Pokok buah yang naik meninggi memang jadi masalah untuk kutip hasil. Bukan itu saja, ia juga menyukarkan proses pemantauan dan penjagaan pokok. Lagi satu yang ramai tak tahu pokok yang dibiarkan meninggi ini juga mungkin akan ‘lupa’ untuk berbuah hingga ada yang sampai ke sudah tuan pokok tak merasa hasilnya.

Bagaimana pun ada tip yang boleh kita gunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam tak naik tinggi. Dikongsi oleh D’Pro A’nas boleh cuba kaedah Gravity Lowert telah beliau praktikkan untuk merendahkan pokok buah.

Tip merendahkan pokok

Jika disukat ketinggian pokok ini sudah melebihi tahap bahu orang dewasa. Jika dibiarkan tanpa kaedah tarikan graviti maka pokok ini akan meninggi dan terus meninggi.

Tip Pokok Buah Tak Naik Meninggi, Paras Lutut Tapi Dah Berbuah

Bila dah tinggi, pokok tak ingatlah nak berbuah. Asyik nak ‘makan’ dan nak meninggi semahu-mahunya.

Dengan kaedah GRAVITI LOWERT ini, kita dapat merendahkan pokok yang kita inginkan rendah dan mudah dipelihara serta buat pemantauan.

Cara merendahkan pokok

  1. Bahan-bahan yang diperlukan untuk kaedah ini cuma plastik aiskrim, air dan tali plastik.

2. Caranya seperti dalam gambar di bawah. Cuma isi air dalam plastik aiskrim dan ikat kemas. Biarkan tali panjang supaya dapat diikat pada dahan pokok yang mampu menahan beban berat air tadi.

IKLAN

Tip Pokok Buah Tak Naik Meninggi, Paras Lutut Tapi Dah Berbuah

Hasil dari tarikan graviti pokok buah sudah mula berbunga.

Tip Pokok Buah Tak Naik Meninggi, Paras Lutut Tapi Dah Berbuah

Tujuan kaedah gravity lowert

Sebabnya untuk senang cerita dan faham, pokok kita akan ‘berfikir’ tahap ketinggian pokok cuma sampai setakat itu saja. Pokok dah tak dapat meninggi lagi.

IKLAN

Jadi pokok akan ‘berfikir’ untuk lahirkan keturunan/generasi baru iaitu berbuah dan berbunga. Istimewanya pokok rendah paras lutut dah berbuah.

Tip Pokok Buah Tak Naik Meninggi, Paras Lutut Tapi Dah Berbuah

Baja buah

Jangan lupa berikan baja buah sewaktu kita merendahkan pokok.

IKLAN
Selain itu:  Tip Merendahkan Pokok Buah Guna Teknik Gantung Air. Pokok Paras Lutut Dah Berbuah

Cara membungakan dan membuahkan;
– 1 Sudu Makan Baja Novatec Premium.
– 1/2 Sudu Makan Baja TSP
– 1/2 Sudu Makan Baja MKP
– 2 Minggu Sekali.
– Saiz pasu 24 inci.

  • Kalau pasu kecil kurangkan dos kepada setengah.
  • Kalau atas tanah, kena darab 3X jumlah baja mengikut umur pokok.
  • Siram setiap hari, buat waktu petang sahaja bila putik bunga mula keluar. Ia bagi mengelakkan bunga gugur jika disiram waktu matahari naik.

Jangan buat pada pokok yang berdahan besar

Sekadar perkongsian dari pengalaman cara ini hanya sesuai untuk pokok buah berdahan sederhana, jangan buat pada pokok dahan besar.

Jangan buat kalau pokok dah tinggi sebab membahayakan keselamatan. Tebang dan tunggu dahan baru. Atau redha saja pokok meninggi.

Kaedah ini dibuat pada pokok belimbing boleh juga dilakukan pada pokok buah yang lain seperti jambu air, longan, rambutan dan lain-lain.

Semoga bermanfaat

Sumber: D’Pro A’nas

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI