Banyak biskut dan kek yang menggunakan coklat cair melalui kaedah double boiler dan ramai yang mempraktikkannya ketika musim raya ini.

Tapi ramai juga yang kurang mahir dan tak tahu kaedah betul double boiler ini. Perkongsian daripada Yatie Faizal menjelaskan tentang cara terbaik mencairkan coklat kaedah double boiler.  Barulah coklat cair berkilat.

Cara cairkan coklat kaedah double boiler

Cara ini terbaik untuk jaga kualiti coklat, terlebih suhu rasa coklat akan berkurangan.

Bahan diperlukan:
Pan / periuk
Stainless steel bowl
Spatula
Coklat compound
Air
Kain lap
Piping bag

Cara membuat:

IKLAN

1. Masukkan air ke dalam periuk separuh penuh, panaskan di atas api.

2. Cincang coklat compound supaya mudah hancur dan masukkan ke dalam stainless steel bowl

3. Setelah air mendidih, TUTUP API dan letakkan stainless steel bowl yang mengandungi coklat di atas periuk tadi. Untuk coklat putih dan milk coklat biarkan seketika baru letakkan bowl di atas periuk kerana suhu lebur coklat lebih rendah dari dark coklat.

4. Kacau dengan spatula hingga semua coklat cair.

IKLAN

5. Setelah semua coklat cair, angkat bowl dari periuk dan tuang coklat ke dalam piping bag. Sebelum itu, lap dulu bawah bowl supaya air tidak menitik ke dalam piping bag ketika menuang coklat.

6. Kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound, coklat courveture perlu menggunakan kaedah tempering.

IKLAN

DO

  • Pastikan semua peralatan (stainless steel bowl & spatula) bersih dan kering.
  • Gunakan stainless steel bowl yang bersaiz lebih besar dari saiz periuk supaya bowl tidak terendam dalam air. Bowl mesti menutupi keseluruhan periuk untuk mengelak titisan wap air masuk ke dalam bowl.
  • Cairkan coklat di atas wap air, bukan didalam air panas, dasar bowl tidak boleh terendam dalam air panas, tutup api ketika cairkan coklat.
  • Jika hendak mewarnakan coklat, gunakan pewarna berasas minyak (oil based)

DON’T

  • Tidak tutup api ketika cairkan coklat.
  • Rendam bowl di dalam air panas atau bowl di atas tidak menutupi keseluruhan periuk di bawah.
  • Coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air.
  • Menggunakan pewarna water based.
  • Tutup stainless steel ketika coklat masih panas, ia akan menghasilkan wap air yang mungkin menitis ke dalam coklat dan merosakkan coklat.

INFO

-Coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat.
-Coklat yang rosak, berketul-ketul dan agak pekat.
-Coklat yang rosak tidak sesuai lagi digunakan untuk membuat coklat kerana sukar untuk mengeras dan susah dikeluarkan dari mold, tetapi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk membuat coklat ganache, kek, biskut dan sebagainya.

Sumber: Yatie Faizal & fancycookies.com.my