Sambal bilis kacang ini memang kegemaran ramai, lagi sedap kalau buat pedas. Sambal ini memang kena buat banyak sebab, walau pun boleh makan dengan nasi tapi ramai yang suka makan macam tu saja, ratah!
Sambal bilis kacang ini juga tahan lama jika betul cara masaknya. Kalau teringin buat stok di rumah boleh ikut resipi perkongsian Salma Ideris. Boleh tahan berminggu-minggu katanya.
Bahan-bahan yang perlu digoreng garing:
1 kg kacang tanah (lebih pun boleh)
Ikan bilis ( kuantiti ikut citarasa)
Tempe (pastikan potong nipis jika nak masukkan sekali)
Bahan dikisar:
Ads
Cili kering ( kuantiti ikut tahap pedas)
Cili api ( letak lebih kalau nak pedas)
1/2 biji bawang holland
1/2 labu bawang putih )
3 sudu gula pasir
3 keping gula kabung/melaka
Sedikit garam & serbuk perasa
1 keping asam keping
Cara membuat:
1. Goreng garing kacang tanah, ikan bilis, tempe. Ketepikan.
Ads
2. Guna minyak yang banyak, tumis bahan yg dikisar. Saya masak guna api besar, kacau sentiasa dalam setengah jam.
4. Bila dah likat macam sira keluarkan asam keping, perlahankan api.
5. Dalam api perlahan, masukkan bahan yang digoreng kacau sebati. Siap!
Tip
Pastikan bahan tumis tidak hangit.
Kacang tanah, bilis, tempe wajib kena garing.
Untuk kekal rangup boleh juga letak cuka (jangan masukkan asam lain dah) waktu tumisan dah naik minyak bersama dengan garam dan gula. Padamkan api, masukkan bilik, kacang dan hidupkan kembali api.
Satu lagi cara untuk kekal rangup, biar sambal sejuk kemudian baru gaulkan ikan bilis dan kacang.
Tomato ceri boleh jadi pokok yang boleh kita tanam di rumah. Tapi selalu terjadi cubaan menanam pokok ini tak berjaya hidup.
Kalau dah beberapa kali cuba masih gagal boleh ikut pula panduan yang dikongsi oleh Anim Hosnan ini
Tomato ceri antara tanaman yang boleh diusahakan sekitar rumah. Boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau bekas terpakai perlu diisikan dengan media tanaman seperti tanah campuran atau cocopeat dengan diberikan sistem pengairan mini yag sesuai.
1.Cari benih tomato hibrid
Dapatkan benih tomato ceri daripada kedai pertanian dimana beli dari jenis tomato ceri hibrid yang ada jaminan kualiti. Cuba tanya kepada penjual benih varieti sesuai ditanam seperti varieti Sungold, Gula Matahari, Chadwick and Fox, Sweet Treats dan sebagainya.
Varieti Sungold adalah tomato ceri ini berasal dari Jepun yang akan mencapai saiz buah yang besar dan biasanya buah pertama yang menghasilkan buah oren. Rasanya lazat dan sangat manis dan ia mempunyai kulit agak retak.
Varieti Gula Matahari pula agak sangat mirip dengan Sungold akan tetapi kulitnya tidak retak dengan mudah dengan warnanya adalah oren ringan. Jenis Chadwick and Fox adalah jenis asli yang tumbuh sangat cepat dan mempunyai rasa berasid atau masam.
Jenis Sweet Treats berwarna merah jambu yang kuat dimana ia mempunyai rasa manis dan tahan terhadap banyak jenis penyakit tomato.
2.Kayu sokongan kena letak awal
Pokok tomato ceri tumbuh menjalar dimana diperlukan kayu sokongan yang dipasang awal kerana pertumbuhannya adalah cepat. Bahagian pucuk perlu dilatih membelit kayu pancang sehingga teguh.
Pastikan susunan pasu dalam jarak yang sesuai dengan mendapat cahaya matahari dan cukup litaran udaranya. Pastikan tanaman dalam pasu ini sentiasa diberikan air yang mencukupi dan selelu diperiksa daripada serangan perosak dan penyakit.
3. Baja seminggu sekali
Pembajaan tomato ceri ini boleh dilakukan sekali seminggu terdiri daripada baja kimia dan baja organik yang kaya dengan nutrien. Gunakan baja organik sekali seminggu dengan cara mencampurkannya dalam satu cm (centimeter) pertama permukaan tanah atas dalam pasu dengan menggunakan jari atau garpu plastik.
Baja butir NPK atau Baja Semburan Daun (Foliar fertilizer) juga boleh diberikan mengikut jadual. Biasanya nutrien dari baja organik lebih perlahan diserap pokok daripada baja kimia.
4.Kena cantas dahan berpenyakit
Cantasan atau ‘pruning’ dahak pokok tomato ceri perlu dilakukan daripada peringkat awal penanaman dengan melakukan cantasan pembentukkan dan cantasan pengurusan cabang.
Buang dahan yang terlalu besar, berpenyakit, mati atu kering dan pastikan sistem pengudaraan dalam keadaan optima. Sebaiknya menggunakan gunting pemangkasan kecil dan tajam untuk membuat cantasan.
Tanaman tomato ceri juga mudah diserang perosak dan penyakit. Antara ancaman yang sering di lihat adalah serangan kulat (fungi) dimana daun yang diserang akan menjadi kuning dan berbintik-bintik berpusar (antraknos) atau pun Layu Bakteria serta Penyakit Downy mildew.
Kawalan dilakukan dengan cara kimia dan juga cara lain yang disyorkan. Penggunaan racun kulat pada peringkat pertumbuhan vegetatif masih sesuai dilakukan.
Buan tomato juga terdedah kepada serangan lalat buah yang oleh dikawal dengan pelbagai cara. Elakkan daripada gunakan tapak tanaman yang sama berulang kali untuk kurangkan risiko serangan penyakit disebebkan oleh kulat.
5.Cara tuai buah tomato ceri
Lazimnya pokok tomato ceri akan dituai hasilnya selepas 6 – 8 minggu ditanam dimana jika menanam daripada biji benih memerlukan masa tambahan seminggu lagi.
Dilihat di mana bunga tomato ini akan berubah menjadi buah-buahan yang berwarna hijau kecil dan selepas beberapa minggu maka buah tomato ceri akan masak dan bersedia untuk dipetik. Sebaiknya penuaian dilakukan setiap hari (pokok banyak berhasil) dengan dipotong tangkai buah menggunakan gunting atau pisau tajam.
Bagi yang tinggal di kampung atau punya tanah terbiar yang tidak diusahakan mungkin oleh mempertimbang untuk mengusahakan penanaman serai. Seekar pun boleh, potensinya cukup besar malah kalau betul caranya boleh mendatang pulangan lumayan.
Perkara ini dikongsi oleh Coach Bahar usahawan Agro Farm yang juga banyak mengendalikan kursus penanaman. Beliau turut menurunkan matematik penanaman serai yang boleh dijadikan panduan bagi yang berminat.
Kalau ikut matematik ini, bagi penanaman serai keluasan seeker dalam tempoh enam bulan boleh memperoleh sekitar RM63 ribu (mengikut harga semasa serai).
Jika anda tinggal di kampung anda boleh memaksimumkan pendapatan dengan peluang yang ada. Asalnya rajin.
Ada risiko kalau serai kena banjir, itu sebab kena buat parit betul-betul. Ada juga masalah ulat tebuk menyebabkan serai tak ada isi. Itu perlukan racun. Serai perlu dibaja sebulan sekali dari kecil sampai besar boleh dijual.
Tinggal di kampung, ada usaha boleh tanam serai jadi sumber pendapatan. Anda juga perlu berkawan dengan pemborong untuk mereka ambil hasil tanaman. Kalau setakat tanam seekar dua pasaran tempatan pun tak cukup.
Saya tahu, ada yang akan kecam idea saya. Memang ada yang akan cakap itu hanya idea dalam kertas sahaja. Jujur saya cakap, saya buatkan rumah arwah mak dengan harga 500K di kampung 15 tahun dulu dengan sebahagiannya duit serai.
Terpulang masing-masing. Ini cerita projek kecil di kampung sahaja. Ada yang masih memandang rendah dengan potensi pertanian. Pertanian ini nak kena belajar. Sebab itu berbeza pendekatan petani kaya dengan petani miskin.
Disebabkan harganya yang mahal ramai yang dah mula menanam atau membeli anak pokok durian. Walaupun lambat lagi akan menikmati hasilnya tapi tak mengapa.
Kalau kita tak dapat makan, anak cucu dapat nikmati hasilnya pun dah ok. Tapi selepas tanam anak pokok durian ini, ia tak boleh dibiarkan saja. Kena ada cara penjagaan betul barulah dapat hidup subur dan kita dapat makan buah durian yang kita tanam.
Jika di rumah ada menanam anak pokok durian, boleh ikut penjagaan ini ya. Tip yang dikongsi oleh pembekal anak pokok Durian Monthong Tani ini boleh dipraktikkan sampailah pokok keluarkan hasil.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.