Ikan mayung antara yang sedap dibuat asam pedas, dapat pula yang ada telur lagi lah enak. Meletup letup dalam mulut dimakan.
Asam pedas ini juga lagi sedap kalau kuahnya pekat, cuma nak menyediakan asam pedas begini tak semua mahir terutama untuk membersihkan telur ikan dan memastikan ia tak pecah.
Bagi yang nak cuba memasak asam pedas ikan mayung bersama telur boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Nor Khomariah Norrohman. Ujarnya asam pedas cara Johor ini dipelajari daripada suaminya yang mahir memasak lauk ini.
Ujarnya bagi membersihkan telur ikan mayung ini boleh gunakan cara berikut;
Ads
Rendam telur dan basuh bersih menggunakan tepung gandum dan limau nipis terlebih dahulu bagi menghilangkan bau hanyir.
Kemudian didihkan air dan masukkan sedikit cuka, bila air mendidih perlahankan api dan masukkan telur secara perlahan-lahan dan rebus sehingga separuh masak.
Akan ada telur yang pecah tapi tak banyak sangat. Tak perlu kacau untuk elak ia pecah.
Bila sudah separuh masak boleh angkat dan lalukan di bawah air paip supaya telur yang pecah tadi tak melekat. Kemudian bolehlah teruskan memasak asam pedas
Cara buat asam pedas ikan mayung dan telur ikan mayung
Bahan-bahan
1 kg ikan mayung dan telurnya
1 sudu lada hitam -ditumbuk
10 tangkai daun kesum
Bendi ( terpulang nk byk mana)
1 batang bunga kantan -dibelah dua
1 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis (minyak perlu banyak, bila dah masak boleh senduk buang)
Air secukupnya
Bahan dikisar
20 tangkai cili kering – direbus
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
Sedikit belacan
Ads
Cara membuat
1. Panaskan minyak (perlu banyak) dan tumis bahan-bahan yg dikisar sehingga betul-betul pecah minyak serta naik bau.
2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, kemudian masukkan a mayung, tambah air secukupnya. Asam pedas Johor jangan cair, biar pekat tapi jangan pekat sangat.
Ads
3. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecilkan api. Biarkan mereneh sehingga ikan masak.
4. Masukkan bendi bersama telur mayung yang telah direbus separuh masak tadi. Tak perlu masak lama kerana telur akan jadi keras. Bila bendi sudah lembut boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
Ikan kembung antara ikan yang selalu jadi hidangan kita. Tapi masalah bila nak makan ikan jenis ini ialah ia punya banyak tulang.
Ada ibu yang risau untuk beri makan ikan ini pada anak bimbang tercekik tulang. Satu cara yang boleh kita buat untuk atasi masalah ini adalah buang tulang ikan ini waktu membersihkannya.
Tak perlu potong isi ikan untuk buang tulang ini, cuma perlu tahu teknik yang betul. Sekali tarik semua tulang keluar.
Teknik buang tulang ikan ini boleh dikongsi oleh Nana Mea Soffea.
Cara- caranya
Siang ikan seperti biasa, potong bahagian tulang yang hubungkan badan dan kepala. Kemudian bersihkan.
Boleh tumbuk badan ikan supaya tulangnya bercerai.
3. Picit bahagian tulang belakang ikan dan tulang bahagian bawah sampai ke hujung.
4. Kemudian kepak atau patahkan tulang di bahagian ekor.
5. Gunting tulang utama di bahagian leher ikan, pegang badan ikan kuat-kuat dan tarik. Semua tulang ikan yang ada akan keluar sekali waktu ini.
Bagi yang punya laman luas selalu tumbuh pokok besar yang ada diantaranya tiada fungsi pun. Boleh jadi pokok buah yang tiada hasil atau pokok liar yang dibiarkan hingga tumbuh meninggi.
Pokok besar dan tinggi ini juga jika berhampiran dengan rumah boleh membahayakan kalau dahan patah atau tumbang. Nak upah pekerja untuk tebang pun boleh menelan kos yang tinggi. Boleh cecah RM1000 satu pokok.
Tapi bagi yang ingin jimatkan kos upah, ada kaedah yang boleh kita lakukan sendiri. Caranya dengan mematikan pokok tanpa perlu ditebang.
Kaedah untuk mematikan pokok besar ini dikongsi oleh Ejatt Jayymelalui akaun TikTok beliau. Pokok perlahan-lahan akan mati dan mereput sendiri.
Cara matikan pokok besar
1. Buat lubang pada batang pokok (atas sedikit dari pangkal) menggunakan cordless drill. Buat 3-4 lubang yang dalam.
2. Kemudian tuang atau masukkan racun untuk matikan pokok besar menggunakan syringe.Boleh guna racunTri-Ester 32, KenLon, CH Triclopyr. Racun ini boleh kita beli secara online di Shopee. Bagi pokok ini Ejatt menggunakan racun Pure glyhosate Isopropylamine.
3. Suntik racun ini pada setiap lubang yang dibuat kemudian tutup lubang dengan tanah liat.
4. Selepas seminggu boleh lihat daun pokok akan menguning dan luruh, dahan mereput dan mati.
5. Selepas tiga minggu kita akan lihat pokok akan ‘botak’ dan mula mereput.
Cara ini sesuai dilakukan pada pokok yang berhampiran dengan rumah supaya tak tumbang dan merosakkan kediaman.
Asyik makan ikan goreng, gulai, sambal sesekali kita ubah pulak selera. Buat cuba pulak masak ikan salmon ala western macam ini, Salmon Grilled Lemon Sauce
Ikan salmon memang sedap kalau grill. Ditambah pula dengan sos lemon pekat, gabungan terbaik. Selalu hidangan begini kita makan di kafe, kali ini kita buat sendiri. Caranya pun mudah. Boleh cuba resepi dikongsi oleh Herawati Basri.
Bahan-bahan untuk ikan salmon grill:
Kepingan ikan salmon
Garam
Lada hitam
Mentega
Cara membuat:
Lumurkan sedikit garam dan blackpepper atas ikan salmon, kemudian grill salmon dengan sedikit mentega. Ketepikan, guna minyak yang sama utk buat sos.
Bahan sos
Mentega
Bawang putih -cincang
Cooking cream/fresh milk
Sedikit air perahan lemon
1 sudu besar tepung jagung
Serbuk perasa
Parsley – cincang
Cara membuat sos:
1. Cairkan mentega, tumis bawang putih hingga perang.
2. Masukkan cooking cream atau fresh milk, kacau rata.
3. Masukkan tepung jagung, matikan api.
4. Tuang sos dalam blender bersama perahan air lemon. Kisar.
5. Bahan sos siap masuk semula dalam kuali. Kecilkan api dan tambah bahan perasa garam dan juga gula.
6. Bila kuah dah agak pekat, matikan api. Masukkan parsley cincang.Tuang atas ikan salmon grilled tadi.
7. Boleh hidang dengan asparagus goreng dan tomato.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...