Harga rumah macam mana layak beli kalau gaji  cuma RM3000 sebulan? Ada ke rumah yang mampu dibeli? Macam mana nak kira?

Sememangnya untuk membeli rumah kena lihat kepada kemampuan diri. Agar dapat merancang pembelian kediaman yang sesuai buat anda yang berpendapatan RM3000 sebulan boleh gunakan cara ini untuk melihat harga rumah yang sesuai.

Cara kira harga rumah yang layak dibeli dengan gaji RM3000

Cara Kira Harga Rumah Yang Kita Layak Dibeli Jika Bergaji RM3000 Sebulan

1) Kira ansuran bulanan yang mampu daripada gaji kasar

Contoh: Gaji kasar RM3K x 30/100 = RM900

IKLAN

Pastikan ansuran bulanan tak lebih 1/3 daripada gaji kasar

2) Kira anggaran harga rumah yang layak dengan Rule of 200

Contoh: ansuran rumah untuk gaji RM3K tadi RM900.
RM900 x 200 = RM180K (harga rumah yg sesuai)

IKLAN

Nota: Pengiraan ini kiraan secara kasar. Untuk jumlah yang lebih tepat ejen hartanah atau pihak bank akan kirakan.

Bila dah tahu harga rumah yang layak. Pastikan tahu juga credit report kita macam mana.

Selalunya bank akan kira nilai DSR pemohon. Setiap bank ada had DSR sendiri. Contoh kalau gaji RM3K DSR tak boleh lebih 60%.

IKLAN

Kedua, check CCRIS.

Sebab bank akan tengok semua di bawah ini sebelum meluluskan pinjaman:
– Semua pinjaman/kredit tertunggak
– Akaun perhatian khusus (SAA)
– Permohonan kredit yang dah lulus atau diproses dalam tempoh 12 bulan

Sumber: Direct Lending

 

Selain itu:  Masalah Mesin Basuh Spin Perlahan Boleh Baiki Sendiri, Cuma Kena Ketatkan Skru Saja
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI