DIY Kepala Katil Mewah Tapi Murah, Boleh Guna Tilam Lama Saja

Share

Kepala katil macam ini memang akan buat bilik nampak mewah dan cantik. Cuma kalau beli harganya boleh tahan juga.

Boleh saja nak jimat tapi kena rajin buat sendiri seperti yang dilakukan oleh Saniy Wa’ie Yatimi.

Menariknya dia menggunakan tilam terpakai untuk buat tufted headboard ini. Kalau nak cuba boleh gunakan DIY ringkas yang beliau kongsi untuk jadikan panduan.

1.Buat frame daripada kayu, saiz ikut cita rasa. Boleh buat untuk katil bujang juga. Boleh juga letak alas dulu.

2.Tampal/ letak span, saya guna tilam terpakai yang dipotong. Boleh juga beli span di Shopee atau Lazada namanya upholstery sponge, ambil yang 2 inci.

3.Buat lubang guna guna hole saw (gambah bawah). Tip waktu potong guna reverse rotation supaya lebih mudah. Saiz yang saya guna 50mm. Lagi kecil pun boleh atau guna gunting sahaja kalau nak jimat.

4.Kemudian alas span dengan batting fiber boleh beli di Shopee. Saya guna tebal 1 inci. Buat lubang, boleh guna gunting saja.

5. Kemudian letak kain, saya beli kain langsir ini (beli di Eco)

6.Kemaskan untuk jahit diamond. Boleh ikut kreativiti atau boleh ikut langkah dalam video ini.

6.Ini bahagian belakang kepala katil. Boleh kemaskan bahagian tepi dengan stapler bila dah siap jahit diamond.

Bahagian depan kepala katil yang dah siap. Boleh pasang pada dinding macam stail hotel atau letak pada kepala katil lama.

Selamat mencuba.

Sumber: Saniy Wa’ie Yatimi

IKLAN