Dalam keadaan cuaca yang panas seperti sekarang ini, kita disarankan duduk di dalam rumah saja. Tapi masalahnya dalam rumah pun panas berbahang. Tak senang duduk dibuatnya.

Memang boleh pasang aircond tapi takkanlah sepanjang masa, nanti menangis tengok bil elektrik.

Tapi ada saja kaedah mudah dan murah untuk sejukkan kediaman. Dikongsi oleh Sapiah Mamat beliau memasang aluminium buble foil di bahagian siling  untuk mengurangkan bahang dalam rumah. Hasilnya kediaman yang sebelum ini memang hangat kerana tinggal berhampiran laut kini sejuk. Malah tidur malam pun menggigil sejuk katanya.

Tip sejukkan rumah tanpa pasang aircond

Tak sia sia beli aluminium bubble foil kat Shopee. Segulung 40 meter tak sampai RM300 pun tapi boleh buat rumah jadi nyaman tak berbahang. Rumah Kak Piah ni dekat dengan laut, rumah pulak jenis rumah teres berhimpit so takde banyak angin boleh masuk dalam rumah.

IKLAN

Cara Mudah & Murah Sejukkan Rumah Tanpa Pasang Aircond. Tidur Malam Menggigil Sejuk

Tingkap pun tak banyak, depan ada satu dan tingkap dapur ada satu, jadi panasnya memang terasa berbahang. Seawal jam 9 pagi dah terasa. Kalau malam pulak, jangan citer lah, tidur pasang dua kipas pun masih berpeluh. Kalau mak datang duduk rumah, selalu ngeluh cakap panas…panas…

IKLAN

Tapi selepas siap pasang aluminium bubble foil ni penuh satu rumah, tidur malam terasa gigil walaupun tak pasang aircond.

Cara Mudah & Murah Sejukkan Rumah Tanpa Pasang Aircond. Tidur Malam Menggigil Sejuk
Keadaan siling selepas pasang aluminium bubble foil

Sebenarnya aluminium bubble foil ni paling sesuai diletakkan kat dalam siling. Sewaktu tukang pasang bumbung rumah, elok letak aluminium bubble foil tu dulu sebelum pasang siling rumah.

IKLAN
Cara Mudah & Murah Sejukkan Rumah Tanpa Pasang Aircond. Tidur Malam Menggigil Sejuk
Sebelum pasang

Tapi oleh sebab rumah kak Piah ni dah siap, dah duduk “bersauna” berbelas tahun dah, jadi terpaksalah tampal dari dalam rumah. Kalau nak cantik, boleh tampal dengan wall paper pulak.

Selain itu:  Cara Betulkan Sliding Door Almari Baju Yang Selalu Terkeluar Landasan, Ganti Satu Alat Ini Saja

Semoga bermanfaat

Sumber: Sapiah Mamat

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI