Dinding rumah mengelupas akibat kebocoran paip bahagian dalam, tempias hujan, banjir dan sebagainya memang akan menjejaskan pandangan terutama jika berlaku di dalam rumah.
Kelembapan ini menyebabkan cat turut mengelupas, berkeruping dan nampak tak elok. Bagi yang mengalami masalah ini, mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Ezanee Kamaruddin yang mengalami masalah sama di kediamannya. Caranya mudah dan boleh dilakukan sendiri.
Cara Baiki Dinding Rumah Lembap Mengelupas
Saya ingin kongsikan pengalaman saya menggunakan Pentens Dr. Wall untuk repair dinding yang lembap disebabkan air yang menyerap dalam dinding.
Sebelum ini saya pernah guna produk ini setahun yang lalu untuk repair dinding rumah saya yang rosak sebab lembapan. Ia boleh dikata berkesan, dinding tersebut kekal kering.
Produk ini saya beli online di Shopee (klik SINI untuk link) – RM29.60 termasuk delivery.
Dinding yang akan saya tunjukkan ini lembap disebabkan air tempias hujan dari luar rumah. Boleh rujuk gambar hasil kerja saya seorang DIY yang amatur. Tangan masih lagi keras untuk kerja-kerja skim.
Sebelum DIY
Ads
Langkah demi langkah baiki dinding
1. Kikis cat yang mengelupas sehingga permukaan plaster.
2. Sapu rata Dr. Wall dan tunggu 8 jam sehingga kering. Monitor 1-3 hari sama ada masih ada serapan lembapan atau tidak. Jika masih ada lembapan sapu lagi.
3. Selepas kering, sapu skim coat kemudian cat.
Ads
4. Selepas
Ads
INFO
Cara terbaik untuk repair masalah lembapan cari dulu punca dari mana air tu & selesaikan punca tu dulu. Tapi produk ini sesuai kalau nak selesaikan untnk beberapa tahun & pocket friendly
Selepas sapu produk Dr Wall, sebaiknya sapu satu layer Wall Sealer paint untuk lebih berkesan.
Cara masak gulai tempoyak ayam boleh jadi pilihan buat yang mahu mencuba lauk berasas tempoyak berbeza rasa.
Bukan resipi baru, sebaliknya hidangan ini memang ada sejak dahulu lagi. Cuma kebiasaannya ramai yang menggunakan ikan untuk mengolah tempoyak. Kalau nak tahu keenakannya memang kena cuba.
Cara buat gulai tempoyak ayam
Bahan-bahan
6 ketul ayam -dibersihkan
3-4 sudu besar tempoyak
Cili api (ikut kepedasan)
2 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
1 cawan air
Daun kesum
Bunga kantan
Garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk air untuk kuah
Cara penyediaan
1. Kisar tempoyak bersama cili api dan kunyit hidup. Masukkan secawan air.
2. Tuang dalam periuk bahan kisar tadi bersama asam keping, ayam, daun kesum, bunga kantan dan satu mangkuk air. Kacau agar semua bahan sebati dan biarkan gulai merenih.
4. Bila ayam dah masak, masukkan garam dan serbuk perasa. Tambah gula untuk seimbangkan asa tempoyak yang kadang-kadang masam. Tutup api, boleh dihidangkan
Tip untuk dapatkan warna tempoyak yang cantik adalah dengan menggunakan gunakan cili api merah atau cili besar merah. Insya-Allah cantik warnanya.
INFO EKSTRA: Tanda tempoyak dah rosak
Macam mana nak tahu tempoyak dah rosak, ini tanda-tandanya;
-Keluarkan bau busuk
-Warna tempoyak berubah menjadi lebih gelap, coklat, atau kehijauan, itu mungkin tanda ia sudah rosak.
-Ada buih atau gelembung
-Tekstur berlendir atau berair
-Ada kulat pada permukaan tempoyak
-Rasa masam yang berlebihan
Jika terdapat mana-mana tanda di atas, sebaiknya elakkan daripada menggunakannya untuk mengelakkan keracunan makanan.
Nak bercucuk tanam tapi tak berapa suka kotor tangan dan kawasan bersepah dengan tanah atau cocopeat. Kalau macam ni boleh guna idea yang dikongsi oleh Rozaidee Zainal.
Menggunakan kaedah penanaman secara hidroponik tapi cara beliau ini langsung tak mengotorkan tangan. Jika sebelum ini penanaman secara hidroponok tetap menggunakan cocopeat kali ini beliau mencuba perkara baru, tanam guna kapas dan kain buruk. Ikuti perkongsian beliau.
Tanam sayur guna kapas & kain buruk
Dulu orang buat hidroponik guna cocopeat habuk kayu tapi kita belajar cara nak hack tanpa mengotorkan tangan.
Bahan diperlukan:
Kapas (beli kedai RM2, cari yang gulung)
Kain buruk
Kapas digunakan untuk menanam benih jadi ia takkan terlalu lembap sebab kedudukannya bahagian atas.
Kain buruk pula di bawah adalah serapan air untuk bahagian atas supaya kapas takkan kering. Jika guna kapas saja, ia terlalu padat, serapan takkan sampai ke permukaan.
Selain itu untuk kesuburan pokok guna baja AB 40ml+40ml untuk 1 liter air, lebih pun tak mengapa.
Inilah hasil sayur yang menggunakan kapas dan kain buruk. Elok subur
Jika selalu masak taucu berkuah, kali ini cuba masak sambal taucu ikan. Lagi sedap kalau menggunakan ikan bawal. Cara membuat sambal taucu ikan bawal ini dikongsi oleh Nurul Ateekah.
Cara buat sambal tauchu ikan bawal
Bahan-bahan
2 ekor ikan bawal (saiz sedarhana)
5-6 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kacang Tauchu (dibilas air biasa)
1 biji tomato (belah 4)
1 tangkia cili hijau (dibelah)
1 tangkai cili merah (dibelah)
3 ulas bawang putih (dihiris)
½ biji bawang besar(potong bulat )
1 batang serai (diketuk)
Serbuk perasa
Gula
Cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng ikan bawal sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak. Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak.
4. Masukkan kacang tauchu, cili merah, cili hijau dan tomato. Gaulkan sebati.
5. Masukkan gula dan serbuk perasa dan gaulkan.
6. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan gaulkan kesemuanya sehingga sekata.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...