TV bila dah lama guna akan timbullah beberapa masalah. Antara yang biasa adalah gambar bergoyang dan ada garisan pada skrin.
Memang boleh tengok tapi peninglah jugak dengan kesan khas ini. Kerosakan macam ni kalau hantar baiki di kedai modalnya beratus ringgit juga.
Jadi kalau ada yang mengalami masalah kerosakan TV yang sama, boleh jadikan perkongsian Hairul Faiszul Sanusi sebagai rujukan untuk baiki TV. Modalnya cuma guna sellotape saja.
Ads
Percubaan pertama DIY repair TV. Berjaya!
TV yang dibaiki ialah model LED SHARP 50″.
TV bermasalah skrin, berlaku ‘short’ gambar goyang(rujuk gambar). Cuba tanya kedai repair TV katanya kos baiki dalam RM350 dan tak pasti boleh repair atau tak.
Terbaca posting dalam group Tukang Apa Hari Ini cara nak repair. Jadi cuba ikut step yang diberi, alhamdulillah berjaya. Rezeki, selamat duit RM350.
Ads
Bagi yang ada masalah yang sama bolehlah mencuba. Langkahnya seperti di bawah;
1. Buka casing
2. Pastikan jalur wayar putih (ribbon) yang attach antara board dan skrin LED.
3. Try n error cari jalur berlaku short. Tampal dengan sellotape.
4. Masukkan balik ribbon dalam clip. Pasang semula casing.
Berbudi pada tanam memang tak rugi. Seperti suri rumah Alin Lin, minat bercucuk tanam membawanya menanam lebih kurang 200 pokok cili hingga menjana pendapatan sampingan buat dirinya.
Tidak lokek berkongsi tip bagi yang nak mencuba menanam pokok cili, beliau menurunkan cara penanaman yang mudah dan jimat kos yang dipraktikkan serta apa yang perlu dilakukan jika pokok cili bermasalah.
Tip jaga pokok cili bara paling mudah. Jika saya boleh anda juga boleh. Bagi yang baru nak cuba;
1) Kenal tanah dan nisbah
Kalau guna cocopeat campur dengan bahan lain seperti;
-Tanah hitam
-Topsoil
-Sekam padi/sawit
2) Nisbah 2+1
Contoh dua cocopeat dan satu itu boleh pilih antara 3 bahan tadi. Tujuan supaya kita lebih mudah merawatnya nanti kerana semua bahan ada nutrisinya yang tersendiri (pengalaman yg pernah terjadi masa musim pertama saya menanam).
Jika cocopeat baru perlu dibasuh dahulu sebelum guna. Kalau guna topsoil campurlah ia dengan cocopeat Nisbah 2+1. Contoh dua topsoil dan satu cocopeat.
Tujuan topsoil dicampur dengan cocopeat untuk mendapatkan tanah yg poroi maka tidaklah tanah tadi padat atau mampat yg menyebabkan anak pokok bantut atau mati.
Jika ditanya saya suka guna yang mana? Jawapan saya suka topsoil dan cocopeat. Senang jaga walau pun terlepas baja tapi tanah itu sangat kaya dengan nutrisi dia sendiri.
3) Baja
Bagi yang baru bermula kecil-kecilan baru nak belajar dan modal tak banyak boleh cuba baja npk 15 15 15. Racun serangga pula boleh cuba mapa malathion 57. Kalau ada duit lebih boleh tambah cuka kayu sekali. Cukup untuk 3 bahan ini bagi yang betul-betul baru bertatih.
Baja npk sudah cukup lengkap;
-N untuk daun
-P untuk akar
-K untuk buah
Pembajaan cukup seminggu sekali.
4) Racun serangga
Cukup sekadar seminggu sekali diselang seli dengan cuka kayu. Jika pokok sudah berbuah dan banyak lalat buah atau ulat yang makan buah boleh guna kekerapan 2 ke 3 kali seminggu.
Bila serangga dah tak nampak lagi boleh jarakkan semula seminggu sekali. Nisbah saya gunakan 1ml dan 1 litter air
5) Pokok rosak apa nak buat?
Bab ini atas pengalaman juga. Bila kita tanam dalam masa 2 minggu selepas pindah dalam polybeg atau batas kita dah boleh nampak mana yang dah mula kerinting dan kuning di bahagian pucuk.
Kalau ada yang begitu potong pucuk dan asingkan dari pokok lain. Biarkan dalam seminggu penjagaan beri sama rata tak perlu berlebih-lebihan sebab kita tak nak manjakan pokok sampai kita terpaksa keluarkan kos rawatan pula hanya setakat satu itu saja.
Ada banyak lagi anak pokok lain yang perlu kita fokuskan. Selepas dua minggu jika masih juga tak sihat, cabut dan buang jauh sebelum berjangkit pada pokok lain.
6) Siraman
Pagi sebelum jam 9, petang selepas jam 6. Jika kawasan redup awal boleh siram awal. Siram seluruh pokok terutama bawah daun. Ini yang saya amalkan setiap dua hari sekali.
Alhamdulillah setakat ini tiada masalah hama putih di bawah daun. Kita dan boleh jimat racun serangga dan tak perlu guna racun serangga banyak sangat pada pokok.
Pokok cili banyak akar serabut, jenis akar serabut sukakan tanah yang peroi lagi gembur tanah lagi banyak akar dapat keluar.
Cara ini sesuai jika baru belajar tanam dan nak jimatkan kos
Saya juga baru belajar dan masih belajar. Apa yang saya sampaikan adalah pengalaman. Saya suri rumah, bukan pekebun sepenuh masa. Menanam adalah hobi kini hobi menjadi pendapatan sampingan.
Pokok saya tak banyak ada lebih kurang hampir 200 pokok. Saya cuba jimatkan kos bagi penjagaan dari musim-musim yang lepas. Cara ini sesuai bagi yang baru nak belajar dan kepada yang nak jimatkan kos dan pokok yang tak banyak macam saya.
Pokok ini saya dah kutip buah cili minggu lepas, yang tinggal ini belum cukup matang nak petik. Ada orang suka petik sampai habis, saya suka petik yang besar-besar saja jadi dapat duduk di kebun seminggu sekali petik cili.
Dapur konsep terbuka, rasanya jarang yang berani mengaplikasikannya di rumah. Walaupun kelebihannya praktikal untuk dapur yang kecil serta mudah untuk mencari barang tapi ramai sisi lain semua barang akan dapat dilihat.
Inilah yang buat ramai tak berani salah aturan dapur akan nampak bersepah atau tak kemas. Tapi menariknya Atam Ayu berjaya mempraktikkan dapur open concept di rumahnya dan hasilnya kemas tip top.
Antara tip untuk memastikan dapur open concept kemas adalah meminimumkan barang dapur dan memastikan ada tempat khas untuk meletakkan semua barang dapur.
Selain itu pastikan juga ada sistem penyusunan barang, seperti bekas dan rak mempunyai tema yang serasi supaya tak nampak serabut.
Selebihnya boleh lihat perkongsian dari Atam Ayu
1. Rak Hyllis dari Ikea untuk meletakkan barangan.
2. Setiap barang ada bekas khas dengan tema yang sama
3. Rak ada lampu kecil menggunakan bateri untuk mudahkan cari barangan, beli di kedai Eco
4. Table top tanpa kabinet, tapi ditutup dengan langsir dapur. Boleh beli di Shopee
5. Bahagian bawah singki, tetap tersusun walaupun tak nampak di pandangan
6. Penyangkut kuali dan periuk di bawah singki
6. Bar kaunter buat sendiri saja
Pandangan dari depan
7. Tema warna ringkas, hitam dan putih
Semoga beri idea pada yang sedang mencari ilham mendekorasi ruang dapur.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...