Lipan antara binatang yang selalu dijumpai dalam rumah. Kalau dalam bilik air kerap kali akan muncul anak-anak lipan di lantai hingga buat kita terkejut.

Walau pun kecil tetap kita risau kerana ia haiwan berbisa dan jika tidak dihapuskan boleh membesar terus berada dalam rumah. Inilah yang ditakuti. Lagi pula gigitan binatang ini boleh menyebabkan bengkak dan perlu dapat rawatan ke hospital atau klinik.

Selain bilik air, haiwan berbiasa ini juga selalu kita jumpa di di tempat yang lembap atau berair. Ini memang tempat yang disukai lipan.

Jadi bagaimana nak menghindari binatang ini masuk dalam rumah kita. Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan.

1. Pastikan ruang kering dan bersih

Memandangkan lipan suka tempat yang sejuk, lembap dan berair makan pastikan kawasan seperti dapur, stor atau bawah singki sentiasa kering supaya tak jadi tempat haiwan ini.

IKLAN
2. Tabur garam

Kita juga boleh gunakan garam dalam menghalau pelbagai serangga perosak termasuklah lipan. Taburkan garam pada laluan lipan bagi memastikan ia tidak datang lagi.
Jika garam sudah berkurangan, boleh tambahkan lagi sehingga tidak nampak lagi kelibat lipan.

Cara Halau Lipan Dari Masuk Rumah & Bilik Air

3. Ubat gegat

Bau ubat ini yang tajam dan kuat memang tak disukai oleh binatang termasuk lipan. Sebab itu ia berkesan dalam menghalau pelbagai serangga. Boleh juga letak ubat ini termasuk di tempat lembap  dalam rumah.

Cara Halau Lipan Dari Masuk Rumah & Bilik Air

IKLAN
4. Buat semburan cecair pencuci pinggan

Boleh sediakan bancuhan ini, campurkan segelen air suam yang dicampur dua sudu sabun pencuci pinggan. Isi dalam botol semburan.

Sembur pada kawasan yang lembap dan boleh juga sembur terjumpa lipan untuk menghalau dan membunuhnya. Lipan yang terkena air semburan ini akan mati bila air ini mengering

Selain itu:  Kulit Gadis Ini Putih, Licin Tanpa Blackhead. Caranya Cuma Guna Baking Soda
5. Serai

Lipan juga tidak suka bau serai jadi boleh gunakan bahan ini untuk menghalaunya. Boleh tumbuk atau hiris beberapa batang serai dan letak di kawasan yang sering dilalui lipan.

IKLAN

Cara Halau Lipan Dari Masuk Rumah & Bilik Air

Cara di atas lebih selamat berbanding menggunakan racun serangga terutama bila kediaman ada anak kecil. Selain itu juga boleh gunakan semburan serangga jenis organik yang ada di pasaran. Klik SINI untuk beli.

Semoga bermanfaat

Sumber: Sirap Limau

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI