Cara Ukur Jari Untuk Tahu Saiz Cincin Korang

3957

 

Korang mungkin ada banyak cincin tapi tahu tak saiz cincin sendiri. Ramai tak tahukan?

Kalau tak dapat pergi emas atau mahu membeli barang kemas secara online saiz cincin ini penting untuk diketahui.

Macam mana nak tahu saiz cincin? Terdapat dua cara iaitu dengan menggunakan ukur lilit jari dan kedua menggunakan cincin contoh.

1. Ukur jari

Bahan yang diperlukan :

Kertas
Gunting
Pembaris (ada ukuran milimiter)
Pen/pensel


Cara mengukur:

1. Potong kertas memanjang dengan lebar lebih kurang 1cm.

2. Lingkarkan pada jari anda. Pastikan tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Ia akan mempengaruhi saiz cincin anda nanti.

3. Tandakan dengan pen.

4. Ukur panjangnya dengan pembaris, kemudian samakan ukurannya pada jadual ukuran cincin menggunakan lilitan jari (circumference) seperti di bawah.

2. Gunakan cincin contoh

Bahan yang diperlukan:

Cincin anda
Pen
Pembaris

 

Cara mengukur :

1. Lukiskan bahagian dalam cincin dengan menggunakan pen diatas kertas.

2. Buat garis lurus mendatar pada bahagian tengah cincin. Kemudian ukur dengan pembaris garisan tersebut (diameter). Samakan ukuran tadi pada bahagian diameter dalam jadual di atas.

3. Yeay! Dah dapat saiz cincin korang.

TIP

1. Ukuran dalam milimeter (cmx10)

2. Pastikan jari  kering semasa mengukur.

3. Sebaiknya ukur pada hari siang, kerana saiz jari mengembang.

4. Jika saiz cincin jatuh antara dua saiz, pilihlah saiz yang lebih besar.

5. Saiz cincin berbeza bagi jenis cincin. Kebiasaannya, cincin belah rotan lebih besar 1/2 atau 1 saiz dari cincin bercorak keliling halus.

Kredit foto: ikahwin

 

Tinggalkan Komen