Semua tahu hidangan laksa terkenal di negeri dari Utara terutama Kedah tapi sekarang makanan ini dah jadi kegemaran orang negeri lain juga. Sebab itu di mana-mana pun sekarang ada saja orang jual ada laksa.
Tapi nak rasa laksa terbaik dah tentu kena cari kat Kedah, tak pun kena cari orang Kedah yang buat. Kalau tak jumpa jugak boleh saja buat sendiri tapi sila tip dari perkongsian Pnut Syafinaz
Laksa ni yang paling penting adalah kuahnya dan resipi kuah ini kata Pnut Syafinaz adalah dari Tok Lela peniaga laksa yang power lagi terkenal. Terima kasih Tok Lela.
1. Ikan
Nak dapat kuah laksa yang sedap kena campur ikan dua jenis ikan. Biasanya ikan pelaling dan ikan sardin atau ikan selayang. Kuantitinya, kalau guna satu kilo ikan pelaling, campur dengan setengah kilo ikan sardin. Kalau nak buat sikit, 10-12 ekor ikan pelaling, tambah dengan 5 ekor ikan sardin.
Kalau ikut petua Tok Lela, ikan direbus sekejap asal mendidih kemudian tutup api. Alasan tak boleh rebus lama supaya manis ikan tak hilang.
Ads
Sejukkan dan asingkan tulang dengan isi. Isi ikan tadi ditumbuk kasar, sementara tulang ikan dengan kepala pula kisar bersama air rebusan tulang ikan tadi. Dah kisar, tapis kemudian kisar lagi, dan tapis sekali lagi.
2. Bawang
Laksa utara kena guna bawang besar India warna ungu. Bukan bawang Holand yang warna kuning tu. Siapa buat laksa guna bawang holand, derhaka besar. Bawang kena guna banyak, kalau segenggam cili, bawang besar 5-6 biji (yang saiz besar).
3. Belacan
Biasanya orang Kedah pakai belacan Tanjung Dawai. Tak pernah pakai belacan lain. Sila cari atau kirim bila kawan balik Kedah.
Ads
4. Kuah laksa
Tok Lela rebus kuah laksa 2-3 jam sebelum keluar berniaga. Ni tip paling power. Alasannya kuah dah ‘mesra’. Cukup rasanya dengan aroma kantan, kesum, asam garamnya. Air biar lebih sikit, kemudian didihkan sampai pekat.
5. Asam keping (asam gelugoq)
Cari asam keping dari buah asam gelugor tua. Kalau buah muda dikeringkan masamnya kurang, kalau guna yang tua elok sedap masamnya. Ni biasa dibeli kat makcik-makcik jual sayur kampung kat pasar tani di Kedah.
Ads
Jangan letak terlalu banyak, kuah laksa ni elok dirasa selepas setengah jam atau sejam lepas didihkan. Masa ini boleh agak masamnya dah cukup atau kurang, kalau baru 10-20 minit renih kuah laksa dah rasa, asamnya tak sempat kembang.
Lepas dah rasa elok masam, boleh kaut asam keping dan buang sikit takut lagi lama, lagi masam.
Tak semua pokok sayur yang kita tanam boleh didedahkan terus pada cahaya matahari. Ada yang hanya perlu sedikit saja kerana pendedahan kepada cahaya yang banyak boleh menyebabkan tanaman bermasalah. Pokok sayur boleh menguning dan daunnya bergulung.
Untuk itu panduan keperluan cahaya untuk tanaman ini perlu diketahui buat mereka yang banyak bercucuk tanam di rumah.
Keperluan tanaman pada cahaya untuk kesuburan
Jumlah cahaya matahari yang diperlukan tidak sama untuk semua tanaman atau sayuran.
Ada yang memerlukan;
-Cahaya penuh (bright sunlight),
-Cahaya separuh (medium sunlight), ataupun cahaya kurang/redup (low sunlight).
-Cahaya Penuh- Cahaya matahari lebih daripada 6 jam.
-Cahaya Separuh- Cahaya terus untuk 4-5 jam.
-Cahaya Kurang/Separa Redup- Cahaya untuk 2-4 jam.
-Redup- Cahaya kurang daripada 1 jam.
Pastikan tempat letak pokok sayur sesuai
Untuk tanaman yang hanya perlu cahaya separuh atau kurang, ia paling sesuai dijemur cahaya pada waktu pagi kerana matahari waktu petang terlalu terik. Kalau daun mula berkuningan atau bergulung, maksudnya tanaman itu:
1) kurang air,
2) terlalu banyak cahaya matahari, atau
3) terlebih baja.
Jadi, sebelum bermula menanam, pastikan tempat yang anda hendak meletak tanaman tersebut sesuai untuk tanaman.
Panduan ringkas sayuran mengikut keperluan cahaya matahari
Cahaya Matahari Penuh & Terus (Lebih daripada 6 jam):-
Jagung, tomato, kekacang, kacang polong, labu, tembikai, basil, selasih Thai, kentang, timun, kangkung, daun bawang, saderi, halia, bawang putih, serai.
Cahaya Matahari Penuh & Tidak Terus (4-5 jam):-
Brokoli, kubis, kubis Brussel, Kale
Cahaya Matahari Separuh (2-4 jam):-
Salad, bayam, bok choy, sawi, bit, lobak, pudina
Rutin basuh pinggan mangkuk ini kita buat setiap hari kadang kala sampai 4-5 kali. Jadi sabun atau cecair basuh pinggan ini memang perlu sentiasa ada.
Tapi kalau nak jimatkan penggunaannya boleh ikut tip yang dikongsi oleh شهيد شهداء Dari 1 liter sabun boleh yang tahan sebulan boleh diganda jadi 5 liter dan tahan selama 5 bulan. Jimat banyak kan!
Tip jimat sabun basuh pinggan
Ni bukan pasal resepi masak tau tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah. Jimatlah juga belanja dapur kan. 800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun.
Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.
Tambah 2 bahan ini saja
5 liter air
800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna Sunlight)
Garam paket kecil (anggaran secawan).
Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai. Siap…!
Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi dua sukatan di atas ).
TIP
Refill guna bekas yang sesuai, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.
Guna seperti biasa. InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak. Selamat mencuba untuk lebih jimat.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...