Kalau sebut Che Ta atau Rozita Che Wan mesti dalam kepala teringat akan penampilannya yang vass. Tak kira apa jua suasana atau majlis dia akan nampak sempurna dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Tak boleh bayangkan koleksi pakaian dan aksesori dia termasuk beg-beg dia. Jadi layak sangat lah kalau Che Ta ni share tentang cara pilih beg berdasarkan pengalaman dia. Antara tip dia kena perhati bentuk badan dulu sebelum beli ya!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

6 TIPS PILIH HANDBAG YG RAMAI ORG TAK TAHU!

Hari ni, i nak share dgn uolls tips-tip paling penting, bila nak membeli handbag.. Tips ni i ambil dari pengalaman sndiri tau..

IKLAN

1. MAJLIS

Uolls semua kena tahu, bag ni nak guna utk majlis apa, atau nak bawa ke mana. Bukan apa, takut tak sesuai. Kalau ke wedding, majlis hari jadi atau keluar berjalan-jalan, pilih yg sedikit elegan dan berkulit lebih lembut. Warna-warna yg sesuai seperti hitam, hijau, warna nude atau yg sesuai mengikut tema and baju uolls.

2. WARNA

Hitam, nude dan coklat adalah warna paling ‘universal’ dan paling senang match dgn banyak baju. Tapi kalau nak kelainan, boleh pilih warna seperti hijau, pink atau warna-warna terang. I sendiri suka warna-warna yg simple. Kadang je guna warna meriah-meriah ni.

IKLAN

3. BENTUK BADAN
Yang ni sangat penting. Handbag cantik tapi kalau tak kena dengan bentuk badan, tak jadi jugak! Kalau 6 kaki ke bawah, disarankan guna handbag yang tak terlalu besar. Takut nanti nampak macam bwk peti ice pulak.Hehe.. Besar sedikit tak mengapa, tapi jangan ‘oversize’! Yg tinggi pulak, jgn guna handbag yg terlalu kecil tau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

4. HARGA

Selain itu:  Tip Supaya Mata Tak Sakit Lihat Baju Banyak Tergantung, Pasang Curtain Pada Open Wardrobe

Penting ikut kemampuan.Memanglah, best kan kalau boleh pakai LV, Chanel, Bottega dan semua brand-bran ganas tu tapi byk jugak brand yg baru dan kurang terkenal, tetapi ada kualiti yg sgt baik.. .

IKLAN

5. KUALITI
Yang mahal, tak semestinya bagus. Yang bagus tak semestinya mahal kan? Jadi penting utk uolls pilih kualiti. Tengok cara jahitan, tengok material yang digunakan. Yang penting, baca review dan testimoni berkenaan jenama/model handbag tersebut.

6. DESIGN HANDBAG
Inilah faktor paling utama sebenarnya. Sbb benda pertama yg kita nampak adalah, design bag itu sendiri. Betul tak? So sangat penting uolls pilih design yg trendy, modern dan evergreen supaya boleh guna untuk tempoh yang lama dan tak nampak ketinggalan.

 

Sumber: IG rozitachewan1

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI