Cara buat teh moringa dari daun segar. Kaedah ini lebih mudah, tak perlu dijemur atau diproses malah khasiatnya lebih tinggi.

Kalau ada tanam pokok moringa atau pokok kelor di rumah boleh manfaatkannya. Sayang kalau tak digunakan kerana khasiat daun kelor ini sangatlah banyak.

Bukan saja daun, buah, bunga, akar, malah sekam dan minyaknya mempunyai khasiat perubatan kerana mempunyai pelbagai jenis vitamin, mineral serta antioksidan yang sihat.

Cara paling mudah untuk mendapat khasiatnya adalah dengan membuat teh daripada daun moringa yang segar. Sangat senang, kerana cuma petik daun dan rebus saja. Caranya dikongsi oleh Harun Arun

Cara Buat Teh Moringa Dari Daun Segar

Cara Buat Teh Moringa Dari Daun Segar, Tak Perlu Proses Rebus Saja. Lagi Tinggi Khasiat

Ads
  • Petik daun moringa sebanyak 4–5 pelepah. Pastikan daun segar dan tak layu.
  • Cuci bersih daun moringa dalam air mengalir. Toskan.
  • Didihkan 2 gelas air dalam periuk.
  • Masukkan 2 cawan daun moringa yang sudah dibasuh ke dalam air yang sedang mendidih.

Cara Buat Teh Moringa Dari Daun Segar, Tak Perlu Proses Rebus Saja. Lagi Tinggi Khasiat

  • Biarkan selama 2–3 minit, atau sehingga daun rasa mula lembut. Padamkan api.
  • Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit agar aroma dan khasiat terserap.
  • Hidangkan teh moringa suam, boleh tambah hirisan lemon, madu atau pemanis lain ikut citarasa.

INFO: Jangan rebus terlalu lama supaya khasiatnya tidak hilang.

Cara Buat Teh Moringa Dari Daun Segar, Tak Perlu Proses Rebus Saja. Lagi Tinggi Khasiat

Ads

Khasiat Daun Moringa

-Daun moringa kaya dengan vitamin C, A, dan B6, serta kalsium dan zat besi — membantu boost imunisasi, menjaga mata, dan memberi tenaga, berbanding buah oren dan pisang asli

-Ia juga mengandungi antioksidan, fitokimia, dan sifat antiradang — membantu rawat radang serta sokong kesihatan jantung dan kulit

-Kajian menunjukkan moringa dapat membantu turunkan kolesterol LDL dan gula dalam darah, serta menjaga tekanan darah stabil yang penting untuk kawal risiko penyakit kronik

Ads

-Buat sendiri teh daun moringa sendiri lebih baik dari beli sachet mahal. Khasiatnya lebih tinggi dan semula jadi.

Sumber: Harun Arun

Baca: Daun Moringa Banyak Khasiat, Boleh Proses Sendiri Untuk Jadi Kapsul

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI