Sambal kentang sagat ini kalau masak memang kena buat banyak. sebabnya ia bukan saja boleh dibuat lauk makan dengan nasi tapi juga hidangan bubur malah dicicah dengan roti pun sedap.
Rasa rangup ikan bilis dan kentang kemudian bersatu dengan sambal yang pedas-pedas manja memang asyik bila memakannya. Sesuai juga dijadikan bekalan untuk anak-anak yang berada di asrama ataupun jika ingin travel.
Comel je baby donut dan baby cakoi ni. Gebu pulak tu. Bila buat kecil begini sebenarnya lagi senang nak makan terutama buat anak-anak. Sekali atau dua kali ‘ngap’ dah setel.
Menurut Missz Amira baby donut dan cakoi yang dihasilkan ini buat saja gebu tapi lembut dan kekal begitu sampai ke malam. Memang berbaloi buat katanya tambah lagi donut sampai tak sempat salut dengan gula dah licin dimakan anak-anak.
Bagi yang teringin nak buat, boleh ikut langkah yang beliau sertakan sekali.
Kuih tart nenas ini memang wajib ada setiap kali raya. Rasanya hampir setiap rumah akan ada kuih ini. Cuma rasa saja berbeza.
Gabungan rasa jem nenas dan juga tar bila bersatu dalam mulut memang sedap. Sebab itu kuih ini ramai peminatnya. Cuma kalau dapat tart yang rangup lagi best.
Nak dapatkan tart yang rangup ini ada olahannya bagi yang nak cuba boleh guna cara yang dikongsi oleh Ahlia Muhammad H.
Menurut penjual kuih tart nenas ini, resipi ini adalah olahan beliau sendiri untuk dapatkan kesan tart yang rangup.
Tart nenas versi rangup
Bahan A
500g margerin/butter
2 sudu besar minyak sapi
1 cawan kecil gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu kecik esen vanila
Bahan B
2 cawan kecil tepung jagung
1 cawan kecil tepung kastard
1 cawan kecil tepung beras
4 sudu besar tepung susu full cream
1 sudu besar Empelex (Perangup Biskut)
Tepung gandum cap Rose (tiada sukatan) masukan sikit demi sedikit hingga tak melekat di tangan
Bahan untuk sapuan
3 biji kuning telur
3 sudu besar fresh milk
1 sudu kecik esen vanila
Pewarna kuning lemon
Cara membuat:
Kacau bagi sebati dengan mixer kelajuan perlahan margerin, minyak sapi dan gula icing.
2. Masukan telur dan esen vanila. Gaul sebati.
3. Seterusnya masukan tepung jagung, tepung kastard, tepung beras, tepung susu full cream. Gaul lagi bagi sebati.
4. Seterusnya masukkan tepung gandum cap Rose Sikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan
5. Kemudian bolehlah terap guna acuan masing masing dan letak jem nenas (boleh beli yang ready made). Sapu dengan bahan sapuan yang disatukan dan dibancuh sebati.
6. Bakar suhu 150 18 – 20 minit, oven saya 25L.
Tip rangup : Kurangkan tepung kastard dan tambah 1 cawan tepung beras + 1 sdb emplex (perangup biskut) seperti dalam resipi di atas.
Punca Anak Pokok Durian Terbantut & Cara Mengatasi
Bila tengok buah durian yang banyak dijual waktu musim durian sekarang teringat pulak pokok durian di rumah sendiri.
Pasti ramai yang menanam pokok durian, maklumlah raja buah ini mahal harganya. Kalau ditanam sendiri lebih puas makan.
Tapi biasa terjadi selepas ditanam, pokok macam hidup segan mati tak mahu. Pertumbuhan terbantut atau lambat membesar. Kalau begini memang lambatlah nak makan hasilnya.
Sebenarnya ada beberapa sebab pokok durian berdepan masalah ini. Dikongsi oleh Don Nursery, beliau turut menyertakan cara untuk mengatasinya.
Punca anak pokok durian terbantut
1. Tanah tidak subur
Tanah kurang unsur penting seperti nitrogen, fosforus, kalium, magnesium. pH tanah terlalu asid (<5.0) atau terlalu alkali (>6.5).
Cara mengatasi:
Uji pH tanah. Kalau terlalu asid, tambah kapur dolomit.Baja dengan baja seimbang seperti NPK 15:15:15 atau khusus untuk durian. Tambah bahan organik (kompos, tahi ayam reput, sabut kelapa) untuk suburkan tanah.
Foto: Facebook Berkebun D Rumah
2. Akar rosak atau tidak berkembang
Akar reput akibat serangan kulat (contoh: Phytophthora).
Sistem akar tercekik dalam tanah keras, padat, atau terlalu basah.
Cara mengatasi:
Pastikan saliran tanah baik (buat parit keliling). Jika akar sudah reput, siram dengan racun kulat seperti Metalaxyl atau Fosetyl-Al.
Jangan biarkan tanah terlalu padat; gemburkan kawasan sekeliling pokok.
3. Serangan penyakit atau perosak
Penyakit hawar daun, reput akar, atau serangan serangga seperti anai-anai, kumbang.
Cara mengatasi:
Sembur racun kulat (seperti Antrakol, Aliette) untuk penyakit hawar atau reput. Untuk serangga, guna racun serangga ringan atau minyak neem. Bersihkan kawasan pokok dari semak dan rumpai tebal.
4. Kekurangan air / Kelebihan air
Musim kemarau tanpa penyiraman tambahan.
Tanah bertakung air, menyebabkan akar lemas.
Cara mengatasi:
Siram konsisten, 2–3 kali seminggu (lebih kerap waktu musim panas).
Kalau kawasan bertakung, buat batas tinggi atau tambahkan pasir untuk cepatkan saliran.
5. Baja tidak mencukupi atau salah jenis
Pokok muda perlukan baja seimbang NPK dan mikronutrien.
Terlalu banyak baja kimia juga boleh “membakar” akar.
Cara mengatasi:
Baja pokok muda 1–2 bulan sekali dengan NPK + unsur surih (mikronutrien: Zn, B, Mn). Baja foliar daun setiap 2 minggu sekali (spray baja daun).
6. Cahaya matahari tidak cukup
Pokok durian perlu cahaya penuh sekurang-kurangnya 6–8 jam sehari.
Cara mengatasi:
Potong atau kurangkan pokok besar di sekeliling yang menghalang cahaya. Pastikan kawasan tanam terbuka dan mendapat cahaya penuh.
7. Faktor benih atau baka
Anak pokok daripada biji kadang-kadang variasi genetik menyebabkan pertumbuhan tidak sekata. Anak pokok graft/cantuman lebih stabil, tapi jika proses cantuman tidak elok, boleh terbantut juga.
Cara mengatasi:
Pilih anak pokok berkualiti dari cantuman yang sihat. Pastikan anak pokok tiada cacat akar utama semasa tanam. Kalau anak pokok memang lemah dari baka, lebih baik ganti baru.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...