Semalam seluruh tanah air menyambut Hari Merdeka kali ke-61. Semalam juga merupakan hari bahagia buat pengarah filem, Aziz M.Osman yang menimang anak ke-8 buat dirinya.
Melalui instagram, Aziz telah memuat naik gambar isterinya bersama bayi mereka yang dikatakan baby merdeka kerana sama tarikh dengan ulang tahun kemerdekaan negara. Bayi itu selamat dilahirkan pada jam 10.23 malam.
Ini ialah anak kedua melalui perkahwinannya dengan Puteri Lily Lokman. Mereka berkahwin pada 6 Jun 2010. Anak pertama mereka, Puteri Nur Azzahra kini sudah berumur 6 tahun.
Sebelum ini, Aziz sudah mempunyai 6 anak melalui tiga perkahwinan terdahulu.
Ibu ialah seseorang yang sangat besar ertinya bagi seorang anak. Dialah yang hamil, melahirkan dan memberikan anak kasih sayang sepenuhnya sejak dari si anak di alam rahim lagi. Jadi memang sewajarnyalah kalau anak membalas jasa dengan memberikan sesuatu yang bermakna buat ibu. Walaupun si ibu sebenarnya tak pernah minta pun untuk diberikan apa-apa.
Bagi seorang ibu, asalkan anak itu sihat dan bahagia sudah mencukupi buatnya. Namun seorang anak disaran membahagiakan ibu dan balasannya adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka nanti
Penyanyi yang juga peserta rancangan realiti televisyen, Big Stage, Wani Kayrie semalam menghadiahi ibunya sebuah kereta bersempena sambutan haji jadi ibunya itu. Kereta jenama Honda itu diberikan sempena ulang tahun ibunya yang ke-40.
Video ini menunjukkan Wani membuat kejutan dengan menutup mata ibunya sebelum dipimpin ke arah kereta baru. Selepas nampak kereta itu, ibunya memeluk erat Wanie dan masuk ke dalam kereta untuk mencuba kereta yang dihadiakan itu.
Alhamdulillah. Tahun ni ada rezeki lebih kita hadiahkan mama kereta yang dia nak ?❤ Happy 40th birthday mamaku @kaysabah ?? Hope you love the present from us! Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki sentiasa! Keep being young & keep rockin! Love you momsie! ?✨ Thank you @hondamalaysia ! #MamaKayTurns40
Melalui instagram juga, ibu Wani yang mesra dipanggil Kay telah memuat naik kegembiraan menerima hadiah hari jadi. Semoga rezeki Wani bertambah murah kerana berusaha menggembirakan hati ibu.
Sebelum ini memang ramai yang mengata anak perempuan pengasas produk kecantikan Qu Puteh iaitu Datuk Seri Vida.
Mak putih tapi anak gelap, itulah yang biasa diperkatakan. Tambah pula dengan gayanya yang selalu berbaju T. Tapi kelmarin Cik B, anak jutawan kosmetik ini memaparkan sisi comel dirinya.
Dalam satu posting terbaru di instagram, Datuk Seri Vida telah berkongsi video Cik B siap bermekap hingga membuatkan netizen teruja menatapnya. Lengkap berbaju kurung berbaju kurung pulak tu, lain betul penampilan dia.
“Tengok Cik B make up? Omei tak?” tulis Datuk Seri Vida yang mendapat respon ramai netizen. Baru dimuat naik malam semalam video ini telah mendapat lebih satu juta tontonan.
Bila dah siap mekap, cantik Cik B sebenarnya, itu antara kebanyakan komen daripada netizen. Tak terkecuali memberi respon adalah artis tanah air, seperti Achey dan Zarina Zainuddin yang turut memuji kecomelan Cik B.
Sejak menimang cahaya mata perempuan Dariya Inara bukan saja Sariyanti malah Jep Sepahtu juga selalu berkongsi foto anak mereka di laman sosial.
Mempunyai lebih 1 juta follower di instagram, Jep selalunya akan memuat naik gambar dengan kapsyen yang mencuit hati. Terbaru dia memuat naik gambar membandingkan rambut Dariya dengan rambutnya dalam aksi ketika salah satu persembahan Sepahtu Reunion.
Pantas mendapat reaksi netizen, gambar tersebut menyebabkan peminat yang merasakan rambut anaknya yang kini berusia empat bulan itu adalah hasil ‘kenan’ gara-gara aksi Jep.
“Abah tak rasa ini sebabnya,” kapsyen lucu Jep itu telah menyebabkan ribuan peminat membalas di ruangan komen.
Khairul Aming meminta penjelasan daripada Maxis selepas maklumat bil telefon peribadinya didakwa didedahkan di media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan data pelanggan.