
Pati kurma ini antara stok yang wajib kita buat untuk persediaan sahur di bulan Ramadan nanti. Terutama untuk yang mahu hidangan sahur mudah tapi mengenyangkan serta mereka yang dalam usaha menurunkan berat badan.
Bila dah ada pati kurma ini senang kerja, bancuh saja dengan susu dan bole terus minum. Hidangan mudah ini sebenarnya dah cukup untuk kita bertahan sampai waktu berbuka. Kalau terlewat bangun pun masih boleh bersahur dengan mudah.
Berikut adalah cara untuk membuat pati kurma dikongsi oleh Nadiah Latfi.
Cara sediakan pati kurma homemade
1. Sediakan kurma, buang biji & basuh kurma
2. Kukus kurma tadi sehingga 20 minit.
3. Kemudian kisar kurma yang telah dikukus sampai hancur.
4. Masukkan pati kurma yang hancur ini dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk.

5. Cara penyediaan campurkan 2 sudu pati kurma & susu (jenis susu ikut cita rasa).
6. Sedia untuk diminum. Boleh juga dicampur dengan madu, badam, kismis dan sebagainya. Minum ini saja pun dah cukup untuk bertahan sampai berbuka dalam masa yang sama boleh kurus.
Selamat mencuba!
Sumber: Nadiah Latfi
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Rupanya Nak Beli Rumah Pertama, Elak Gabung Nama Pasangan. Semak 10 Lagi Tip Supaya Tak Kena Tipu!

Walaupun keadaan ekonomi tidak stabil, namun tidak jadi penghalang seseorang itu jika mahu membeli rumah sebagai pelaburan untuk masa depan.
Dan sebelum seseorang itu membeli rumah pertama yang diimpikan, kena semak dulu tip sebelum membelinya bagi elak jadi mangsa penipuan.
Perkongsian dari Sarul Azlan Kamal ini memberitahu 10 tip penting perlu tahu sebelum membuat sebarang pembelian dengan agen hartanah berdaftar.

10 Tip Beli Rumah Idaman
1. Pilih Loan Yang Betul
Pastikan loan pertama yang dibuat dengan bank adalah loan rumah. Bukan loan kereta. Ini adalah kerana loan kereta akan menyebabkan komitmen semakin tinggi dan kelayakan di pihak bank untuk beli rumah semakin berkurangan. (Kalau mahu pakai kereta juga, pastikan guna nama orang abang, kakak, atau ayah. Asalkan bukan nama kita. Untuk bagi senang lagi, minta sambung bayar kereta mereka)
2. Guna Akaun Company Sebagai Cash Flow
Kalau ada buat bisnes, pastikan customer bank in ke akaun syarikat. Bukan melalui akaun personal. Kalau customer bank in ke akaun personal, ia TAKKAN dikira sebagai INCOME. Jadi, rugilah di situ. Kalau ada yang terlepas juga, transfer balik masuk ke akaun company dengan nota “ CASH SALES “. Kalau ada bekerja makan gaji, dan dalam masa yang sama ada bisnes sendiri, daftarkan juga company itu. ENTERPRISE saja dulu pun sudah cukup.
3. Bayar KWSP
Kalau ada buat bisnes sendiri, pastikan tetapkan gaji untuk diri sendiri dan bayar kwsp kepada diri sendiri. Bila mohon loan bank nanti, akan ada 2 jenis income. Iaitu income dari bisnes, dan income dari gaji sendiri. Untuk pembayaran gaji, gunakan cek company untuk bayar. Elakkan transfer secara online saja. Dan pastikan buat Payslip dan cop sekali.
4. Jangan Terpengaruh Loan ASB dan Personal Loan
Jangan cepat terpengaruh untuk ambil ASB Loan atau Personal Loan. Ini kerana pinjaman jenis inilah yang selalunya menjadi faktor yang menyebabkan bank tolak pinjaman rumah dibuat. Kalau mahu ambil ASB Loan juga, pastikan lepas lulus loan rumah, baru ambil sekali. Kalau ada merancang untuk membeli property kedua, jangan ambil ASB loan lagi. Sebab biasanya pihak bank akan offer kepada kita selepas lulus loan rumah pertama. (Beza jika ada income besar, kalau sekadar ambil ASB Loan dan bayaran bulanan tidak memberi effect besar terhadap DSR, tidak mengapa).
5. Beli Rumah Pertama Untuk Investment
Untuk rumah pertama, pastikan anda beli untuk tujuan investment. Ini kerana kalau beli untuk duduk sendiri, ia akan jadi expenses untuk anda. Lainlah kalau anda beli secara cash. Investment pula terbahagi kepada dua. Sama ada Cash Flow atau Capital Gain. Sekiranya anda memilih untuk cash flow investment. Maksudnya anda sewakan rumah tersebut kepada orang lain. Pastikan sewa yang diberikan tidak kurang dari bayaran bulanan kepada bank. Satu lagi ialah Capital Gain. Ini bermaksud, anda beli rumah pada tempoh tertentu, dan apabila value rumah tersebut meningkat, anda jual / flip rumah tersebut dan mendapat untung daripada jualan tersebut. Cara ini dipanggil Capital Gain.

6. Jangan Gabung Nama Suami Isteri Semasa Beli Rumah
Elakkan daripada gabung nama suami isteri semasa membeli rumah. Ini adalah kerana, setiap orang hanya layak untuk dapat loan 90% untuk dua buah rumah saja. Kalau rumah ketiga, hanya dapat loan 70% sahaja. Ini bermakna, kalau ikutkan rules, sepasang suami isteri akan dapat beli 4 buah rumah. Tetapi jika gabung nama, ia akan jadi 2 buah rumah saja untuk dapatkan pinjaman 90%. Jadi ini merugikan. Percaturan yang betul untuk suami isteri ialah… Beli 4 buah rumah, 1 untuk duduk sendiri, dan 3 lagi untuk disewakan. Untung daripada sewa rumah tersebut buat bayar bulanan rumah yang anda duduk tersebut.
7. Pastikan Rekod CCRIS BERSIH
Rekod CCRIS adalah satu rekod dari Bank Negara yang mengumpul senarai hutang-hutang kita dengan institusi kewangan di Malaysia. Untuk memudahkan anda sebelum anda putuskan untuk buat loan rumah, pastikan anda semak dulu rekod CCRIS anda sendiri. Nanti anda akan nampak senarai hutang dan disebelahnya senarai bayaran bulanan. Kalau 0, bermakna rekod anda bersih. Anda memang seorang yang berdisipilin. Kalau 1, ini bermaksud ada 1 bulan tertunggak, begitu jugak 2,3,4 dan seterusnya. Cara nak buat semakan ialah dengan pergi ke Bank Negara dan guna mesin yang disediakan. Atau sekarang boleh apply secara online saja.
8. Tiga Jenis Rumah Anda Perlu Kenal Pasti
Ada TIGA jenis rumah yang anda boleh beli.
PERTAMA – Rumah undercons (bermaksud under construction). Biasanya rumah undercons sesuai untuk orang yang plan untuk buat FLIPPING (Jual Balik) bila dah siap nanti. Kalau anda cari rumah yang ada diskaun 7%, maka anda hanya perlu keluarkan modal 3% sahaja. Kalau dapat cari rumah yang dapat diskaun 10%, maka tak perlu nak keluar modal bayar deposit.
KEDUA – Rumah subsale. (bermaksud rumah yang dah siap dan dah ada nama orang lain punya). Untuk rumah jenis subsale ini, modal yang sangat besar diperlukan. Kalau rumah tu harganya RM500,000 , maka deposit sebanyak RM50,000 diperlukan. Ditambahkan lagi dengan legal fees, dll.
KETIGA – Rumah lelong. Diantara ketiga-tiga jenis ini, rumah lelong mempunyai risiko yang sangat tinggi. Tapi tidak mengapa. High risk, high lah returnnya.. Kalau menang bidaan lelong jauh lebih murah dari harga market, untung besarlah. Untuk jenis rumah lelong, anda perlu buat kajian dari segi market value, keadaan rumah, kejiranan dan lain-lain sebelum commit untuk join bidaan. Kalau ditanya lebih suka beli rumah UNDERCONS.
9. Beli Rumah Undercons
Sekiranya anda memilih utk membeli rumah under cons, maka pilih lah developer yang besar-besar saja. Contohnya seperti SP Setia, IJM Land, Sime Darby, Worldwide dan lain-lain. Reason pertama kenapa perlu pilih developer ini ialah risikonya kurang. Maksudnya, risiko untuk projek terbengkalai sangat rendah. Kalau pilih developer yang tiada nama, risikonya sangat tinggi kerana mereka mungkin kekurangan modal atau ada masalah lain dan menyebabkan projek tersebut boleh terbengkalai. Kita juga yang rugi nanti.
Alasan kedua, kalau developer besar, mereka biasanya menyediakan banyak benefit kepada pembeli property mereka. Sebagai contoh, diskaun 5%-10%, free aircond, alarm system, vinyl floor dan macam2 lagi. Tambahan lagi, developer besar biasanya akan menyediakan kemudahan yang banyak di sesebuah taman perumahan yang mereka tengah develop.
10. Beli Ikut Kemampuan
Beli rumah ikut kemampuan. Jangan ikut nafsu. Kadang-kadang cepat terpengaruh dengan kawan-kawan yang beli rumah besar, keinginan untuk beli rumah besar juga. Loan mungkin boleh lulus, tapi apabila masuk bab bayaran bulanan, ia sangat membebankan. Komitmen bulanan lebih tinggi daripada income yang dapat. Akhirnya nanti bayaran tertunggak! Jadi, untuk elakkan perkara ini berlaku, sebelum ambil keputusan untuk membeli mana-mana rumah, pastikan anda buat kiraan terlebih dahulu tentang kemampuan income bulanan anda untuk membayar rumah tersebut nanti.
11. Tips Tambahan
Kebiasaannya kalau loan untuk rumah pertama, bank nak lihat rekod ccris anda. Bergantung kepada sesetengah bank jugak. Sekiranya anda tidak pernah buat loan dengan bank, maka rekod ccris anda kosong. Dan bank tidak dapat menilai bagaimana disiplin anda dalam pembayaran loan. Jadi, sekiranya masalah ni terjadi kepada anda, ada dua cara yang anda boleh buat.
PERTAMA, anda apply saja kredit kad dan guna. Cara guna kredit kad yang betul ialah, swipe di siang hari, dan malamnya terus bayar balik kredit kad tersebut. Ini untuk mengelakkan anda terlupa untuk buat bayaran.
Buat personal loan dalam amout yang paling rendah contoh di Easy RHB. Dengan cara ni, bank akan nampak track rekod yang anda merupakan seorang pembayar hutang yang baik.
Kredit Sarul Azlan Kamal
Artikel berkait:
40 Tip Beli Rumah Elak Unit Paling Tinggi & Depan Ada Tanah Kosong
7 Ciri Panduan Perunding Hartanah Kalau Nak Beli Rumah
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Jenis Emas Kena Tahu Sebelum Beli, Kandungan Emas Tulen Berbeza. Ada Yang Tak Sesuai Untuk Simpan

Jenis emas untuk perhiasan diri dan simpanan sebenarnya berbeza, mungkin ada yang belum tahu tentang perkara ini.
Emas juga bukan hanya ada jenis 999 atau 916 saja, ada lagi beberapa yang lain dan setiap satu berbeza kandungan emas tulennya.
Jadi sebelum beli sangatlah penting untuk kita tahu akan info ini.
Sebelum beli kena tahu jenis emas
Bagi yang suka beli emas sepatutnya tahu akan perbezaan antara EMAS 999, 916, 835, 750 dan 375?

Berikut adalah perbezaannya secara ringkas berdasarkan kandungan emas tulen dalam setiap jenis:
EMAS 999
-99.9% emas tulen
-Dikenali sebagai emas 24 karat
-Lembut & mudah lentur
-Sesuai untuk simpanan, bukan perhiasan
EMAS 916
-91.6% emas tulen + 8.4% logam lain (biasanya tembaga/perak)
-Juga dipanggil emas 22 karat
-Keras sedikit, popular untuk barang kemas
EMAS 835
-83.5% emas tulen
-Dikenali sebagai emas 20 karat
-Kurang popular, tapi masih digunakan dalam beberapa rantai atau gelang
EMAS 750
-75% emas tulen + 25% logam lain
-Dikenali sebagai emas 18 karat
-Lebih tahan lasak, biasa dalam perhiasan branded
EMAS 375
-37.5% emas tulen
-Juga dikenali sebagai emas 9 karat
-Murah, tapi kandungan emas rendah
-Sesuai untuk fesyen, bukan simpanan
Tip ringkas
-Nak simpanan jangka panjang, cari emas 999 atau 916.
-Nak gaya & tahan lasak, emas 750 ok sangat.
Jangan beli ikut trend saja, fahamkan campurannya dulu
Sumber: Sukan Sentral
Baca Lagi: Gelang Emas Guna Cangkuk ‘S’, Cara Betul Buka & Tutup. Jangan Tindih!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Buat Sendiri Tart Telur Gebu & Sedap, Kulit Rangup Tapi Lembut Di Dalam

Tart telur ini antara yang kita selalu beli bila masuk bakeri. Rasanya yang lemak manis dengan kulit yang rangup memang sedap.
Cuma kalau beli, tak boleh nak makan banyak sebab harganya pun lebih kurang RM3-RM4 sebiji. Kalau nak puas kena buat sendiri. Jika nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Al Fatihah.
Buat sendiri tart telur gebu
Tart telur ‘gebus’, sedap just nice rasanya. Crunchy di luar, lembut di dalam.

Bahan untuk shell tart/crust
150 gm butter
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur A
1 sudu teh esen vanila -optional
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung (diayak bersama tepung gandum)
Bahan untuk filling telur
6 biji telur A
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 cawan air panas
Pewarna kuning -optional
Cara membuat shell tart/crust
- Kacau butter & gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati.
- Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.
- Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh.
- Masukkan doh ke dalam plastik wrap. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.

Cara buat filling telur
- Sementara doh direhatkan, kita boleh buat intinya dulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair & pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati.
- Tuang air panas sambil dikacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapis.

- Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan. Tuang filling hingga agak penuh.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150°c selama 35-45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing-masing jugak
Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan.
Selamat mencuba.
Sumber: Nor Al Fatihah.
Subscribe juga YouTube Vanilla Kismis untuk video menarik.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!


