Bagi yang suka kediaman nampak kemas, wayar tv yang nampak berserabut akan menyakitkan mata.
Deko rumah dah cantik tapi spoil bila tengok wayar yang berselirat itu.
Bagi yang sedang cari cara nak selesaikannya mungkin boleh ambil idea dari Mazlan Nurul ini.
DIY TV panel, tujuan utama sorok wayar berselirat
Langsung tak nampak wayar kan!
Saya nak share DIY Wall TV Panel. Kebetulan ada kayu dan papan lama kita buat laa tv panel. Barang-barang untuk projek ni banyak yang kami pakai barang terpakai saja. Tujuan utama design ni, nak sorok wayar-wayar yg bersirat-birat dan menjimatkan ruang. Cara-cara sila rujuk gambar ya.
1. Ini plan dan ukuran yang di buat untuk tv panel. Ada 3 lubang kecil, untuk masuk wayar dan 2 suis.
2. Bahan-bahan yang diperlukan
Seperti dalam gambar
Tambahan
Ads
– Papan – Shelving unit IKEA Lack (existing) – Kayu – Cat ( Ascort Blue) sama je mcm dinding -Spray paint – sbb ikea lack warna hitam. -Kertas pasir (240 dan 120)
3. Mula-mula buat frame dulu, supaya bila tampal kat dinding lurus dan ukuran tak lari.
4. Tampalkan frame ini pada dinding. Pakai gam kayu saja. Dinding rumah ni tak rata, ada bahagian frame yang tak lekat kat dinding. Jadi potong kayu kecik-kecik dan letak sebagai sokongan antara kayu dan dinding.
5. Papan bawah tebuk lubang untuk masukan TV dan untuk rak. Tebuk ni pakai pisau je sebab pakai gergaji susah nak potong.
Ads
6. Papan atas tebuk 3 lubang, untuk keluarkan wayar dan juga dua plug suis( lubang satu lagi takde gambar, tapi tebuk kecil saja, muat-muat wayar masuk).
7. Untuk lekatkan papan pada frame kayu, kami pilih untuk pakai skru(pakai skru sebab incase ada problem dekat barang electrical boleh bukak balik papan ni, kalau gam rosak nak bukak).
8. Untuk kerja finishing
Papan yang kami ada memang buruk dan banyak lubang, jadi pakai wood filler untuk menutup segala lubang yang ada. Bekas skru pun tampal jugak.
Ads
Untuk sambungan papan atas dan papan bawah pun pakai wood filler untuk tutup gap, lepas dah kering gosok pakai kertas pasir. Tempek lagi wood filler sampai papan rasa licin bila pegang.
9. Antara dinding dan kayu pun ada ruang, kita letak latex sealant supaya nampak kemas. -Gosok pakai kertas pasir, mula dengan yang kasar (120) kemudian halus (240). Kena licin, baru cantik bila cat. Bila dah licin, sapu habuk bersih-bersih dan lap.
Seronok pula tengok perkongsian CT Hamisah Ahmad yang berkongsi idea menanam lobak dalam botol. Dia cuma guna kembali botol air mineral terpakai saiz 1500ml.
Maknanya kalau tiada laman pun boleh saja nak cuba tanam lobak ini. Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh CT Hamisah.
Cara tanam lobak dalam botol air mineral dari biji benih
1. Lobak ini saya tanam dari dari biji benih, boleh beli di nurseri, online pun ada (Shoppe).
2. Mula-mula sekali semai biji benih lobak di tray semaian dulu. Letak tray di tempat redup, pastikan siraman cukup.
3. Bila daun dah naik 4-5 helai bolehlah pindahkan anak benih lobak dalam botol. Daun lobak mula mula akan keluar macam rumput. Biar dulu hingga daun sebenar keluar baru pindah dalam botol.
Saya guna botol air mineral 1500 ml yang dipotong bahagian atasnya selain buat lubang di bahagian bawah.
4. Sewaktu isi tanah dalam botol, jangan isi tanah sampai penuh. Letak tanah hingga 3/4 botol saja. Pastikan guna tanah yang tak keras supaya ubi lobak mudah membesar.
5. Kemudian masukkan anak benih lobak dan tanam, biarkan tenggelam semua batang. Tinggalkan daun saja tapi pastikan pucuk tidak tertimbus. Nanti anak pokok mati.
Ini lobak putih, elok suburnya.
6. Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. Tambah lagi tanah, timbus batang sampai pelepah pertama. Jika tak buat begini lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi.
7. Siram 2 kali sehari dan buang daun di bawah sekali. Lobak biasanya boleh dituai antara 60-90 hari.
Ini lobak merah, daunnya halus berbanding pokok lobak putih.
INFO
Lobak dalam gambar itu dituai pada usia 2 bulan. Ingat nak ambil daun untuk masak sayur air rupanya lobak dah ada isi.
Kalau tanam lobak putih, biasanya memang akan timbul sikit di permukaan.
Selain lobak boleh juga tanam sayur lain dalam botol ini.
Setiap yang hidup akan mati dan jika yang meninggal dunia adalah ahli keluarga maka sebaiknya kita jugalah yang menguruskan.
Disebabkan itu kita perlu tahu ilmu dan adab untuk menguruskan jenazah sebab ia berkait dengan maruah dan aib. Jadi adalah lebih baik waris yang melakukannya.
Sekiranya ada ahli keluarga terdekat meninggal dunia di rumah, perkara berikut hendaklah kita lakukan seperti mana dikongsi oleh Faisal Rahim yang berpengalaman menguruskan kematian.
Kalau nanti ada famili baru meninggal dunia
Tanggalkan bajunya sebab susah nak buka kalau sendi dah keras.
Kalau terus nak mandikan, tak perlu urut/minyak nanti susah nak bilas (minyak).
Jangan pakai kain batik lepas untuk menutup jenazah. Ramai yang buat tapi kain ini nipis, nampak lekuk badan terutama wanita.
Selimutkan guna comforter tebal, kemudian letak kain batik di atasnya.
Jangan beri sesiapa buka muka jenazah walau pun kawan baik (sebelum mandikan)! Sebab masa ini aurat mayat terdedah.
Buat ikatan guna perca kain kat tiga bahagian sendi utama jenazah.
– Bahagian Kepala : Tak dimasuki binatang (nganga). Jangan ikat dagu. Ikat pada bawah rahang.
– Bahagian Tangan : Lipat seperti tengah solat.
– Bahagian Kaki : Rapatkan kaki dan ikat antara kedua-dua betis.
Kalau sebelum ini jenazah sakit, JANGAN BUKA tampalan kalau ada tebukan di hospital. Contoh di leher (dialisis), perut dsb.
Kalau buka masa mandi, kena plaster semula. Ada pengalaman, selepas siap kafan, darah keluar dari situ. Nampak ngeri sebab leher mayat penuh darah. Aib kat arwah.
Pengalaman uruskan jenazah, ada sendi dah keras, bau kurang menyenangkan, mulut ternganga, mata terbuka dan lain lain masa nak mandikan. Tahu tengah sedih tapi kena urus juga. Lap tisu basah, bersihkan lipatan kat badan dan lain lain.
Urusan jenazah berkaitan dengan MARUAH & AIB. Waris kena buat.
Kebelakangan ini ramai yang memulakan aktiviti bercucuk tanam untuk mengisi masa. Seronok bila lihat tanaman menjadi terutama sayur-sayuran.
Tapi bila baru nak berjinak jinak banyaklah ilmu dan tip perlu dicari. Bagi yang sedang belajar menanam sayur di rumah boleh amalkan tip dari Enkay Nik Mustafa ini untuk menggemukkan pokok bendi dan sayuran lain.
Cara yang diamalkan cuma mengggunakan lebihan makanan atau sisa dapur untuk ditabur pada pokok. Antaranya nasi, kulit bawang, kentang atau saki baki sayur belum dimasak.
Cara saya gemukkan pokok bendi
1) Longgokkan sisa nasi basi, kerak nasi. Nasi yang saya gunakan ini adalah nasi yang dah 4 hari tak habis.
Tak semua pokok sesuai dilonggokkan di perdu, boleh diletakkan agak jauh dari perdu pokok. Contohnya pokok yang mempunyai batang lembut seperti pudina, selom, kangkung.
2. Masukkan apa sahaja sisa yang ada didapur seperti kulit bawang, kulit kentang, sisa sayur. KECUALI bahan berbau seperti kulit ayam, perut ikan.
3. Masukkan sedikit tanah untuk menutupi sisa. Nanti takut diselerakkan oleh tikus, burung gagak.
4. Siram pokok seperti biasa. Gunakan siraman halus supaya tanah tidak dilarikan oleh aliran air. Dah makan nasi, tak minum air- risau tercekik nanti.
Sebenarnya bila kita letakkan atau siram apa apa baja, kita perlu siram dengan air secukupnya, prinsip ini tak terguna pakai untuk tanaman hidroponik.