jika tiada benih lokio, boleh beli di Shopee. Klik SINI untuk link.
2. Medium guna tanah kebun yang sedia ada saja. Sebelum tanam, tanah perlu digaul dengan sekam mentah/ bakar, tinja haiwan proses dan sedikit kapur pertanian. Biar seminggu baru semai lokio. Pastikan tanah gembur atau peroi untuk dapatkan bawang yang besar.
3. Buat lubang, masukkan 2-3 bawang dalam satu lubang. Boleh tanam di batas ataupun dalam polibeg.
4. Tanam lokio di kawasan panas, kena cahaya matahari sepanjang hari pun tak mengapa. Pokok berbawang suka panas, kalau kurang cahaya nanti bawangnya mudah busuk.
5. Siram sekali sehari, kalau hujan tak perlu siram. Lepas 2-3 minggu barulah letakkan baja 2 minggu sekali. Boleh gunakan baja tinja kambing proses saja. Gaul dengan tanah bakar dan letak pada pokok.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...