DIY Rak Baju Bajet Dari Bakul Plastik. Hasilnya Duit Jimat & Pakaian Kemas

Share

 

Pakaian yang ada di rumah kalau tiada tempat yang khusus memang akan buat rumah atau bilik nampak serabut. Sebaiknya ada almari baju supaya kemas.

Tapi kalau masih tiada bajet untuk beli almari atau kabinet pakaian boleh buat kaedah DIY seperti perkongsian Juria Sidek

untuk memastikan kain baju kemas.

Caranya hanya menggunakan bakul plastik sebagai rak baju. Mesti ramai tak terfikirkan.

Rak baju bajet dari bakul plastik

Bahan-bahan

Bakul bersaiz besar (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
Bakul bersaiz kecil (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
1 paket cable tie
Pisau/gunting (ikut la mana yang senang digunakan)

2. Potong kanan dan kiri bakul supaya membentuk tingkap. Ruang ini yang akan menjadi bahagian hadapan rak baju.

 

3. Cantumkan 2 bakul dan ikat dengan cable tie seperti dalam gambar.

4. Potong lebihan cable tie yang terdapat pada bakul yang telah dicantumkan dan lakukan kepada semua bakul yang digunakan.

5. Selesai, ikat secara bertindih pula bakul tersebut menjadi bentuk rak.

 

Dah siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Juria Sidek

IKLAN