
Tahi lalat pada baju ini timbul sebab kelembapan. Boleh jadi baju lembap terkena air kemudian diletak dalam bakul berhari-hari sebelum dibasuh. Contoh baju anak kecil yang tertumpah air atau susu.
Baju yang ada tahi lalat ini jangan pula dibuang atau disimpan dalam stor sebab ada cara mudah yang boleh kita buat untuk hilangkannya. Tak perlu beli pencuci khusus yang mahal, sebaliknya guna bahan yang sedia ada di rumah.

Caranya guna cuka dan lemon
Apa yang diperlukan cuma cuka dan juga lemon. Caranya;
- Tuang air panas dalam besen, campurkan cuka (lebih kurang satu cawan) kemudian rendam lebih kurang satu jam.

2. Kemudian keluarkan baju dari air rendaman cuka. Potong lemon dan perah pada bahagian baju yang ada tahi lalat tadi. Boleh guna gosok hirisan lemon tadi.

3. Selepas itu sental dengan berus. Insya-Allah akan tahi lalat hilang selepas diberus. Jika tahi lalat banyak guna lebih sikit cuka dan lemon tadi.
Selain daripada penggunaan cuka dan lemon
Sumber: Mazni Maz
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Kalau Jari Tersepit Pintu, Lakukan Langkah Ini Untuk Kurangkan Kesakitan

Sekali atau dua kali seumur hidup pasti akan terkena situasi jari tangan atau kaki tersepit pada pintu. Sakitnya memang tak boleh dibayangkan.
Begitu juga tahap kesakitan bila barang berat jatuh di atas jari atau pun ibu jari kaki tersepak sesuatu.
Jika sekali lagi anda mengalami masalah ini mungkin boleh praktikkan cara mengurangkan tahap kesakitannya seperti yang dikongsi oleh Dr. Khairul Faizie
Subungual Hematoma
Jari tangan /kaki terkepit pada pintu kereta, atau barang berat jatuh atas jari kaki….ada darah beku pada kuku. Sakit, memang sakit sebab space di antara kuku tu sempit.
Darah berkumpul, pressure builds updan ini merangsang saraf untuk beri rasa sakit berdenyut denyut. Keadaan ini di panggil SUBUNGUAL HEMATOMA. Anda pula masa tu tengah camping / jauh dari klinik /hospital.
Apa yang anda boleh buat?
Tip ini orang yang tak belajar medic pun boleh buat.
Banyak kali saya jumpa patient yg berhari hari menanggung sakit, selepas itu barulah ke klinik. Caranya secara mudah ada 2:
1) Guna jarum
Letak jarum atas kuku terbabit, dan putarkan jarum utk hasilkan lubang. Kalau banyak darah beku, buatlah 3- 4 lubang. Jangan risau, tak sakit masa buat. Sebab kuku takda saraf. Kita ketip kuku, sakit tak?

Boleh buat sendiri, atau orang lain buatkan. Kalau orang lain buatkan, beritahu bila ada terasa jarum mula kena dasar kuku(daging). Bila lubang terbentuk, darah akan keluar. Pressure akan berkurangan. Sakit akan hilang.
Lihat video ni:
2) Guna jarum, atau paper clip
Panaskan hujung jarum /paperclip. Cara buat lubang sama macam nombor (1). Cuma lebih cepat terhasil lubang sebab jarum tu dah panas.

Kebanyakkan kes Subungual Hematoma ialah simple bleeding. Kalau anda syak tulang jari anda patah, atau kulit keliling kuku koyak, maka sila jumpa doktor.
Even ada patah / retak pada hujung tulang jari, prosedur buat lubang ni masih boleh di buat sebagai tips emergency utk kurangkan sakit.
Sumber: Facebook Dr Khairul Faizie
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Buat Sendiri Apam Puri Lembut Gebu. Tengok Pun Dah Tahu Sedap, Makan Tak Cukup Satu

Comel sungguh kuih apam puri ni. Tengok pun dah tahu sedap. Cuma tak ramai yang jual kuih ini.
Kalau suka makan, tak salah kita belajar buat sendiri kan. Lagi puas makan, sebab selalunya memang tak cukup satu. Nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Zainoor Aliza Ali.
Buat sendiri apam puri lembut gebu

Bahan untuk inti kastard
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
½ cawan santan (Kara)
½ cawan perisa jagung
¾ cawan gula
2 sb tepung kastard
1 sb Buttercup
Garam

Cara membuat:
- Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati. Kemudian tapis masukkan ke dalam periuk.
- Masak di atas api yang perlahan hingga likat.

Bahan untuk kulit apam
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
3 sb minyak masak
1 biji telur
1sk baking powder
½ paket yis
Garam
Pewarna

Cara membuat:
- Satukan kesemua bahan ke dalam bekas dan putar guna hand mixer. Biarkan dalam bekas kedap udara selama 25-30 minit.
- Panaskan pan, sapukan sedikit minyak kemudian sendukkan adunan.
- Bila dah mula menggelembung boleh angkat.
- Isikan inti kemudian tekap guna acuan karipap. Siap!
Sumber: Zainoor Aliza Ali
Artikel berkait: Buat Sendiri Apam Nasi Yang Lembut Gebu. Guna Sukatan Cawan Lagi Mudah
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
9 Sebab Wanita Usia 30 Tahun Nampak Lebih Cantik Berbanding Pada Usia Mereka 20 Tahun

Selalu kita silap jangka umur wanita sekarang terutama yang berusia 30 tahun. Tak keterlaluan jika dikatakan kebanyakan wanita usia 30 tahun pada masa ini berpenampilan lebih cantik dan bergaya.
Disebabkan itulah ramai saja yang tersalah anggap mereka masih berusia 20 tahun. Walau berbeza usia 10 tahun tapi kelihatan mereka sebaya.
9 perkara ini mungkin sebab mereka wanita usia 30 tahun nampak lebih cantik terutama jika dibandingkan sewaktu usia mereka 20 tahun. Tak percaya, tengok gambar Fazura tu.
1. Dah tak kisah tentang usia
Bila masuk usia matang 30 tahun, wanita sudah tak kisah tentang angka usia mereka. Malah mereka lebih relaks tentang banyak perkara. Mereka juga akan lebih berkeyakinan, kurang memikirkan tentang apa orang kata dan ini sebenarnya menjadikan mereka lebih menarik di mata orang lain.
2. Ikut fesyen
Susah sebenarnya untuk membezakan wanita berusia 20 tahun dengan 30 tahun. Wanita ketika ini mengikut perkembangan mekap dan juga fesyen yang sama. Mereka mengenakan jeans, baju T yang sama seperti gadis 20 tahun.

3. Berkemampuan
Pada usia 30 tahun kebanyakan wanita sudah tahu apa yang mereka inginkan dalam kehidupan. Mereka juga sudah punya pengalaman dalam hidup dan kerjaya. Pengalaman inilah yang cukup berharga, membolehkan mereka memperoleh kerjaya dengan gaji yang selesa. Pada tahap uni mereka sudah mampu membeli produk mahal yang mereka inginkan.
4. Mampu beli barang mahal
Usia 30 tahun adalah waktu emas bagi wanita. Pada masa ini mereka sudah mempunyai apa yang mereka inginkan. Mereka tahu apa yang sesuai dengan diri mereka. Mereka mampu mencuba kerana sudah berkemampuan.
5. Lebih tenang
Gaduh dengan boyfriend menangis satu malam, kena marah dengan bos pun menangis juga, ini mungkin reaksi wanita bila usia 20 tahun. Tapi bagi wanita yang berusia 30 tahun berdepan dengan situasi negatif begini dengan lebih relaks. Mereka menangis tapi tak berlebihan. Pada usia ini wanita lebih tenang dan tak mahu membazirkan masa dengan sesuatu yang tak penting.
6. Tahu apa yang diinginkan
Pada usia 20 tahun kebanyakan kita belum tentu punya kehidupan yang stabil. Ada banyak yang mereka mahu lakukan dan cuba. Berbeza bila sudah memasuki usia 30 tahun, kebanyakan wanita pada usia ini sudah tahu apa yang mereka inginkan dalam kehidupan. Mereka jalani kehidupan untuk mencapai matlamat.

7. Tak ragu-ragu lagi
Kebanyakan wanita pada usia 30 tahun sudah melepasi keraguan tentang diri sendiri. Tiada lagi keraguan tentang keyakinan atau potensi diri. Pada masa ini mereka sudah berjaya melepasi semua keraguan ataupun sudah terima seadanya sifat yang ada dalam diri mereka.
8. Jaga makan
Ketika usia belasan dan 20 tahun kita memang cenderung makan makanan mengikut nafsu. Asal sedap, tak kisah berkhasiat atau tidak. Tapi bila memasuki usia 30 tahun kita mula makin menjaga diri dan kesihatan. Tambah lagi bila sudah berkeluarga dan semua perubahan ini memberi kesan pada bentuk tubuh, kulit dan juga mood.
9. Sedar kepentingan jaga kesihatan
Pada usia 20 tahun wanita akan berasa sentiasa muda. Berbeza bila memasuki usia 30 tahun, mereka makin sedar bahawa hari tua sudah makin dekat dan perlu menjaga kesihatan diri.
Sumber: Brightside.me
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

