Cara Buat Mee Kicap Paling Senang, Lengkap Dengan Sup & Ayam. Memang Kenyang!

Share

Hidangan masyarakat Cina ini memang ramai peminat kalangan orang Melayu. Tapi tak ramai pula yang menawarkan hidangan ini.

Nak makan di restoren bukan Melayu, kita pula ragu-ragu. Jadi kalau teringin sebaiknya buat sendiri. Boleh juga variasikan hidangan mee. Asyik mee goreng pun bosan juga.

Kalau nak sediakan di rumah boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Wan LuQman ini sebab caranya mudah. Lengkap dengan sup dan ayam sekali. Memang kenyang.

1. Bahan pertama kena sediakan minyak bawang putih serta bawang putih goreng  (incang bawang putih, goreng api sederhana, jangan sampai hangus. Tutup api, ambil minyak saja untuk digunakan).

2. Sediakan sup dulu. Sup ringkas saja, rebus air,masukkan stok ayam, lada sulah dan letaklah bahan-bahan stimbot/ dumpling. Akhir sekali titiskan minyak bijan sikit dan minyak bawang.

3. Seterusnya, penyediaan kicap pula. Ambil minyak bawang tadi, tumis 2 sudu besar kicap cair, 1 sudu besar kicap karamel dan letak sedikit gula.

4. Kemudian letak sedikit sup yang dah dibuat tadi dan campurkan ke dalam kicap. Perfect! Ada setengah orang tak masak kicap ini, terus bancuh. Pun boleh, ikut selera masing-masing.

5. Untuk ayam, perap sekejap isi ayam, lebih elok bahagian chicken chop. Perap dengan cili kisar, gula, bawang putih, kicap cair, serbuk cili dan rempah herba apa yang ada di rumah. Perap sejam, kemudian boleh bakar atas non stik pan atau goreng.

6. Cara sediakan mee wantan, mee ini bila keluarkan dari plastik dalam keadaan bergumpal seketul. Boleh guna mee wantan jenis ni.

7. Leraikan dulu sebelum celur. Didihkan air dalam periuk, titiskan minyak kemudian baru celur. Sambil itu kacau supaya tak melekat. Celur dalam 10 saat, kemudian celup dalam air sejuk dan toskan. Baru elok tekstur mee.

8. Cara penyediaan, hidangkan mee dalam pinggan, tuang kicap, gaul. Hidangkan dengan ayam bakar bersama sup. Boleh juga hidang bersama sawi celur.

Hasilnya…

Selamat mencuba!

Sumber: Wan LuQman

IKLAN