Cara Hidupkan Enjin Kereta Jenis Push Start Button Jika Bateri Remote ‘Kong’

Share

Ramai yang pakai kereta jenis push to start button, tapi jadi masalah bila bateri remote habis atau ‘kong’ atau pun hampir ‘kong’.

Mesti gelabah sebab tak boleh nak hidupkan enjin kereta. Walau tekan berapa kali tak hidup juga.

Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga masih ada yang belum tahu, jika bateri remote kong kita masih boleh menghidupkan enjin dengan mudah. Caranya dikongsi oleh Abang Recond

dalam akaun TikTok miliknya.

Cara hidupkan enjin kereta push to start button jika bateri remote ‘kong’

Kalau kereta push to start button nak on tapi bateri nak kong, bila tekan tak boleh start. Ini cara untuk hidupkan enjin ya. Tiga langkah saja;

  1. Ambil kunci dan letak di push to start button untuk scan.

2. Kereta akan automatik on.

3. Tekan brek dan tekan push to start button dan enjin boleh dihidupkan. Setel! Sebaiknya pergi terus ke kedai kunci untuk tukar bateri remote yang baru.

 

@abangrecond.uv Share dekat group family okay? #tipskereta #keretarecond #unitedviable ♬ Dalamo Dalamo – DJ Opus

Ini pula cara untuk kereta Perodua Bezza

Kereta di atas adalah untuk kereta jenis Toyota, ini pula bagi kereta Perodua Bezza. Dikongsi oleh Seng Kong Locksmith. Caranya;

  1. Buka pintu dengan menggunakan kunci manual.

2. Kaki tekan pada brek dan ketika ini alarm akan berbunyi

3. Tekan sekali pada butang ‘start/stop’

4. Scan alat kawalan jauh sekali pada butang ‘start/stop’ (alarm akan berhenti berbunyi)

5. Hidupkan enjin seperti biasa. Setel!

Boleh tonton video penuh beliau di bawah.

@sengkonglocksmith_oe Perodua Bezza smart key control tiba-tiba tak fungsi buka pintu, cara yang tutup alarm dan hidup enjin.#oeacademy #TikTokGuru #tiktokmalaysia #idou ♬ 原聲 – peter_sengkonglocksmith_oe

Semoga bermanfaat.

Sumber: Abang Recond & Seng Kong Locksmith

IKLAN