
Rumah kampung lama selalunya dibina tanpa siling. Kebiasaannya kita akan tambah kemudian hari bila ada bajet.
Jika ketika ini ada yang bercadang nak buat siling di rumah kampung perkongsian Shamsul Nizam boleh dijadikan panduan. Beliau berkongsi hasil DIY siling bilik rumah kampung menggunakan besi batten. Hasilnya kemas dan cantik.
DIY siling rumah kampung guna besi batten
Cuma nak share siap DIY siling bilik rumah kampung guna besi batten
Luas 11×12
Besi batten
Siling 2×4
Spray hitam diy
Rivet
Alhamdulillah kepuasan hasil tangan sendiri
Fitting setiap siling. Saya rivet pada semua cantuman besi melintang & menegak. Bagi kukuh & kemas
Gantung dawai ke kekuda setiap besi panjang sahaja untuk support. Spray warna hitam separuh.
Siling siap dicat warna putih untuk finishing supaya berseri dengan frame hitam.
Cuma tolak atas & alih ke tepi untuk buka siling. Buka ini sebab nak tukar batang kipas panjang sikit.
Semoga bermanfaat
Sumber: Shamsul Nizam
Klik SINI untuk beli besi batten di Shopee
Klik SINI untuk beli papan siling di Shopee
Cara Buat One Pot Nasi Ayam. Nasi & Ayam Masak Sekali Saja, Senang & Sedap

Isi Kandungan
ToggleCara buat one pot nasi ayam, ayam dan nasi masak sekali.
Teringin nak makan nasi ayam tapi bila ingat nak kena masak banyak langkah nak buat terus tak jadi. Kalau macam tu perasaannya boleh ikut cara masak nasi ayam super senang perkongsian Khairul Abdullah. Sekali masak terus siap nasi dan lauk! Masak nasi dan ayam sekali saja dalam satu periuk.
Kata Khairul kaedah one pot nasi ayam ini memang mudah, yang baru belajar menu ini pun confirm boleh buat dan rasanya pun super sedap! Nak cuba? Ini caranya.
Cara buat one pot nasi ayam
Bahan-bahan untuk nasi dan lauk
1 ekor ayam saiz kecil – dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.
2 pot beras – tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.
4 ulas bawang putih -dihiris nipis
1 inci halia dihiris nipis
1 helai daun pandan -dicarik dan disimpul mati
2 pokok daun bawang.
50gm butter/marjerin.
1 sudu besar minyak bijan.
Cara masak
1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang tak berapa kita gemar boleh direbus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.
2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang dah dipotong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan ikut jenis beras kita guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.
4. Jika nak masak dalam periuk elektrik maka bolehlah pindahkan sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas elok-elok. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.
Siap dah.
Kalau tak suka ayam putih lembap begitu boleh keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.
Cara buat sambal
Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.
Cara buat kicap
Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk. Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati. Siap.
Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar. Nasi tu kalau makan saja pun sedap dah.
Selamat mencuba.
Sumber: Khairul Abdullah
Macam Beli Baru! DIY Ganti Sarung Sofa, Cuma Perlu Kain, Stapler & Jahit Jelujur

Isi Kandungan
Toggle
Kalau stres tengok sofa yang dah uzur tapi belum ada banyak nak ganti baru, ini idea yang boleh anda praktikkan supaya tetap dapat sofa baru tanpa banyak modal.
Tak mampu beli, kita ganti sarung sofa saja. Hasilnya memang macam sofa baru. Paling menarik kita boleh buat sendiri kat rumah. Macam yang dilakukan oleh Ya Mieza.
Memang jimat, untuk tukar sarung sofa 3+2+1 ini dia menggunakan 21 meter kain lerang 60 yang berharga RM12 semeter.
Modalnya cuma beli kain cuma RM252, stapler dan kemahiran menjahit. Berbanding kalau dihantar ke kedai harganya untuk ganti sarung sofa ini mencecah RM1 ribu. Nice kan! Motif kain pula boleh pilih ikut citarasa dan bajet kita.
Bagi yang nak tukar penampilan sofa kat rumah tu boleh ikut step by step yang dikongsi oleh Ya Mieza.
Step by step pasang sarung sofa
Step by step pasang sarung sofa by Mieza. Harap dapat membantu. Material kain langsir english cotton lerang 60 semeter RM12. Untuk menyiapkan kerangka 3+2+1 seater menggunakan 21 meter kain.
1. Alatan yang diperlukan

2. Mula mula potong kain ikut bentuk tepi sofa. Kemudian pinkan
3. Jahit jelujur
4. Pasang bahagian atas lengan sofa
5. Lipat kemas
6. Stapler bahagian dalam sofa
7. Jahit jelujur bahagian tepi sofa
8. Close up
9. Dah siap jahit
10. Stapler bahagian bawah lengan sofa
11. Pasang kain bahagian tempat sandar sofa. Stapler dan kemaskan
12. Pasang kain bahagian bawah depan sofa stapler dan kemaskan
13. Stapler dan kemaskan bahagian bawah sofa
14. Siap.
Ini pula yang dah siap diganti sarung tempat duduk
Boleh tambah dengan tali ini untuk nampak kemas
Macam sofa baru kan!
Selamat mencuba!
Sumber: Ya Mieza
Nasi Wajib Makan Tapi 7 Rahsia Ini Punca Wanita Jepun Tak Gemuk

Isi Kandungan
Toggle
Jika anda berbadan besar anda mungkin sedikit segan sekiranya berada di negara matahari terbit ini kerana kebanyakan wanita di sana punya tubuh yang langsing.
Apa rahsia mereka? Kalau dilihat dari cara pemakanan mereka ia tidak jauh berbeza dengan orang Asia lain. Sebenarnya mereka tetap makan nasi seperti kita tapi ada tujuh rutin lain yang membantu wanita di Jepun kekal langsing.
1. Hanya ikan, soya,nasi, sayur dan buah
Jika anda ke restoran Jepun, anda akan melihat sebahagian besar makanannya hanya ikan bakar, sedikit nasi, sayuran direbus, semangkuk sup miso, dan teh hijau serta buah-buahan untuk pencuci mulut.
2. Kuantiti kecil
Makanan yang disajikan di restoran Jepun hanya dalam mangkuk atau piring kecil. Ini merupakan kebiasaan mereka makan, ambil dalam kuantiti yang sedikit. Mereka juga mementingkan adab ketika makan dan menghidang antaranya:
- Menikmati makanan secara perlahan
- Pinggan tidak diisi penuh.
- Setiap hidangan disajikan dalam pinggan berbeza.
- Anda dianjurkan berhenti makan sebelum kenyang
- Kebanyakan wanita Jepun menggunakan prinsip kawal kuantiti makanan jika ingin menurunkan berat badan.
3. Cara memasak
Orang Jepun tahu makanan sihat hanya melalui proses kukus, memanggang, menumis atau menggoreng dalam tempoh yang sekejap dan mereka mengamalkannya. Mereka juga lebih suka menikmati makanan segar dengan sos.
4. Jarang makan roti, hanya nasi
Kebanyakan saranan untuk mereka yang mahu diet di sini adalah tidak mengambil nasi tapi wanita Jepun mengambil nasi setiap waktu makan. Tapi mereka tidak akan mengambil apa pun makanan yang berasaskan tepung seperti roti.
5. Sarapan dengan sup miso
Di Jepun sarapan sangat penting dan disajikan dengan pelbagai hidangan kecil. Semangkuk sup miso atau kadang-kala disertai omurice (seperti telur dadar berisi nasi) biasanya dinikmati pada pagi hari sebelum melakukan aktiviti.
6. Tiada hidangan penutup
Makanan manis atau dessert selepas makan makanan berat bukan sesuatu yang wajib di Jepun. Kalaupun mereka mengambil makanan manis biasanya di antara waktu makan.
7. Jika berat badan naik, mereka lebih aktif
Jika sedar berat badan naik mereka akan bersenam dan juga akan berjalan kaki ke mana-mana.