Seronok pula tengok perkongsian CT Hamisah Ahmad yang berkongsi idea menanam lobak dalam botol. Dia cuma guna kembali botol air mineral terpakai saiz 1500ml.
Maknanya kalau tiada laman pun boleh saja nak cuba tanam lobak ini. Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh CT Hamisah.
Cara tanam lobak dalam botol air mineral dari biji benih
1. Lobak ini saya tanam dari dari biji benih, boleh beli di nurseri, online pun ada (Shoppe).
Ads
2. Mula-mula sekali semai biji benih lobak di tray semaian dulu. Letak tray di tempat redup, pastikan siraman cukup.
3. Bila daun dah naik 4-5 helai bolehlah pindahkan anak benih lobak dalam botol. Daun lobak mula mula akan keluar macam rumput. Biar dulu hingga daun sebenar keluar baru pindah dalam botol.
Saya guna botol air mineral 1500 ml yang dipotong bahagian atasnya selain buat lubang di bahagian bawah.
Ads
4. Sewaktu isi tanah dalam botol, jangan isi tanah sampai penuh. Letak tanah hingga 3/4 botol saja. Pastikan guna tanah yang tak keras supaya ubi lobak mudah membesar.
5. Kemudian masukkan anak benih lobak dan tanam, biarkan tenggelam semua batang. Tinggalkan daun saja tapi pastikan pucuk tidak tertimbus. Nanti anak pokok mati.
Ini lobak putih, elok suburnya.
6. Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. Tambah lagi tanah, timbus batang sampai pelepah pertama. Jika tak buat begini lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi.
Ads
7. Siram 2 kali sehari dan buang daun di bawah sekali. Lobak biasanya boleh dituai antara 60-90 hari.
Ini lobak merah, daunnya halus berbanding pokok lobak putih.
INFO
Lobak dalam gambar itu dituai pada usia 2 bulan. Ingat nak ambil daun untuk masak sayur air rupanya lobak dah ada isi.
Kalau tanam lobak putih, biasanya memang akan timbul sikit di permukaan.
Selain lobak boleh juga tanam sayur lain dalam botol ini.
Selalu saja makan kuih lompang tapi tak teringat pun nak cuba buat sendiri. Walhal buat kuih ini mudah juga sebenarnya.
Guna guna cara buat kuih lompang yang dikongsi oleh Fadzian Fadzir. Ujarnya kuih lompang ini rasanya makan versi mak-mak kita buat.
Bahan-bahan
3 cawan air
2 1/2 cawan tepung beras
2 sudu tepung ubi
1 cawan gula dan 1 cawan air (masak higga mendidih)
Pewarna yang disukai
Kelapa parut & secubit garam ( untuk atas kuih)
Cara membuat:
1. Campur tepung beras, tepung ubi bersama 3 cawan air. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan air gula dan tapiskannya.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang disukai.
3. Panaskan dahulu periuk kukus dan acuan selama 5 minit. Apabila acuan dah dipanaskan kemudian masukkan adunan dan kukus sehingga masak.
4. Tanda kuih ini masak bila ada kesan lekuk( lesung pipit) di tengah kuih.
Tip kuih tak melekat pada acuan,oleskan sedikit minyak masak di acuan sebelum dikukus.
Ikan cencaru ini memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan jaket ikan tenggiri yang keras ini ada tekniknya. Boleh ikut perkongsian Mazlina Haji Ismail.
Teknik buang kulit ikan cencaru supaya isi tak tercabut
Cara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Jika dalam keluarga ramai yang suka makan kuih talam, rasanya elok kalau kita belajar buat sendiri. Boleh mulakan dengan kuih talam yang paling senang iaitu talam gula merah.
Supaya hasilnya menjadi, permukaannya pun cantik tanpa kedutan boleh ikut resipi dan tip yang dikongsi oleh Ruziah Mohd Arshad.
Buat sendiri kuih talam gula merah
Bahan untuk bahagian bawah:
1 cawan gula merah
1 cawan air masak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdb air kapur
2 cawan air
Cara membuat:
Campur gula merah dengan air masah, bancuh hingga hancur. Sejukkan.
Air gula merah tadi dicampur dengan 2 cara air tadi jadikan 3 cawan.
Campurkan ke semua bahan dalam bekas, kacau sebati dan tapis.
Masukkan adunan gula merah dalam kuali dan masak hingga naik wap.
Selepas itu masuk dalam loyang. Kukus 15-20 minit
Bahan untuk bahagian atas
2 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdk garam
Cara membuat
Campur kesemua bahan dan tapis. Masuk dalam kuali dan masak hingga naik wap.
Tuang atas bahagian bawah yang telah masak tadi. Kukus dalam 20 minit.
Tip supaya permukaan kuih talam cantik
Lepas kukus buka penutup, biarkan permukaan atasnya kering.
Waktu masak jangan sampai terlalu pekat. Naik wap sudah memadai, jika terlalu pekat tak cantik.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...